(By Asyiqin on 15th February 2020)
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua 🙂
Pelembab atau Moisturizer merupakan salah satu step wajib dalam rutin penjagaan kulit harian. Sejak dari zaman anak dara lagi, aku memang jarang skip pakai moisturizer. Sehari tak pakai pasti terasa macam ada yang tak kena. Lagi-lagi bila nak pakai mekap, tanpa pelembab kulit jadi tak best, mekap pun cepat cair dan tak tahan lama. Rimas sungguh!
Aku pernah cuba beberapa jenis pelembab, tapi ada satu je yang melekat di hati sampai sekarang. Tak lain tak bukan mestilah Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Pelembab ni bukan sahaja membantu kulit mendapatkan kelembapan maksimum yang diperlukan, tapi juga membantu untuk mencerahkan kulit wajah. Kiranya ia bertindak 2 dalam 1, melembab dan juga mencerahkan kulit. Bestnya!
Kalau kita lihat dari pandangan mata, Tekstur dia warna putih dan macam gel, tapi bila rasa dengan jari, tekstur sangat light dan dah boleh rasa dia punya watery moisture tu.
Aku paling suka bila part sapu krim ni dekat kulit muka sebab tiba-tiba akan muncul titisan air atau water drop. Hehe best!
Bahan-Bahan yang terkandung dalam pelembab ni ialah :
Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Niacinamide, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Camelia japonica seed oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.
Kalau kita tengok dekat ingredients paling atas sekali ialah water. So kita dah boleh tahu yang ianya water based moisturizer.. Tekstur krim ni sangat light dan cepat menyerap ke dalam kulit dan tanpa ada rasa berminyak langsung. So sangat sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya yang jenis berminyak dan kombinasi.
Selain melembabkan, ianya juga membantu untuk mencerahkan kulit wajah. Kandungan Niacinamide sebagai agent pencerah membantu mengurangkan tona kulit yang tak sekata, mencerahkan kulit, membantu melegakan kulit sensitive dan sebagai anti aging, kurangkan kedutan pada wajah. Yelah, dalam usia 30 an ni dah kena jaga kulit wajah, tak nak lah tua sebelum usia kan.
CARA PENGGUNAAN
1. Selepas mencuci wajah, sapukan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream pada wajah dan leher. Water drop akan muncul dalam beberapa saat.
2. Tepuk tepuk dan urut kulit wajah sehingga krim menyerap dengan sempurna.Boleh digunakan pada waktu siang dan malam. Untuk malam digalak kan untuk buat double layer untuk hasil yang memuaskan.
Pada pandangan peribadi aku sendiri, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream dapat memberikan kelembapan yang diperlukan oleh kulit aku sepanjang hari, sebab kulit rasa lembab, tak kering dan tak berminyak. Lepas pakai muka jadi lebih glowing dan berseri.Kalau tengah sunburn dan apply krim ni, memang best sangat sebab rasa fresh dan sejuk je sepanjang hari tu. Yang paling bestnya mekap lebih tahan lama di wajah dan tak bercapuk. Sangat recommended untuk korang try juga.