(By Nonasani on 25th August 2020)
Pembersih muka adalah asas dalam penjagaan wajah agar kelihatan berseri selalu. Penting kerana ianya juga dapat membina keyakinan diri apabila berhadapan dengan ramai orang. Kita sendiri suka muka kita cantik, nampak sihat dan bermaya. Kan?
Untuk itu, kali ni Nona cuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature. Tak pernah dengar nama, rupa-rupanya brand ni bukan calang-calang produk tau, ianya MADE IN KOREA!!
Yeahhh, i got mine!!
Antara ingredients di dalam ni ialah :
Aloevera, Tea Tree Leaf Oil, Rosemary Extract, Jasmine Extract dan banyak lagi.
Kandungan yang selamat, untuk kulit.
First thing sebelum guna, memang Nona tengok pada bahan-bahannya, then baru apply. Tiada Alcohol, Paraben, dan Sulfate. Yes, ini pilihanku! Yang lebih penting, SESUAI untuk SEMUA JENIS KULIT.
MACAM MANA TEKSTURNYA?
Berbuih lembut yang sangat banyak. Bukan jenis cream atau cecair tanpa buih. Bukan juga jenis serbuk. Aku suka buihnya yang lembut tu terkena pada permukaan wajah.
FEEDBACK SELEPAS GUNA?
Kulit rasa lembut, fresh dan tidak rasa melekit langsung! Usually, pembersih muka Nona guna mesti rasa melekit-lekit je selepas menggunakannya. Tapi yang ni lain ye.
Selain itu, Nona rasa lembab je muka ni, take kering pun, lagi-lagi bila dah tepek makeup. Serious, tak kering. Kalau sebelum ni, Nona guna pencuci muka, then tepek makeup, still nampak kulit kering. Yang ni buat kulit Nona terjaga kelembapannya. Besttt!
Bukan itu sahaja, pencuci muka ni memang mampu untuk buang segala kotoran pada wajah dengan mudah! Ianya membersihkan pori kulit muka sehingga bersih dan kulit jadi sangat lembut. Buktinya? Refer gambar di bawah. Letak sikit je, mudah sangat kotoran tu terpadam. Dari sini, boleh jimat penggunaan tau. Sapu sikit pada wajah, kotoran hilang segera.
Jerawat? Nampaknya tak timbul langsung jerawat walaupun jerawat kecil..hihi. Baunya? Sederhana je, tak la wangi sampai pening kepala, dan tak jugak busuk.
FUNGSI ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER :
1. Hapuskan kotoran pada wajah.
2. Hapuskan kulit mati
3. Mengecutkan Pertumbuhan Jerawat
4. Mengawal Minyak Pada Wajah
5. Mengekalkan Kelembapan Kulit
6. Membersihkan Sehingga ke Dalam Pori
7. Buang Kotoran Pada Make Up
Soft Bubble Cleansing Foam
CARA PENGGUNAAN?
1. Basahkan Kedua-Dua Tapak Tangan.
2. Basahkan Muka.
3. Picitkan Cleanser Secukupnya.
4. Biarkan Ia Berbuih Banyakkk dan Sapukan Pada Wajah.
Korang pun kena try. Lebih-lebih lagi jika tak pasti kulit jenis kering, berminyak atau kedua-duanya pun ada. Ha, harus try cleanser brand ni ye~ Confirm korang rasa jugak apa yang aku feel bila guna cleanser best ni..