(By Sally Samsaiman)
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream bukannya produk baru yang ada dipasaran…tapi Sally baru je jumpa…Aqua Whitening Cream merupakan krim pelembap. Ianya juga boleh membantu merawat kesan sunburn, atau muka merah-merah sbb panas matahari. Kalau korang nak tau, istimewanya krim ni sebab dia boleh berubah jadi titisan air! So, ianya sangat melembapkan dan sesuai la untuk kulit kering juga..Hehehe…excited kan dengar?
Aqua Whitening Cream ni diformulasi dengan ekstrak herba yg boleh menembusi lapisan kulit dan membaikpulih kulit. Pasal tu kalau korang sunburn mmg krim ni terbaik pakai. Antara kandungan yang ada dalam krim ini:
↪ Camellia Japonica Seed Oil
Non-comedogenic, tak menghalang liang pada kulit, tidak menyumbang kepada jerawat…Ianya juga membaikpulih kekeringan dan kerosakkan kulit akibat sunburn dan yang penting sekali ianya boleh menyimpan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit yang paling bawah.
↪ Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3)
Membantu memperbaiki tona kulit..Disamping mencerah, membersih dan menegangkan kulit…Kesan ini dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan dalam kulit, mengembalikan dan menstabilkan tahap kelembapan dalam kulit dan membuat kulit yang lebih jelas berseri.
- Cara Menggunakan Pelembap Wajah
Cara pakai pelembap wajah yang standard boleh ikut sini :
1. Bersihkan wajah terlebih dahulu
2. Gunakan toner, essence / serum
3. Oleskan pelembap
4. Ratakan pelembap
5. Pakai juga pada area leher
6. Diamkan pelembap – Setelah pakai pelembap wajah perlu mendiamkan kulit selama beberapa minutes. Jangan terus menggunakan produk skincare lain.
Cara nak gunakan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini pun mudah sangat…lepas kita bersihakan muka, gunakan toner kalau korang jenis guna laa…lepas tu sapukan Aqua Whitening Cream dekat muka dan leher…Cara yang betul nak gunakan krim ini ialah lepas kita oleskan krim tu kat muka, kita perlu “menepuk” muka perlahan-lahan dengan tangan, sampai titisan air akan muncul, macam dalam gambar tuuu…
Krim ni sangat lembap, walaupun dia jadi titisan air pada muka, lepas kita sapu rata akan mudah diserap ke dalam kulit. Lepas pakai akan rasa berangin sikit tapi bukan berangin macam menthol tu cuma rasa soothing effect yang melegakan…Sebiji rasa macam kita “splash” air kat muka…haaa…macam tu la dia punya definasi..hahahaha
Untuk lebih berkesan, Sally menggunakan krim Aqua ini dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Bangun pagi pada keesokan harinya, pasti kulit muka terasa segar dan kurang berminyak. Kalau kulit kena sunburn, lepas pakai krom Aqua ni, hari keesokan rasa selesa, ia memang dapat kurangkan sunburn yang teruk disamping juga dapat merawat kulit.
Kalau jenis kulit kering, tak kisah la sebab terdedah kepada matahari atau duduk dalam penghawa dingin dalam masa yang lama, boleh gunakan krim ini secara kerap tapi guna nipis jela tak perlu guna terlalu banyak. Korang akan rasa kulit lembap dan selesa sebab krim ini tidak berminyak. Boleg guna pagi atau malam, takde masalah.
Sally suka guna krim ni, buat masa ni kalau keluar ke memang Sally guna sebab bila kena panas matahari tak rasa terik sangat kulit muka. Selain daripada tekstur dia yang jadikan muka rasa lembap, sejuk dan takde rasa radang, suka tekstur dia yang tak berminyak walaupun dia krim.
Kalau korang mencari produk yang sesuai dengan semua jenis kulit, tak merengsakan kulit, melembapkan dan dalam masa yang sama memberi efek pemutihan dan sekatakan tona kulit muka, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream memang pilihan yang tepat dan terbaik.