(By Decamillia on 02nd March 2020)
Siapa jenis kulit muka berminyak sila angkat tangan. Yeah kita geng! Biasanya bila kita ada kulit muka yang berminyak ni kita rasa kita dah tak perlu gunakan pelembap (moisturiser) kan? Yela, kulit dah berminyak nak tambah lagi kelembapan tak ke lagi berminyak?
Haaaa salah teori tu! Tahu tak banyak sangat sebenarnya kelebihan menggunakan pelembap sebagai rutin harian bagi apa jua jenis kulit hatta yang berminyak.
Hydrated skin is healthy skin. Jangan kita ingat kulit muka kita dah berminyak bermaksud kulit muka kita dah cukup lembap, dah cukup air. Kulit yang kering atau dehydrated boleh mengakibatkan masalah keradangan, penyebab penuaan kulit dan juga kulit muka boleh breakouts.
Sebabnya, bila kulit kita kering, tubuh badan kita akan bertindak balas dengan menghasilkan lebih banyak minyak dimana minyak tersebut boleh membuatkan liang pori kita tersumbat dan akhirnya menghasilkan banyak jerawatpastu breakouts teruk.
Oh no! Jerawat adalah suatu nightmares buat kaum hawa tau.
Nampak kan betapa pentingnya penggunaan pelembap walaupun kulit muka kita berminyak? Yang penting kita perlu menggunakan pelembap yang sesuai dengan kulit kita seperti Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature.
Ok sebelum Nur cerita lebih lanjut tentang Aqua Whitening Cream, Nur rasa lebih elok kalau Nur cerita dulu apa tu Hansaegee Nature.
Hansaegee Nature
Hansaegee Nature adalah jenama produk kecantikan yang telah wujud di Malaysia sejak tahun 2011 lagi. Kesemua produk Hansaegee Nature adalah 100% buatan Korea dengan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi untuk memberikan manfaat yang optimum buat penggunanya. Malah produk Hansaegee Nature juga telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM dan selamat digunakan.
Menariknya, kesemua produk Hansaegee Nature hanya boleh didapatkan dari Website Online Shop dan juga WhatsApp Order Service sahaja. Kita juga tak boleh nak dapatkan mana-mana produk Hansaegee Nature dari kedai seperti Watson, Guardian atau medium lain. Agent pun tak ada. Inisiatif ini dilakukan untuk menjamin kualiti produk Hansaegee Nature itu sendiri. Yela, banyak kes netizen terbeli fake product kan?
Untuk pengetahuan semua, Nur dah gunakan Aqua Whitening Cream ni sejak beberapa hari yang lalu setelah sekian lama Nur dah tak gunakan apa-apa pelembap dekat muka ni. Fed up dengan effect berminyak tu. End up terus tak pakai. Dan ini adalah kali pertama Nur menggunakan produk Hansaegee Nature.
Aqua Whitening Cream
Aqua Whitening Cream adalah krim pelembap dan pencerah. Bila kita dengar je nama aqua, ianya sinonim dengan air kan? Ini adalah kerana Aqua Whitening Cream adalah krim pelembap yang berasaskan air (water based moisturiser). Antara kelebihan Aqua Whitening Cream adalah:
*Mengawal penghasilan sebum dan minyak yang berlebihan pada kulit (oil control function)
*Membaik pulih kerosakan dan kemerahan kulit akibat sunburn
*Memberikan kelembapan kulit yang mendalam dengan kehadiran ‘water drop’
*Tak melekit dan sangat sesuai dengan suhu Malaysia yang panas-lembap
*Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit
*Tanpa Paraben, Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan alkohol
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream diformulasikan dengan ekstrak herba untuk memberi manfaat yang optimum buat kulit wajah. Camellia Japonica Seed Oil dan Niacinamide adalah antara bahan utama yang terkandung dalam Aqua Whitening Cream. Antara bahan lain adalah:
*Angelica Acutiloba Root Extract
*Cnidium Officinale Root Extract
*Gardenia Florida Fruit Extrac
*Paeonia Albiflora Root Extract
*Pinus Densiflora Leaf Extract
*Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil
*Rehmannia Chinensis Root Extract and ect.
Nur highlight sikit ya karakter dan kelebihan bahan utama Aqua Whitening Cream ni.
Camellia Japonica Seed Oil
*Non-comedogenic; tidak akan menyumbatkan liang pori wajah dan tidak akan menyumbang kepada penghasilan jerawat
*Membaik pulih kerosakan dan kemerahan kulit akibat sunburn
*Mengekalkan kelembapan kulit sehingga ke lapisan kulit yang dalam
Niacinamid
*Juga dikenali sebagai vitamin B3 yang bagus untuk melambatkan proses penuaan kulit
*Mencerahkan kulit kusam dan tona kulit akan menjadi lebih sekata
*Mengecilkan liang pori
*Mengawal penghasilan sebum dan minyak yang berlebihan pada kulit (oil control function)
*Memberi kesan mencerah dan melembapkan kulit
Cara Penggunaan Aqua Whitening Cream
Jangan lupa cuci bersih muka dan lap kering ya. Lepastu baru sapu Aqua Whitening Cream. Tak perlu sapu tebal-tebal pun. Sapu rata ke seluruh muka. Nak sapu dekat leher pun boleh. Sambil sapu tu boleh urut manja muka tu. Kemudian tepuk perlahan seluruh muka untuk mempercepatkan pengeluaran ‘water drop’. Bila water drop tu dah keluar, jangan di lap pula. Itu bukan peluh ya! Dap dap aje sampai dia meresap ke dalam kulit.
Ataupun, boleh juga cuba sapu Aqua Whitening Cream di tangan terlebih dahulu untuk melihat kesan water drop muncul di permukaan kulit tangan.
Lepas pakai memang akan rasa fresh sangat. Effect water drop tu yang buat muka rasa segar je. Tak berminyak, tak melekit so rasa ringan je kat muka. Nak buat apa-apa aktiviti pun rasa seronok dan rimas dekat area muka, terutamanya ketika cuaca panas. Ada juga pengguna lain kata kesan jeragat di muka beransur baik selepas sebulan menggunakan Aqua Whitening Cream.
Akhir kata, Nur sangat suka dengan Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature ni. Recommended sangat untuk mereka yang kulit berminyak macam Nur untuk mengekalkan kelembapan kulit disamping dapat mengawal penghasilan minyak pada kulit muka. Lagipun Aqua Whitening Cream ni juga memberi kesan memutihkan so kulit muka akan nampak lebih berseri. Bila nak selfie takde lah nampak kusam je. Tanpa makeup pun berseri je muka tu tau. Siapa tak suka kan?