HANSAEGEE NATURE AQUA WHITENING CREAM RAWAT KULIT SUNBURN SEAWAL 5 HARI
Assalamualaikum semua
Baru je balik dari Batam, saya bercuti ke Sabah, buat 10 hari roadtrip (ada trip hiking jugak) di bahagian Selatan Sabah. Alhamdulillah perjalanan smooth, selamat pergi dan balik. Nanti saya akan share kan dalam blog post lain ya. Cuma nak cakap, bila kita ada trip ke pulau-pulau ni, pakai lah 2 kilo sunblock pun tetappppp jugak kulit wajah akan terbakar ya. Kira travel and sunburn is like a best friend gitewww.
Masa bercuti haritu, nak elakkan kulit over sunburn, saya akan pastikan apply moisture especially sebelum tidur, agar kulit kekal lembap, jadi ia lebih mudah untuk diperbaiki secara semulajadi berbanding kulit yang kering. Sepanjang percutian saya, saya guna Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature.
Sebelum island hoping. Kulit masih okay ye
Selepas island hoping, korang tengok betapa berkilat kulit. Sampai kat airport pun ada makcik tegur, jalan-jalan mana ni kulit hitam sangat haha
Aqua Whitening Cream adalah pelembap yang dapat membaiki kulit rosak akibat terdedah dengan matahari yang mana akan menyebabkan kulit terbakar. Krim pelembap ini adalah jenis water-drop yang dapat memberi lembapan super pada kulit. Ia juga boleh Mengawal minyak dan sebum berlebihan pada kulit. Kalau korang jenis kuit berminyak sangatlah disarankan guna Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni.
Krim pelembap ni best tau, bila korang sapu pada kulit wajah, urut secara perlahan, korang akan nampak titisan air. Ia kemudian perlahan akan diserap pada kulit. Pelembap jenis Water-drop ni lansung tidak melekit, memang sesuai sangat pakai pada waktu panas. Ia buatkan kulit saya lebih segar semasa bercuti, taulah macam mana panasnya kat area pulau kan. Memang besttt sangat guna waktu pi Sabah haritu.
Krim ni diperbuat daripada ekstrak herba tau iaitu minyak biji Camelia Japonica. Patutlah ia dapat meresap jauh ke dalam kulit. Jadi kulit akan kekal lembap agar dapat membentuk kulit yang lebih firm. Selain mengandungi ekstrak herba, kebaikaan Aqua Whitening Cream ini adalah :
- Non-comedogenic , dimana ia tidak menyekat liang kulit, yang akan menyumbang kepada tumbuhnya jerawat
- Membaiki kulit kering dan terbakar akibat terdedah pada matahari dan menyebabkan kulit rosak
- Ia mengandungi Niacinamide, yang dapat memberikan tona kulit cerah, kawalan minyak, kulit bersih serta menegangkan kulit.
Kalau korang nak bercuti, atau memang selalu terdedah pada matahari, saya memang sangat recommended untuk korang gunakan Aqua Whitening Cream ni. Ia memang dapat kurangkan sunburn yang teruk disamping juga dapat merawat kulit. Sunblock masih wajib pakai ya !
Bila saya pakaikan pada tangan, memang boleh nampak titisan air dengan jelas. Dan ia sangat mudah diserap ke dalam kulit. Lansung tak rasa melekit. Masa ni saya dah jatuh cinta dengan Aqua Whitening Cream Hansaege Nature ni.
Tekstur krim pelembap ni sangatlah ringan ye dan jenis water-drop, korang boleh rasa ia tidak beminyak lansung. Bila apply pada muka, memang rasa macam tak pakai apa-apa sebab cepat je ia diserap kedalam kulit wajah. Saya pernah baca testimoni, jeragat kelihatan lebih pudar selepas penggunaan seminggu. Dan saya yakin ia benar. Sebabnya, kulit kita ni kalau kurang air dan selalu terdedah matahari, memang akan ada pelbagai masalah kulit seperti jeragat tu.
Mudah je nak applu krim ni pada kulit. Walaupun penggunaan yang sedikit, kulit rasa fresh sangat dan lembap. Urut perlahan je pada kulit wajah. Jangan lupa bahagian tepi hidung tu ye, sebab itu antara bahagian kulit wajah yang mudah kering. Yang penting penggunaan mestilah konsisten agar kulit sunburn dapat dirawat.
Macam saya yang selalu hiking, camping dan travel ni, saya memang akan pastikan kulit saya kekal lembap sepanjang hari. Seriously tau, dulu masa ke Mabul, kulit terbakar dan macam udang, jadi merah padahal kulit saya bukan cerah pun. Balik je Semenanjung, haaa hitam akibat terbakar tu dah tak rupa orang je haha, lambat pulak tu nak pulihkan sunburn tu. Tapi kalini, ada jugak sedikit terbakar, tapi sangat minimum dan kulit takdak kemerahan lansung. Yang penting kulit tak rasa kering lansung, kekal lembap walau panas berdenting kat pulau tu.
Sejujurnya, saya tidak begitu mengambil berat untuk memutihkan kulit, sebab kulit asli saya memang tak cerah pun. Tapi kulit yang sihat tu memang main point dalam setiap pemilihan produk untuk kulit wajah. Pemilihan krim pelembap yang baik ni sangat penting ya, sebabnya fungsi pelembap adalah untuk merawat dan memperbaiki kulit kita selain dapat mencerahkan kulit agar tona lebih sekata.
Adakah ia berfungsi untuk saya?
Sangat berkesan untuk kulit saya yang selalu terdedah pada matahari ni. Kulit memang lansung tak kemerahan sepanjang di Sabah, kulit pun jadi kurang sangat berminyak. Kulit saya jenis combination, tapi minyak kat area zon T tu sebelum ni orang kata boleh goreng ikan, punyalah berminyak kan. Selepas konsisten pakai Aqua Whitening Cream ni, seriously memang boleh nampak perbezaannya.
Nampak tak kulit sunburn saya hilang. Krim ni memang penyelamat saya. Seriously krim ni adalah bff untuk saya yang selalu sukakan aktiviti outdoor.
Krim ini mengekalkan kelembapan kulit saya. Titisan air yang mudah meresap ke dalam kulit mengekalkan kelembapan kulit saya dan memberikan kulit saya kesan gebu secara keseluruhan. Kalau korang guna, pasti korang pun akan jatuh cinta dengan krim ni. Saya memang tak piliha yang lain dah, kira sekarang krim ni dah jadi bff especially masa hiking dan travel.