(By Jun Zie on 01st Feb 2019)
Assalammualaikum
Kalau kau orang ada follow Ju dekat Instagram, lately Ju sering kongsi dekat media sosial pasal produk pelembab dari Hansaegee Nature; Ju salah seorang yang pantang dengar mana-mana produk kecantikan dari Korea, asal tahu mesti nak cuba jugak sebab tak pernah kecewa dengan hasil yang diperolehi bila konsisten dengan produk mereka ni hehe. Jika kau orang seperti Ju yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit wajah luar dan dalam, jom baca ni !
Tips Penjagaan Muka | Merawat, Melembapkan & Mencerahkan Kulit Wajah ~ Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Hansaegee Nature ni adalah jenama penjagaan kulit atau skincare sejak 2011 yang terletak di Malaysia tapi semua produk berkualiti tinggi dia orang pasarkan ni di import dan dibuat 100% dari Korea tau. Bahan-bahan pembuatan produk sememangnya diluluskan dan selamat digunakan sebab matlamat dia orang adalah memberikan kualiti terbaik dan jaminan keselamatan kepada semua pengguna skincare Korea ni. Salah satu keistimewaan dengan brand Hansaegee Nature ni, produk dia orang takda jual dekat mana-mana outlet melainkan hanya dijual dan didapati daripada outlet Hansaegee Nature tu sendiri.
Jenis : Mencerahkan dan Melembapkan
Kegunaan : Muka dan Leher
Tekstur : Krim berasaskan titisan air
Isipadu : 50ml, Saiz 65 x 65 x 55 (mm)
Waktu Pakai : Siang dan malam selepas cuci muka
Melembapkan Kulit Wajah
Hansaegee Nature AQUA WHITENING CREAM ; krim pelembap dilancarkan sejak 2016 di pasaran Malaysia dan masih trending sehingga 2019 ni dikalangan pengguna setia dan pengguna baru, so bila Ju dapat peluang untuk cuba kira seronok lah sebab produk Korea kot ! Negara terkenal dengan bahan semula jadi untuk mana-mana produk kecantikan yang dia orang hasilkan hehe. Tengoklah penduduk dia, semua muka mulus even umur dah mencecah 40-an, fuh !
Uniknya Aqua Whitening Cream ni adalah tekstur krim bila sapu dekat muka akan hasilkan titisan air atau water drop, dimana titisan air ni mudah resap di lapisan kulit wajah kau orang dan mengekalkan kelembapan berpanjangan.
Merawat Kulit Kering, Sunburn, Redness
Bukan sekadar memberikan kelembapan kulit malah kandungan ekstrak herba berupaya membaikpulih dan merawat masalah kulit kering, tona tidak sekata, kulit radang sebab sunburn atau kulit sensitif yang kemerah-merahan (redness). Sebab tu kalau kau orang ada masalah dekat senarai ni, krim ni best dan terbaik untuk kau orang gunakan.
Kandungan utama Aqua Whitening Cream :
*Camellia Japonica Seed Oil
Non-comedogenic; tidak menghalang liang pori, merawat kekeringan dan kerosakkan kulit kerana sunburn atau redness (kemerah-merahan) dengan menyalurkan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit wajah
*Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3)
Membaiki tona kulit wajah dengan mencerahkan, membersih dan menganjalkan semula kulit kau orang. Kesan ini dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan jauh ke dalam kulit, so kulit kau orang tampak lebih berseri !
Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.
Cara Penggunaan
Masa sesuai nak gunakan Aqua Whitening Cream ni bila kau orang dah siap cuci muka sebelah pagi atau sebelah malam; kalau kau orang jenis pakai toner macam Ju ni, apply lepas dah siap pakai toner. Nak pastikan krim ni rata dan meresap dengan betul ke dalam kulit wajah kau orang, kena sapu secara ke atas atau upward perlahan-lahan. Tekstur krim ni lembut dan mudah serap so kau orang tak perlu gosok kuat sangat. Beberapa saat lepas kau orang sapu tu akan keluar titisan air, just teruskan saja sapu rata sampai air tu hilang dari kulit luaran wajah kau orang hehe. Pendek kata dah boleh jadikan produk Hansaegee Nature sebagai tips penjagaan muka kau orang.
Tanpa Mekap
AQUA WHITENING CREAM sebagai Make up Basic
Ju bekerja di ofis yang berpenghawa dingin dan tu salah satu sebab selain dari faktor cuaca tak menentu buat kulit muka Ju kering malah mekap Ju pun tak tahan tau huhu. So apa Ju buat ialah sebelum apply rutin mekap, Ju gunakan Aqua Whitening Cream sebagai basis mekap hehe. [Rujuk sini : Tutorial | Guna Aqua Whitening Cream sebelum apply rutin Make Up] Setiap kali apply, Ju suka calit banyak-banyak haha sebab Ju addict dengan bau dia, wangi ! Sebenarnya tak perlu banyak pun, bergantung kepada jenis muka dan masalah kulit kau orang. Ju nasihatkan guna sekerap mungkin dan konsisten kalau nak hasil yang memuaskan
Tekstur krim berasaskan titisan air ni bukan saja mudah serap, malah ringan, tidak berminyak dan tidak melekit sebab tu mudah Ju nak jadikan sebagai basic mekap setiap hari. Hasilnya, mekap Ju tahan dari pagi hingga ke petang pada masa sama maintain glowing !
Dengan Mekap : Nampak tak hasil dia glowing ?
Mencerahkan Kulit Wajah
Nak keluar menghadap cuaca panas terik pun dah tak risau dengan kulit kemerah-merahan atau sunburn sebab tak kira pagi atau malam, Ju konsisten apply setiap hari AQUA WHITENING CREAM untuk elak muka rasa perih bila berada diluar. Lagi-lagi nak masuk umur 30-an ni, penjagaan kulit wajah perlu dititikberatkan luar dan dalam. Dengan kandungan Niacinamide; penggunaan konsisten bukan saja merawat dan melembapkan kulit kau orang malah mencerahkan dan mengembalikan keanjalan kulit dengan mencegah penuaan. Saiz kecil dan mudah bawa ke mana-mana memudahkan Ju juga nak apply bila Ju perlukan. Jenis packaging pun tahan lasak, so kalau terjatuh tak perlu risau dengan kerosakan luaran.
Produk ni tak kira peringkat umur mahupun lelaki atau perempuan boleh pakai tau so boleh lah jadikan hadiah juga kepada yang tersayang sambil kau orang guna tu hehe. Bagi kau orang yang belum purchase lagi, hubungi Hansaegee Nature sekarang menerusi web yang Ju sertakan dihujung entri ni. Seperti yang Ju mention di awal tadi, produk Hansaegee Nature hanya boleh diperolehi menerusi outlet mereka sahaja tau, takda jual tempat lain !