KENAPA HANSAEGEE NATURE? DAN YES !
(By Airah Syahirah on 26th Dec 2018)
Ingat tak pencuci muka Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanseryang I pernah buat review dalam entry ini dan ini? Kenapa I suka sangat dengan pencuci muka Aloe AC ni? Pertama, keberkesanan pencuci muka ni membantu menyahkan jerawat yang bermaharajaleladekat kulit I. Dengan buih yang gebu dan lembut, kulit I rasa lebih bersih dan tak kering pun. Minyak pada muka pun semakin hari semakin berkurang menjadikan kulit I lebih sihat. Sebab itu kalau tengok entry I yang lepas, gambar before dengan after berbeza sangat.
Kenapa I percaya dengan jenama Hansaegee Nature?
Bagi yang tak tahu, Hansaegee Nature merupakan jenama produk kecantikan yang dah wujud sejak tahun 2011 lagi. I dari dulu dah tengok positif review orang lain terhadap produk Hansaegee Nature ni tapi baru sekarang berpeluang nak merasai sendiri. Produk yang dihasilkan original Made in Koreadengan bahan yang berkualiti tinggi.
Hansaegee Nature komited untuk menghasilkan produk penjagaan kulit dan kecantikan yang berkualiti untuk wanita di Malaysia yang semestinya senang digunakan dan selamat.
Entry lepas I ada bagitau I akan repurchased pencuci muka ni sebab rasa tak lengkap dah skincare routine I tanpa pencuci muka Aloe AC ni. Semua produk Hansaegee Nature dijual melalui official Online Website jadi memang senang kalau nak shopping skincare. I rasa beli melalui website lebih mudah, jimat masa, tunggu je barang sampai depan rumah.
Cara pembelian di Website Hansaegee nature
1. Pergi ke www.hansaegee.com
2. Tekan Sign Up di tab belah kanan dan isi semua maklumat yang diperlukan. I tick ‘Sign Up for Newsletter’ terus sebab senang la nak tahu kalau Hansaegee Nature ada buat promo ke apa kan.
Tadaaa dah settle. Senang je nak sign up lepas tu dah boleh terus shopping !
3. Tekan bahagian ‘Products’ untuk tengok barang apa korang nak beli. Macam I, I nak beli Aloe AC Cleanser, terus la tekan nama produk tu. Selain terus ke bahagian ‘Products’, korang boleh tengok jugak Best Sellers, Promotions, Reviews, Tutorial dan What’s New di Hansaegee Nature ni.
Tapi disebabkan I ada tengok Instagram Hansaegee Nature ada buat harga promosi combo untuk Aloe AC Clean Bubble, I terus je bahagian Promotions dan cari promosi untuk 2 Aloe AC Clean Bubble Cleanser dengan harga MYR110 sahaja. Harga asal kombo ni MYR130 tau. Jimat ! Selain cleanser ni, ada juga kombo untuk produk yang lain jadi senang la korang nak pilih yang mana jadi idaman hati. I suka beli kombo terus, simpan stok dekat rumah tak ada la dah habis baru tergesa-gesa nak cari.
4. Kalau dah settle pilih boleh tekan cart untuk checkout.
6. Cara pembayaran pula ada dua, melalui Ipay88 dan Bank Tranfer. I lagi suka guna Ipay88 ni sebab mudah. Pilih je nak bayar melalui bank apa akan dia akan directkan ke laman web bank untuk bayar. Tak payah nak masukkan no akaun, korang kena login akaun bank je.
Kalau Bank Tranfer pula korang boleh terus transfer ke akaun Maybank atau CIMB pihak Hansaegee Nature. Nanti bila dah klik jenis pembayaran, mereka akan sertakan number akaun untuk Bank Tranfer.
7. Lepas dah settle pembayaran, korang akan dapat email macam I yang ada semua maklumat seperti number order, billing info, shipping info dan invoice. Tak sabar tunggu barang sampai !
I suka laman web Hansaegee Nature ni. Pertama, details untuk setiap produk lengkap. Contohnya macam gambar di atas. Semua fungsi produk, bahan yang digunakan, cara penggunaan siap gambar dan video sekali lengkap. Gambar yang digunakan pula memang gambar sebenar produk jadi kalau korang pertama kali membeli di Hansaegee Nature, boleh tengok gambar sebenar produk mereka di laman web ni.
Lepas I daftar tadi I ada terima email pihak Hansaegee Nature bagi ganjaran 50 points. Dekat bahagian setiap produk pun ada tulis berapa point kita akan dapat jika beli barang tersebut. Contohnya, I beli 2x Aloe AC Clean Bubble Cleanser, I dapat 110 points. Rupanya point tersebut adalah ganjaran kepada ahli. Ahli boleh menggunakan point tu untuk pembelian barang di website Hansaegee Nature.
Minimum point untuk redeem adalah 100 points dan 100 points mewakili RM1. I dah ada 160 points, 50 masa daftar dan 110 masa checkout pencuci muka tu. Kalau kumpul point banyak-banyak bertambah jimat la setiap kali I checkout.
Paling best siap dapat hadiah dengan pembelian produk Hansaegee Nature. I memang suka bila dapat hadiah percuma ni sebab rasa dihargai hahaha. Disebabkan I order RM110 haritu, I dapat paperbag, cermin dan pen. Setiap range pembelian, korang akan dapat pelbagai hadiah menarik contohnya RM180 hingga RM249 akan dapat pen bersama tuala atau 2 cermin atau 1 cermin dan 1 pouch. Menarik kan? Semakin banyak korang beli semakin best hadiah yang diberi. Siap dapat Aloe Mask dan Yougurt Mask percuma lagi.