(By Ecadwinkyasha on 12th Feb 2019)
Assalammualaikum korang semua. Lama sangat tak bersiaran kan dak Eca ne, yelahhh awal tahun ni cikgu-cikgu busy sikit dengan aktiviti awal tahun especially SUKAN. Memang tak lepaslah sukan tu dalam takwim tahunan sekolah Eca dan dak Eca tu sendiri busy dengan Kejohanan Bola Baling selama 3 hari kat padang. Dah namanya padang, sah-sah akan SUNBURN. Yes, muka polos dak Eca tu bertukar tone kalerr uolss.
Sunburn kat hidung Eca tu, panas tau!
Nasiblah jumpa satu produk dari Korea iaitu Aqua Whitening Cream by Hansaegee Nature. Aqua Whitening Cream ini merupakan produk yang khusus untuk melembapkan dan memperbaiki tona kulit wajah (macam sunburn dimuka Eca tu lahaiiiii!). Menarik dengan Aqua Whitening Cream ini ialah ianya boleh digunakan sebagai krim pelembap siang dan malam. So, agak jimat malah lebih menguntungkan pengguna.
Rumusannya :
Aqua Whitening Cream : 4M – Merawat, Melembap, Mencerah dan Menjimatkan.
Introducing Aqua Whitening Cream to you!
Untuk pengetahuan korang, Aqua Whitening Cream merupakan produk dari Korea. Ramuan yang terdapat dalam produk ini adalah :
Camellia Japonica Seed Oil
Non-comedogenic:  tak menghalang liang pada kulit, tidak menyumbang kepada jerawat.Selain itu ianya juga membaikpulih kekeringan dan kerosakkan kulit akibat ‘sunburn’ dan yang penting sekali ianya boleh memberi kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit yang paling bawah.
Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3)
Bahan ini membantu memperbaiki tona kulit disamping mencerah, membersih dan menegangkan kulit.Kesan ini dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan dalam kulit, mengembalikan dan menstabilkan tahap kelembapan dalam kulit dan membuat kulit yang lebih jelas menjadi semakin berseri.
Bahan lain :Â Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.
Cara Menggunakan :
Sebelum korang mula menggunakan produk ini, korang boleh try sapu sedikit krim diatas tangan. Calit dan sapu sehingga adanya titisan air. Eh, jangan risau sebab tu bukan air peluh tapi kesan krim tersebut. Calit sehingga krim menyerap ke dalam kulit. So, boleh sapu pada muka dan leher. Untuk penggunaan pada waktu malam, korang boleh sapu sehingga dua kali untuk kesan lebih ketara pada kulit wajah.
Simple je cara guna..Calit kat muka dan sapu sehingga krim menyerap ke dalam kulit wajah
Mudahkan!. Lebih-lebih lagi bagi Eca yang bertugas 24jam (cikgu merangkap warden) konfirm sangat sibuk. So, memudahkan diri sendiri apatah  Eca tak suka ‘heavy makeup’ ke sekolah, calit sahaja Aqua Whitening Cream, kulit wajah lebih cerah dan glowingggg gitu.
My routine is simple but I still look glowing gituuu~