KULIT SIHAT DAN BERMAYA, RUTIN MAKEUP HARIAN MENJADI MUDAH DENGAN PRODUK HANSAEGEE NATURE
(By Nadia Johari on 15th May 2019)
hai assalammualaikum
Kulit Sihat Dan Bermaya, Rutin Makeup Harian Menjadi Mudah Dengan Produk Hansaegee Nature
Kulit Sihat Dan Bermaya, Rutin Makeup Harian Menjadi Mudah Dengan Produk Hansaegee Nature – Wah, tak sangka dah empat bulan nad pakai dua produk dari Hansaegee Nature ni iaitu Aqua Whitening Cream dan CC Cream. Banyak dah nad kongsi berkenaan dua produk ni sebelum ni dekat blog. Korang taip je Hansaegee Nature dekat bahagian search, nanti jumpa la semua yang nad cerita berkenaan produk dan perubahan yang nad alami. Sampai kawan dengan adik cakap, ” muka nampak elok je, apa kau pakai “..hehehe..(malu kitew tau)..Dua produk ni, memang nad pakai setiap hari dan tak pernah miss untuk pakai.Sejak nad pakai Aqua Whitening Cream dan CC Cream ni, kulit makin sihat dan bermaya, malah rutin makeup harian menjadi mudah.
Jarang nad kekal lama dengan sesuatu produk, tapi produk Hansaegee Nature ni nad suka sangat, sebab ia sesuai dengan kulit nad dan nad takda masalah kulit breakout, takde rasa pedih ke apa bila pakai dua produk ni. Malah ia buat muka jadi smooth, nak bersiap pun cepat. Lagi nad suka, ia tidak melekit dan tidak berminyak. Jatuh cinta sangat sebab dua produk ni memang kombinasi yang sempurna untuk kulit muka.
Nampak tak, Aqua Whitening Cream nad satu botol dah habis..hahaa. sebab nad pakai setiap hari pada waktu siang dan malam.
Suka dengan sifatnya yang “waterdrops”..Bila sapu je dekat muka, nampak titisan air keluar, rasa seronok je. Terus dap,dap, rasa segar muka. Liang pori pun dah kurang.
CC Cream tu pula dah penyek botol dia..hahaha..Tu sebab setiap kali nak keluar nad mesti guna. Kadang-kadang, nad guna juga CC Cream tu waktu siang walau tak keluar rumah sebab suka tengok muka dalam keadaan glowing dan berseri gitu. Bestnya CC Cream ni mempunyai satu kod sahaja, yang memang sesuai untuksemua jenis kulit tak kira cerah atau gelap. Sebab ia akan berubah kepada skin tone kita, jadi tak peningla kan nak pilih code apa..haahha..
Dua produk ni memang memudahkan rutin harian skincare dengan makeup ya bagi mak-mak seperti nad ni. Nampak je duduk rumah, tapi penuh dengan jadual yang sibuk. Masa tu sangat penting, lambat sikit je rasa rugi giler..Walaupun surirumah sepenuh masa, tetap nak nampak cantik juga kan.
Hanya sapu sahaja Aqua Whitening Cream dengan CC Cream dah cantik. Memang selesa pakai dua produk ni, muka takdela nampak kusam, malah nampak natural.
( akan letak video haritu)
Bila keluar, lagila wajib pakai Aqua Whitening Cream dan CC Cream. Anak nak kacau maknya bersiap, takde masalah, mommy tetap nak nampak cantik. Pakai dua produk ni, takdela kelam kabut, atau lama bersiap. Bersiap pun dengan tenang je..hahaha..So, rutin harian makeup nad, nad hanya guna Aqua Whitening Cream, CC Cream, gincu, eyeliner dan blusher sikit. .Ni kalau nad malas pakai foundation atau
taknak makeup heavy. Memang simple je, tapi hasilnya kebabomm…hahaha. Muka pun nampak natural dan segar je. Ia meratakan tona wajah yang tak sekata. Rasa ringan je muka, macam tak pakai apa-apa..
Kalau nad nak pakai heavy makeup, macam bubuh foundation, bubuh eyeshadow, nad tetap pakai dua produk ni. Ia boleh jadi sebagai makeup base yang membuatkan makeup jadi lebih cantik, lebih pigmented dan tahan lama. Muka pun tak bercapuk walaupun dari siang sampai ke malam. Muka jadi glowing bersinar-sinar gitu.
Bila cuaca panas pun tak risau sebab nad pakai dua produk ni yang membantu kulit muka nad daripada sinaran UV. Cuaca panas boleh buatkan kulit kering dan rosak, sebab tu nad pakai pelembap untuk kekal moist dan elakkan sunburn di muka, tak lupa pakai CC Cream Hansaegee Nature ni kerana ia mempunyai SPF 50 bila nak keluar. Kalau boleh muka nak sentiasa nampak awet muda je sebab ia anti wrinkles..hehehe..
Memang sekarang ni, dua produk ni la peneman setia nad, penyelamat nad untuk nampak cantik, jadikan kulit sihat dan bermaya. Pergi mana-mana je, mesti usung sekali dua produk ni, yela kadang dah keluar seharian, nak cuci muka, nak solat semua tu, lepas tu nak makeup semula. Nak bawak barnag lain dah banyak, jadi dua produk ni je banyak membantu life nad betul. Saiz takdela besar mana, ringan je pun, memang takkan memberatkan beg. Lagipun kalau nak pakai hanya guna jari sahaja.
Hah macam mana, teruja tak tengok nad pakai dua produk ni sahaja. Ingat surirumah ni tak nak nampak cantik ke, mestilah nak..hahaa. Yang bekerja dekat luar, dalam pejabat tu lagilah wajib ada dua produk ni, tak kira perempuan atau lelaki ok. Mana nak dapakan dua produk ni, hah bawah ni nad dah bagi details. Beli online ok..takda dijual di mana-mana kedai..Beli oii, beliii….Nad pun nak beli CC Cream…