Tips Kurangkan Muka Berminyak Selepas Bangun Tidur Dengan Hansaegee Aloe CC Cleanser Dan Aqua Whitening Cream
(By FarhanaJafri on 09th July 2020)
Bila bangun pagi kulit muka mesti rasa berminyak tambah pula kalau muka yang jenis combination atau oily macam I. Tahu tak kenapa kulit muka kita berminyak selepas bangun tidur?
Bila di penghujung waktu siang, kulit muka kita akan mula kehilangan banyak air di dalam kulit. Makin bertambah kesannya bila masuk waktu malam. Disebabkan perubahan ni lah skin barrier kita akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk menghalang kulit kita hilang lebih banyak air dan menjaga muka kita. Sebab tu muka berminyak sangat bila kita bangun tidur. Tapi bila minyak di kulit muka berlebihan, muncul masalah baru iaitu jerawat.
Untuk elakkan muka berminyak dan berjerawat, kita kena tingkatkan kelembapan kulit muka. Cara yang paling bagus dan berkesan untuk mengurangkan kulit berminyak ialah dengan mencari produk yang sesuai. Aloe AC Clean Bubble Cleanser dan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature lah jawapannya.
Step 1 : Aloe AC Clean Bubble CleanserÂ
Pencuci Muka Buih Dari Korea, Aloe AC Clean Bubble Cleanser keluaran Hansaegee Nature menggunakan 10 jenis bahan semulajadi untuk memberi kelembapan pada wajah dan merawat acne juga mengurangkan spot mark. Kajian pada tahun 2014 menunjukkan penggunaan aloe vera boleh membantu dalam melembapkan kulit muka untuk merawat kulit muka yang berjerawat dan juga kulit muka berminyak.
Nak pakai cleanser ni pun mudah je
1. Basahkan muka dan tangan terlebih dahulu. Pam 2 kali pada tangan yang basah.
2. Urut muka dengan perlahan dengan gerakan bulat. Buih akan semakin banyak pada kulit yang basah.
3. Kemudian, bilas seperti biasa.
Yang bestnya bila guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, bukan je berbau wangi sebab ekstrak bunga-bunga dan tea tree, tekstur pencuci ni pun lain dari pencuci biasa kita jumpa sebab tekstur dalam bentuk buih. Ni pertama kali pakai cleanser buih macam ni. At first risau juga tak rasa macam cleanser tapi bila dah guna okay je.
Untuk kulit muka berminyak, kita digalakkan pakai cleanser dengan tekstur yang berasaskan buih sebab tu Aloe AC Clean Bubble Cleanser pilihan terbaik bila dapat menyingkirkan minyak tapi tak mengeringkan muka. Bila cuci muka tu cepat je meresap dalam kulit so dia mencuci lebih dalam dan berkesan untuk menjaga skin barrier. Tak perlu gosok muka tapi cukup dengan guna hujung jari dan buat circular motion supaya kulit muka tak menghasilkan lebih banyak minyak.
Tak risau bila pakai Aloe AC Clean Bubble Cleanser sebab alcohol-free, paraben-free dan sulfate-free. Penggunaan alcohol dalam pencuci muka akan mengeringkan kulit muka dan menghasilkan lebih banyak minyak di kulit muka. Satu botol ni ada 150ml, dijual dengan harga RM60 sebotol.
Step 2 :Â Aqua Whitening Cream MoisturizerÂ
Sebelum ni dah pernah up entry tentang produk ni. Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan dalam kulit, menormalkan tahap kelembapan dalam kulit dan dapat merawat semua jenis kulit seperti kulit berminyak, kulit kering, kemerahan atau sunburn, kulit yang sensitif dan berjerawat, tona kulit tidak sekata dan garisan kedutan di wajah.
Tekstur krim yang tebal tapi sangat lembut dan ringan. Bila sapu di muka tak melekit langsung macam moisturizer yang lain dan cepat meresap. Bahan utama moisturizer Hansaegee adalah Niacinamide yang berfungsi untuk mengunci kelembapan di kulit muka. Masa terbaik untuk apply Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni selepas mencuci muka sebab masa tu liang pori kita terbuka jadi pelembap boleh meresap jauh ke dalam kulit.
Rasa sejuk dan selesa lepas dah buat urutan muka dan tap tap tap selama 10 saat supaya krim meresap masuk ke kulit dengan sempurna. Suka dengan bau cream ni sebab wangi tapi tak terlampau strong. Just nice je bau dia.
Bila siang dan malam guna dua produk ni, boleh nampak perubahan pada kulit muka. Penggunaan waktu siang sebagai perlindungan dari sinaran yang membahayakan kulit dan juga partikel bebas. Malam pula untuk baiki sel kulit yang rosak. Duduk rumah pun kena guna sebenarnya sebab kita terdedah dengan udara luar dan sinaran laptop.
1. Apply pada dahi, hidung, pipi dan dagu
2. Ratakan pada seluruh muka dengan kedua-dua belah tangan.
3. Buat urutan di muka berbentuk bulatan sampai krim bertukar menjadi titisan air.
4. Tap tap tap dengan jari selama 10 saat
Bila cuci muka dan guna pelembap dengan tekstur lembut seperti dua produk Hansaegee ni akan stabilkan kadar pengeluaran minyak semulajadi di kulit muka. Bila guna produk yang tinggi bahan pelembap, bahan yang ada dalam produk yang menarik air keluar ke kulit dan bukannya menyesakkan dengan lebih minyak. Lepas guna dua produk ni, kulit muka rasa segar dan selesa sebab minyak di muka berkurang, kulit muka pun lembap dan halus.
Hansaegee Nature ni dah lama bertapak dalam bidang kecantikan di Malaysia sejak tahun 2011 lagi. Produk kecantikan yang dibuat dari Korea ni hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk merawat dan menjaga kecantikan kulit muka.