(By Nurul Aqidah Azahar on 05th May 2020)
Assalammualaikum…
Bila bercakap dengan produk penjagaan kulit ini, selalunya memang kita akan sentiasa akan teliti dahulu sebelum memcubanya. Baca pengalaman mereka yang telah menggunakannya dan feedback dari mereka agak kita yakin untuk membeli.
Siapa pernah dengar produk atau gunakan produk dari Hansaegee Nature ini?
Produk dari Korea ini sebenarnya sudah agak popular dikalangan orang ramai mahupun artis. Salah satu produk yang paling laris ialah Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Ia merupakan pembersih muka jenis buih yang sangat lembut.
Bagi Ida salah satu keutamaan dalam pemilihan produk penjagaan kulit ini juga, kita mesti titikberatkan kandungan dalam produk tersebut yang sesuai dengan kulit kita. Sesetengan orang mungkin alahan pada sesetengah bahan yang terdapat dalam produk kan.
Produk ini menggunakan 10 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi. Dan ada 2 bahan utamanya yang sangat penting iaitu Aloe Vera dan Tea tree oil yang memang kita tahu ia sangat bagus untuk kulit.
Aloe Barbadensis Leaf Juice ; Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil) ; Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract ; Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract ; Jasminum Officinale (Jasmine) Extract ; Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract
Apa fungsi/kebaikannya?
- menghilangkan jerawat sekaligus menyelesaikan masalah jerawat.
- menghalang pembentukan jerawat, malah membersihkan masalah pori-pori secara mendalam dan membantu menyegarkan kulit.
Produk penjagaan kulit Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini juga membantu:Â
- Keluarkan sisa lebihan sebum dan minyak pada kulit mahupun kulit mati
- Mengawal minyak
- Membersihkan secara mendalam ke liang pori kulit
- Kulit menjadi lembap dan tidak kering selepas digunakan
Pembersih muka ini dalam bentuk cecair, uolls hanya perlu mengepamnya, ia akan segera keluar dalam bentuk buih lembut di tangan. Tak perlu lagi letak air pada sabun. Ia dapat membersihkan pori hingga ke dalam dan memberikan kelembapan pada kulit. Kulit akan terasa sangat ringan dan menyegarkan selepas menggunakannya.
Ramai yang mungkin fikir pembersih muka dalam bentuk buih ini mungkin tak boleh menanggalkan kotoran mahupun lebihan minyak pada kulit. Malah mungkin ada yang fikir ia akan menyebabkan kulit bertambah kering. Uolls silap ye!
Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sangat lembut dan watery. Jadi ia amat melembapkan pada kulit dan kulit tidak akan menjadi kering. Pembersih muka ini sesuai dengan semua jenis kulit. Macam Ida jenis kulit kombinasi jadi kalau nak cari pembersih muka yang sesuai memang agak susah. Kadang dah guna pembersih muka untuk kulit berminyak pun kulit masih jadi berminyak sehingga mula naik jerawat. Memang sangat stress!
Tapi uolls jangan risau sebab pembersih muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sesuai untuk semua jenis kulit. Mahupun bagi mereka yang ada masalah whitehead mahupun blackhead pun sangat sesuai gunakan produk ini.
Sifat pembersih muka ini yang berbuih lembut dan watery amat membantu agar khasiat bahan dalam produk ni mudah diserap ke dalam kulit dengan baik.
Sudah hampir 3 minggu lebih Ida telah menggunakan produk ini dan terasa seronok selepas menggunakannya. Buihnya sangat lembut dan berbau tea tree. Mungkin ada sesetengah yang alahan pada fragrance tapi jangan risau sebab kandungannya sangat sedikit. Kejap je bau die akan hilang nanti.
Macam Ida memang akan lakukan “double cleansing” setiap malam menggunakan cleansing oil. Selepas buat “double cleansing” Ida terus gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini untuk cuci muka. Dan memang ia sangat membantu untuk buang minyak pada muka tadi. Kulit jadi lembut je.
Cara nak gunakan produk ini sangat mudah
- Basuh muka dengan sedikit air.
- Pamkan Aloe Ac Clean Bubbles Cleanser ini di tapak tangan. Tak perlu tambah air lagi ye.
- Letakkan pada muka dan urut uolls seperti biasa. Tips dari Ida urut muka uolls selama 1 minit supaya kebaikan dalam pembersih muka ini akan menyerap lebih baik ke dalam kulit.
close up dari video, basahkan muka. Pam Aloe ACÂ Clean Bubble Cleanser ke tapak tangan. Dap..dap pada muka dan gosok macam biasa. Buihnya pun nampak lembut kan