(By Diana Rashid)
Hye Semua..
Sejak sebulan lepas cuaca di negara kita ni bukan main panas sampai bagi kesan juga pada kulit muka ni. Kulit Muka cepat kusam dan kering. Bila pakai makeup atau bedak jelas nampak kulit muka mengelupas terutamanya dibahagian dahi dan hidung.
Solekan jadi tak cantik dan tak sekata.
Saya jadi malas nak keluar rumah bila kulit dalam keadaan macam ni. Tapi nasib saya baik sebab saya jumpa satu produk yang diperkenalkan rakan-rakan blogger iaitu krim pelembap muka untuk kulit kering terbaik Hansaegee Nature : Aqua Whitening Cream.
Mula-mula baca review dari blogger lain rasa risau nak guna takut tak sesuai dengan kulit sebab saya jenis kulit kering, kalau salah guna skincare pelembap yang tidak sesuai kulit akan mengelupas. Tapi bila dah cuba beberapa hari terus jatuh cinta, memang pelembap muka untuk kulit kering terbaiklah!
Moisturizer Untuk Kulit Kering – Aqua Whitening Cream
Aqua dari Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni best moisturizer tahu! Ia moisturizer jenis water based, apa maksud water based? Ha, moisturiser ni berair! Sangat lembap dan lembut bila pakai di kulit muka. Tak kira lah kulit kering, kulit berminyak, atau kulit kombinasi bagi saya ia tetap best moisturizer!
Krim pelembap muka ni bukan krim yang berminyak macam krim biasa. Krim pelembap muka ni ringan je. sekali tengok macam gam tepung ubi pun ada. Hahahah..
Part yang best nya : Korang ambik sikit moisturizer dan sapu pada belakang tapak tangan. Gosok sikit je dan lepas tu keluar titisan air pada kulit kita. Itu lah yang buat kulit kita sentiasa lembab. saya jadi macam jakun sekejap sebab tak pernah guna krim pelembap untuk kulit kering terbaik yang macam ni weh!!! Sebab tektur nya berair macam ni, bagi saya krim muka untuk kulit kering, ini memang the best lah! Memang pelembap muka terbaik, dan terbukti berkesan moisturizer Aqua Whitening Cream ini merupakan pelembap muka untuk kulit kering yang berasaskan dari air / water based tidak berminyak. Ia mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari, serta mencerahkan kulit dan juga membantu juga dalam mengurangkan masalah kulit kusam.
Moisturizer water based yang terbaik untuk kulit kering
Cream moisturizer / pelembap ni tak berminyak .Sebab tu bila kita pakai tak de jerawat atau kulit mengelupas. Tak de gatal-gatal atau rasa panas pada kulit. Semua jenis kulit boleh pakai cream moisturizer terbaik ni.
Musim panas macam ni bila sapu je pelembap Aqua Whitening Cream pada kulit , rasa sejuk nyaman je. Selesa sangat..
“Punca Kulit Kering Yang Perlu Tahu”
1. Usia
Apabila semakin tambah usia, kulit menjadi semakin nipis dan kering. Ini sebab kualiti sel merosot dan collagen mula berkurang. Jadi pentingnya untuk memastikan kulit sentiasa kerap melembapkannya pada waktu siang dan malam
2. Cuaca / Pendedahan Suhu yang EkstremÂ
Cuaca yang panas, dan kering (jika tidak hujan) atau lembap (hujan yang tidak berhenti), menjadikan kulit terdedah kepada cuaca yang tidak tertentu. Ini menyebabkan kulit kering, gatal, merah dan nampak kulit kusam. Jadi, penggunaan moisturizer terbaik jenis water based pada muka setiap hari adalah sangat penting.
3. Terlalu Kerap dan Kuat Cuci MukaÂ
Tabiat mencuci muka yang terlalu kerap dan kuat akan membuat skin barrier rosak, dan kulit muka jadi kering. Cuci muka dua kali sehari dah cukup, dan lebih baik guna pencuci muka water based dan yang sesuai, tidak mengeringkan muka.
4. Salah Guna Skincare
Kita perlu guna skincare produk setiap hari, pencuci muka (cleanser), pelembap muka (moisturizer), sunscreen tetapi kalau salah guna skincare yang tidak sesuai dengan kulit ,masalah kulit kering dan kusam akan berlaku. Untuk sesiapa yang kulit kering perlu cari skincare yang mention ‘ Moisturizer For Dry Skin’ , ini boleh pastikan kita guna krim muka yang sesuai untuk kulit kering.
Kelebihan Moisturizer Aqua Whitening Cream
Moisturizer Aqua Whitening Cream terbaik dari Hansaegee Nature ni sebenarnya bukan sahaja sebagai pemutih tapi yang best nya ianya juga melembab kan kulit. Kiranya macam Moisturizer la jugak..
Ianya memperbaiki lapisan kulit kering pada wajah saya. Sekarang ni kulit wajah jadi lembab dan cantik. Hari-hari nak tengok muka sendiri kat cermin. Heheheh..
Selain cream pelembap muka yang tidak melekit dan tidak berminyak terbaik ianya juga cepat meresap ke dalam kulit. Cream moisturizer untuk kulit kering ni meningkat kan kelembapan pada kulit saya.
Bila kulit kita lembab kulit juga akan terhindar dari masalah penuaan dan garis halus pada bahagian tepi mata dahi dan mulut terutamanya
Kandungan Pelembap Muka Aqua Whitening Cream
Apa yang membuatkan cream ni sangat bagus untuk melembab dan mencerah kan kulit sudah tentu lah kerana kandungan bahan yang terdapat dalam Pelembap Muka Aqua Whitening Cream ni.
Tengok kandungan nya di bahagian kotak cream ni banyak betul bahan-bahan nya.Setiap bahan tu ada fungsinya sendiri.
Ada satu bahan dalam pelembap Aqua Whitening Cream terbaik ni yang dikenali sebagai Minyak Benih Camellia Japonica . Minyak ini boleh menyerap jauh ke dalam kulit. Fungsinya ialah :-
- tidak membuatkan pori kulit tersumbat, dan tidak menyebabkan jerawat
- memulihkan kulit kering & Sun Burn
- Mengekalkan kelembapan jauh ke dalam kulit
Tips Penjagaan Muka Dengan Menggunakan Moisturizer water based terbaik
Pakai moisturizer berapa kali sehari? Saya gunakan pelembap muka Aqua Whitening Cream setiap hari dan setiap masa at least dua kali sehari. Setiap kali lepas solat muka pun masih bersih, keringkan dulu wajah dan kemudian saya apply cream ni. Oleh sebab ianya tak melekit dan buat wajah selesa saya tak de masalah nak gunakan cream ni sepanjang hari.
Kalau nak tanya saya yang paling sesuai moisturizer kena pakai waktu bila? Apa yang saya tahu, waktu paling sesuai pakai moisturizer adalah waktu pagi bangun tidur, dan waktu malam sebelum tidur. Dengan tips penjagaan muka yang simple ini, kulit muka boleh lah keep moisture dan glowing setiap hari.
Dengan satu pelembap muka Aqua dari Hansaegee Nature ni je, dapat guna krim siang dan krim malam terbaik, berbaloi kan?
Cara Pakai Moisturizer – Aqua Whitening CreamÂ
Cara pakai pelembap wajah Aqua ni senang sangat, setiap kali selepas cuci muka, calit sikit cream dan letak dekat dahi pipi dagu dan hidung. Kemudian saya ratakan keseluruh wajah. Bila dah rata tepuk-tepuk sikit muka tu.
Masa kita tepuk-tepuk tu la titisan air akan muncul pada kulit kita. Jangan lap pulak air tu.Biarkan saja pada wajah kita, sekejap je ia cepat meresap ke dalam kulit. Muka nampak moisture glowing.
Pertama kali guna cream pelembap terbaik ni langsung tak de rasa gatal-gatal atau panas. Tak de bintik-bintik pada muka. Sangat selesa walaupun kita apply makeup selepas guna cream ni. Ya betul cakap tentang makeup,…ni saya nak bagi tips makeup tak bercapuk. Kan kulit kering susah nak makeup? Selalunya makeup tu tak meresap atau nampak bercapuk. Walaupun ada pakai moisturizer sebelum makeup ,ada yang tak berkesan jugak, itu sebab pilih moisturizer yang tak sesuai. Tapi moisturizer Aqua Whitening Cream Hansaegee ni terbaik! Ikut je cara pakai moisturizer yang saya tunjuk di atas ni, selepas pakai dia terus pakai makeup nampak pigmented dan cantik! Moisturizer ni memang primer makeup terbaik yang pernah saya guna, tak perlu susah payah cari primer makeup dah! Ini lah salah satu cara makeup tahan lama yang paling penting – guna moisturizer terbaik.
Makeup jadi cantik dan tak ganggu solekan kita. Saya memang recommend kan korang try produk ni sebab korang tak kan menyesal. Berbaloi dengan harga, Produk Korea ni weh!! Dah ramai yang review cakap best.