Skincare Harian Yang Berkesan Untuk Mengelak / Merawat Kulit Muka Jeragat dan Sunburn
(By ajumohit on 11th May 2021)
Skincare Harian Yang Berkesan Untuk Mengelak / Merawat Kulit Muka Jeragat dan Sunburn
Kulit cerah dan putih memang idaman semua orang. Tapi bagi saya, dalam dilema pulak sebab bila berkulit cerah. Yang mana boleh nampak jeragat di muka.
Memang ketara betul tompok jeragat ni kalau saya tak kenakan foundation yang tebal. Kadang-kadang segan nak berhadapan dengan orang kalau tak pakai make up yang nipis.
Salah saya juga sebab saya takde ilmu yang betul dari awal penjagaan kulit muka. Saya baru tahu yang punca jeragat ini adalah daripada melanin yang ada di dalam lapisan kulit muka kita.
Lagi banyak melanin terhasil, maka lagi banyak tompok jeragat yang akan terjadi di muka. Yang pastinya punca utama jeragat adalah sinaran UV.
Jika kulit kita terus terdedah kepada sinaran UV, maka akan banyak melanin yang akan dihasilkan. Maksudnya jeragat juga makin banyak di muka.
Bayangkan kalau kita tak pakai UV protection, macamana kesannya kepada kulit muka kita nanti kan?
Ha yang ni penting untuk korang tau. Melanin ni juga boleh terhasil dari suhu persekitaran kita yang panas. Contohnya kita bekerja dalam bilik yang bersuhu tinggi ataupun walau sedang memasak.
Bayangkan, walaupun duduk rumah dan tak terkena sinaran matahari. Rupa-rupanya persekitaran yang panas juga boleh membuatkan banyak melanin akan terhasil.
Cara saya mencegah jeragat
Antara tips yang saya amalkan untuk mencegah jeragat adalah dengan menggunakan oatmeal dan skincare.
1. Oatmeal
ini memang untuk dimakan, tapi selain tu juga ia boleh jadi agen pengelupasan untuk buang kulit mati dan sisa kotoran di muka.
Bahan-bahan
2 sudu yogurt
1 sudu lemon
1 sudu madu
4 sudu oatmeal.
Caranya
Campurkan kesemua bahan di atas. Kemudian letakkan pada muka dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu, tanggalkan dan basuh dengan air bersih. Mudah kan?
2. Krim pelembap wajah
Antara skincare harian yang berkesan dan yang paling mudah untuk saya gunakan. Terutama untuk bantu merawat dan mengelak jeragat, iaitu Aqua Whitening Cream Moisturizer.
Produk ini adalah dari Hansaegee Nature yang sememangnya popular di pasaran. Banyak maklumbalas yang positif atas produk ni. Sebab tu saya nak korang cuba sendiri.
Bila kita dah tahu punca jeragat adalah dari sinaran UV dan suhu persekitaran yang tinggi. Jadi yang paling penting adalah kita kena tahu cara untuk mengawal dan menjaga kulit kita.
Aqua Whitening Cream Moisturizer
Krim ini adalah berasaskan air dan memberi rasa yang sejuk pada kulit. Pertama kali sapu kat muka, rasa kulit sejuk dan nyaman. Boleh rasa bintik air di muka.
Boleh rasa krim ini menyerap ke dalam kulit muka. Bila tadi kita sebut tentang suhu yang panas, boleh menyebabkan terjadinya melanin. Sebab itu kita perlu pastikan kulit sejuk dan lembap.
Tambahan pula, Aqua Whitening Cream ini mengandungi peratusan bahan Niacinamide yang tinggi yang juga dikenali dengan Vitamin B3. Ianya membantu mencerahkan kulit dan memperbaiki kulit kusam.
Langkah ini bantu mengawal melanin menjadi lebih cerah dan memudarkan bitnik hitam di muka.
Cara penggunaan Aqua Whitening Cream Moisturizer
Krim ni tak melekit tau. Bila kata berasaskan air, krimnya sangat lembut dan mudah untuk disapu di muka. Ianya berasaskan herba dan boleh merawat kulit kemerahan dan sun burn.
Yang bestnya krim ini ada fungsi memutihkan dan pada masa yang sama melembapkan kulit.
Bila kita sapu kat muka dan leher, akan nampak titisan air serta merta. Itu yang buatkan kulit muka lembap sepanjang hari. Rasa segar je sebab ianya juga mengawal penghasilan minyak pada wajah.
Saya gunakan krim ini 2 kali sehari, iaitu waktu pagi sebelum pergi kerja atau keluar rumah dan di waktu malam sebelum tidur. Jadi krim ini saya akan tinggalkan sahaja di rumah, mudah sangat.
3. Krim pelindung matahari
Sebelum ni dah bermacam jenama sunblock yang saya guna. Semuanya tak memuaskan hati, terutama teksturnya yang berminyak.
Tapi terkini, krim pelindung matahari yang saya gunakan ialah Gold Nano CC Cream Gold Nano CC Cream. Krim ini bertujuan untuk melindungi kulit muka dari jeragat. Serius best!!
Ianya mengandungi SPF 50+ PA+++ yang melindungi dari UVA dan UVB. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, sinaran UV akan meningkatkan penghasilan melanin.
Jadi untuk mengawalnya, kita wajib melindungi kulit dari terhasilnya lebih melanin yang juga akan menyebabkan jeragat makin banyak di muka.
Gold Nano CC Cream wajib disapu di wajah setiap hari walaupun kita hanya duduk di rumah atau di dalam bangunan. Ini kerana UVB akan boleh menembusi melalui pintu ataupun tingkap. Boleh gunakan krim ini 2 kali setiap hari, setiap 3 jam sekali.
Tekstur Gold Nano CC Cream
Saya suka cc cream ni sebab ianya akan mengikut tona kulit muka kita. Takde isu kulit bercapuk atau nampak putih keterlaluan. Memang cc cream ni mudah meresap dalam kulit dan tidak menutup pori muka.
Bau cc cream ni pun best je. Ianya ringan dan krimnya tidak melekit. Bau pun sedap dan boleh diterima hidung saya hahaha.
Lepas pakai Cc cream korang boleh apply foundation dan make up seperti biasa. Nanti korang boleh nampak make up akan jadi pigmented, lebih cantik dan tahan lama.
Walau hari panas, make up korang akan lebih cantik dan glowing. Serius, nanti dah pakai boleh tengok hasilnya.
Kalau nak tahu, kedua-dua produk ni tiada kandungan paraben, sulfat dan juga alcohol. Ianya juga mesra wuduk dan mudah untuk dibersihkan. Yang pasti krim ni saya akan bawa ke mana sahaja saya pergi. Sangat membantu!!
Jeragat boleh pudar
Untuk pengetahuan korang, kebanyakan orang yang ada jeragat memang nakkan jeragat hilang serta merta selepas guna skincare. Tapi masalahnya mereka ni tak suka pakai pelembap wajah dan sunscreen. Konsep ni salah sama sekali.
Ikut pengalaman saya yang ada jeragat ni, ianya takkan hilang sekelip mata dengan hanya pakai krim. Ianya akan tetap ada jika korang tidak menjaga kulit muka dari sinaran UV dan suhu yang panas.
Tapi yang pasti, ianya boleh dikawal dengan cara menggunakan skincare harian yang berkesan. Dengan 2 langkah gunakan pelembap Aqua Whitening Cream dan Nano Gold CC Cream Hansaegee, ianya akan dapat mengawal dan mencegah pertumbuhan jeragat.
Itulah dia tips penjagaan muka saya setiap hari.