(By Husniey Husain on 21st Jan 2019)
Aqua Whitening Cream | Krim Terbaik Untuk Kulit Sentiasa Segar Dari Hansaegee Nature. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga sihat dan ceria selalu. Mesti ada antara kita tahun 2019 ini berazam untuk punya kulit sihat cantik? Haa angkat tangan sesama! Husniey juga berazam perkara untuk mempunyai kulit cantik. Jom baca sampai akhir artikel husniey kali ini share tentang barang baik dari Hansaegee Nature. Kalau nak tahu produk ini diperbuat 100% original dari Korea dan dibungkuskan di Malaysia. Mesti peminat K Beauty tak sabar nak tahu lebih lanjut, kan?
FUNGSI AQUA WHITENING CREAM BY HANSAEGEE NATURE
Pejam celik dekat seminggu lebih dah husniey menggunakan Aqua Whitening Cream by Hansaegee Nature. Sebelum menceritakan lebih dalam, mari kita kenal dulu apa fungsi Aqua Whitening Cream ini. Pertamanya ialah berfungsi untuk melembabkan kulit anda sehingga ke lapisan dalam, mengecilkan liang pori yang besar, merawat kulit yang hangus terkesan kerana terdedah matahari. Best bukan?
Krim ini akan bertindak balas mengeluarkan water drop effect setelah disapu pada kulit . Sekejap je dalam beberapa saat anda akan nampak water drop keluar dan akan menyerap ke dalam kulit. Sangat menyegarkan dan tidak melekit langsung. Makin lama makin sebati dengan kulit dan pori pori jadi mengecil.
Untuk pengetahuan anda, kandungan bahan yang terdapat di dalam Aqua Whitening Cream ialah Camellia Japonica Seed Oil yang berfungsi sebagai membaiki kulit kering, memastikan kulit sentiasa lembab dan kelihatan bermaya. Ia membaiki sel kulit sehingga lapisan paling dalam.
Juga terdapat Niacinamide yang juga dikenali sebagai Vitamin B3 kebaikannya untuk merawat penuaan kulit. Kebaikan lainnya bagi Vitamin B3 ini ialah untuk membaiki liang pori yang besar terdapat di bahagian kulit anda dan membaiki tona kulit tidak sekata. Selain itu ia turut merawat kulit anda menjadi makin cerah. Hebat bukan?
Skin care yang brfungsi melembabkan kulit ini sangatlah penting, bagi memastikan kulit kita sentiasa sihat dan struktur kulit tidak rosak. Jika kulit kering pasti akan terdedah kepada kesan buruk yang lebih berbahaya seperti jeragat dan sunburn teruk kan. Husniey dah serik tau, dulu keadaan muka agak teruk sebab tidak sedar tentang penjagaan kulit. Sekarang dah sedar untuk amalkan cara penjagaan kulit wajah dengan betul. Aqua Whitening Cream ini diperbuat daripada herba ekstrak semulajadi, so tak perlulah anda risau. Pada husniey krim ini adalah pilihan terbaik untuk kulit kering. Oh ya ia juga sesuai digunakan pada semua jenis kulit.
CARA MENGGUNAKAN AQUA WHITENING CREAM
Selepas cuci muka calitkan krim pada kulit wajah atau leher, sapukan ke seluruh wajah. Urut perlahan je, sambil tu anda akan lihat kehadiran water drop, dap dap je kat wajah tu. Kesan menyerap yang pantas, anda akan rasa kelembapan serta merta. Best sangat. Muka macam ada effect glowing gitu. Selesa betul.
Boleh guna ketika waktu siang dan malam. Sebelum pakai makeup dicadangkan pakai aqua whitening cream ini dulu, barulah tekstur kulit lembut dan makeup smooth je hehe. Waktu malam disarankan pakai double layer.
REVIEW IKHLAS SEPANJANG MENGGUNAKAN AQUA WHITENING CREAM
Demi berkongsi barang baik bersama pembaca, jadi husniey nak highlightkan beberapa perkara best sepanjang menggunakan Aqua Whitening Cream ini. Perkara yang paling husniey suka tentang krim dari Hansaegee Nature ini ialah teksturnya, baunya yang wangi. One word to describe about this product is, Amazing! Hanya dalam masa beberapa hari menggunakan Aqua Whitening Cream suami husniey puji nampak lembab je kulit muka, mestilah mood happy dapat pujian suami. Teksturnya yang berair tidak berminyak dan juga tidak melekit. Makin lama pakai makin serasi. Pori di kulit muka nampak semakin mengecil.
Alhamdulilah, husniey semakin serasi dengan Aqua Whitening Cream, lebih lembut dan kelembapan tu kekal berpanjangan. Berasa sejuk dan lembut. Pendek kata selesa betul kulit ni. Setiap kali pakai waktu malam, esok paginya bangun tidur kulit rasa segar dan tidak berminyak. Jadi betullah ia berfungsi melembab sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam. Nice product!