PUNCA DAN PRODUK PENJAGAAN KULIT MUKA JERAGAT DARI AQUA WHITENING CREAM DAN GOLD NANO CC CREAM
(By Mekonie on 03rd August 2020)
Punca Dan Produk Penjagaan Kulit Muka Jeragat Dari Aqua Whitening Cream Dan Gold Nano CC Cream |Â Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Finally, buat masa sekarang ni, aku ada masa untuk share berkenaan skincare which is sebelum-sebelum ni aku memang busy yang amat. Jadi sekarang ni aku memang tak sabar nak berkongsi satu jenama dan 2 produk ini iaitu Hansaegee Nature. Mostly ramai dah tahu, produk ini dari Korea. Untuk produk kali ini aku nak tekankan more to punca-punca terjadinya jeragat dan how to control and protect my skin from jeragat. Honestly aku nak cakap, jeragat ni nak hilangkan dia memang susah ya rabbi ya. Tapi bila kita jaga kulit muka kita dengan betul inshaAllah kehadiran jeragat pada kulit muka kita tu akan hilang dan dapat dikawal dengan menggunakan 2 produk ini iaitu Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC Cream. Kedua produk ini mempunya fungsi yang berbeza tetapi bila kita gunakan produk ini dengan betul inshaAllah kulit muka kita sihat dan cantik.
Secara asasnya, jeragat atau freckles ini kalau korang nak tahu puncanya datang dari diri kita juga kerana penjagaan kulit yang tidak teratur. Antara punca sebenar terjadinya jeragat ini adalah kerana terdedah kepada sinar matahari secara langsung, menggunakan skincare yang mempunyai bahan yang berbahaya seperti bahan merkuri, hidroquinon, tretonoin dan banyak lagi, perubahan hormon seperti seseorang wanita itu sedang hamil pun turut menjadi faktor utama terjadinya jeragat, pengambilan ubat-ubatan dan sinaran daripada telefon bimbit atau cahaya yang melampau even memasak pun boleh buat kulit muka kita jadi jeragat ye. Ini adalah punca-punca sebenar bagaimana terjadinya jeragat. Jadi kalau sayang kulit muka, jomlah teruskan membaca apa yang aku nak share ni.
Kali ini kita nak pergi lebih mendalam lagi berkenaan isu jeragat ini, punca terjadinya jeragat ini adalah kerana sinaran UV yang menyebabkan kehadiran melanin dalam kulit kita dan sekaligus menyebabkan jeragat. Almaklumla, negara Malaysia ni memang panas dan kita memerlukan double triple protection untuk kulit muka. Selain itu, terdedahnya pada suhu yang tinggi ini juga boleh menyebabkan jeragat. Maksud di sini adalah, terdedahnya dengan persekitaran yang panas.. Haaa ini biasanya, tempat kerja jugak sebenarnya atau memasak. Yes! Memasak pun boleh menyebabkan timbulnya jeragat pada kulit muka sebab haba yang datang tu. Kira perumpaan yang dapat dibuat di sini adalah, semakin panas persekitaran itu, semakin banyak penghasilan melanin dalam kulit muka. Haaaa, faham tak?
Okay, bila korang faham dengan isu jeragat ni kan, korang kena start cari apa penyelesaian dia terutama untuk mengawal dan melindungi kulit muka dari terus dipanah haba dan terjadinya jeragat. Simple je penjagaan dia, meh baca lagi untuk tahu apa yang nak onie kongsikan. Jawapan dia dah ada pada tajuk ye. Kita hanya menggunakan 2 produk sahaja iaitu Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC Cream. Jadi 2 produk ini dapat mengawal kulit muka dari sinaran UV serta persekitaran yang panas. Disebabkan sinaran UV dan persekitaran yang panas ini kita hanya perlu kawal dan lindungi kulit muka dengan menggunakan Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC Cream.
CARA NAK KAWAL KULIT MUKA DARI JERAGAT DENGAN MENGGUNAKAN AQUA WHITENING CREAM
Okay ini yang onie nak suggest dengan korang semua ni, 2 kali dah ye onie pakai Aqua Whitening Cream ni, seronok dia memang tak terkata! Disebabkan moisturising ni water based jadi dia memang ringan gila bila sapu dekat muka dan langsung tak melekit ke berminyak ke. Memang selesa yang amat. Bahan yang digunakan pun selamat kerana daripada herba dimana fungsi produk ini untuk merawat kulit sehingga dalam kulit, menormalkan tahap kelembapan kulit muka, merawat kulit yang berminyak, kulit kering, kulit sensitif, tona kulit yang tidak sekata dan garis kedutan di wajah. Apapun, produk ini selain dapat mengawal kulit muka yang berjeragat ianya sekaligus dapat melembapkan dan memutihkan kulit muka.
Back to basic ya, sebab apa onie share dimana mengawal kulit muka ni perlu menggunakan Aqua Whitening Cream? Bila kita ditempat yang suhu panas atau persekitaran yang panas, pemilihan produk dan bahan yang ada dalam produk pun memainkan peranan yang penting untuk mengawal kulit muka dari terus kering dan kusam. Antara bahan yang ada dalam Aqua Whitening Cream ini adalah Camelia Japonica Seed Oil, Niacinamide (juga dikenali Vitamin B3), Non-Comedogenic dan Bahan Semulajadi
Kandungan yang ada dalam Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream;
Camellia Japonica Seed Oil – Fungsi bahan ini adalah untuk membantu melembapkan kulit, tidak menyekat liang kulit dan halang pertumbuhan pada kulit muka. Selain itu, fungsi bahan ini adalah untuk menyerah, merawat kulit dari kering dan sunburn.
Niacinamide – Rata-rata peminat skincare telah mengetahui fungsi niacinamide dalam sesuatu produk ini dan bahan ini popular di bibir-bibir mereka yang penggemar produk penjagaan muka. Fungsinya adalah untuk penuaan kulit sebagai agen pemutihan, membantu menyeratakan tona kulit yang tidak sekata, memutih, membersih dan merawat kulit sensitif. Bagusnya niacinamide ini adalah ianya mempunyai vitamin B3.
Non-comedogenic – Fungsi bahan ini adalah untuk menghalang dari pori tersumbat.
Bahan semulajadi yang ada dalam Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini adalah Niacinamide, Ekstrak Root Angelica Acutiloba, Camellia Japonica Seed Oil, Ekstrak Cicidium Officinale Root, Ekstrak Buah-Buahan Florida Gardenia, Ekstrak Paeonia Albiflora, Ekstrak Daun Pinus Densiflora, Prunus Armeniaca (Apricot) Minyak Kernel, Ekstrak Rehmannia Chinensis dan banyak lagi.
Tekstur
First thing first, bila aku guna moisturizer ni benda yang first aku tengok adalah tekstur dia. Kalau sapu kat muka tapi tekstur dia tu buat aku spoil mood memang aku tak pakai moisturizer tu. Tapi untuk produk Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni tekstur dia memang aku suka! Langsung tak melekit, ringan dan tak membuatkan muka jadi berminyak yang over tu. You know what i mean is it?haha.
Disebabkan kadang-kadang aku pun berada di persekitaran yang mempunyai haba panas ni, aku nakkan kulit muka aku sentiasa sejuk dan lembap. Jadi aku pilih untuk pakai Aqua Whitening Cream supaya tidak terhasil melanin yang boleh menyebabkan Jeragat. Simple kan? Lagipun aku suka guna Aqua Whitening Cream ni sebab dia lightweight ya. Jadi ini lah langkah untuk mengawal kulit muka dari berjeragat. As i said before, nak hilangkan jeragat ni bukan senang ye, tapi nak kawal jeragat ni mudah.
CARA NAK LINDUNGI KULIT MUKA DARI JERAGAT DENGAN MENGGUNAKAN GOLD NANO CC CREAM
Lepas mengawal kulit muka, aku nak kongsi pula bagaimana untuk melindungi kulit muka dari jeragat dengan menggunakan Gold Nano CC Cream ni. Kawal ni maksud dia kawal dari terjadi lebih banyak jeragat pada kulit muka. Well, CC Cream adalah “Color Corrector” yang berfungsi untuk menyamakan tona kulit muka atau dijadikan sebagai sunscreen kerana Gold Nano CC Cream ini mempunyai SPF 50+ PA+++ dimana ia melindungi kulit muka daripada sinaran UVA UVC. Back to basic again as i mentioned before this paragraph, disebabkan sinaran UV ini boleh menyebabkan kehadiran melanin dalam kulit dan side effect dia adalah jeragat,jadi produk ini aku suggest untuk korang dan sekarang ni pun aku memang pakai Gold Nano CC Cream ini untuk melindungi kulit muka dari sinaran UV. Jadi, even dekat rumah pun memang aku pakai 2 produk ini. Sinaran UVB ni kalau korang nak tahu dia pun boleh masuk dari tingkap rumah kita, even dia bukan sinaran UV secara langsung tapi bila duduk rumah ni wajib pakai atleast 2 kali per day. Well, sayang kulit muka punya pasal, jadi kita kena jaga elok-elok.
Tekstur:Â
Sangat ringan, tak oily langsung, tak melekit, good ingredients, no paraben, no sulfate, no alcohol.
3 Kandungan Utama Dalam Nano Gold CC Cream;
- Mineral Water: Mengekalkan keseimbangan pH Kulit serta meningkatkan keanjalan kulit.
- Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract: Anti Bakteria, melegakan kerengsaan kulit dan kulit bermasalah.
- Nano Gold: Mencegah penuaan kulit, menghalang radiasi infrared dan mempunyai antioksidan yang tinggi.
Kelebihan Nano Gold CC Cream;
- Mengandungi perlindungan UV matahari SPF50+ PA+++
- Mengimbangi tona kulit kulit secara semulajadi
- Meminimumkan penampilan pori
- Dijadikan sebagai makeup base atau makeup primer
- Mencerahkan kulit
- Mencegah anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit
- Membuatkan kulit muka glowing dan licin
- Mengekalkan kelembapan
- Melegakan masalah kulit
Hasil Selepas Pakai Gold Nano CC Cream;
Pada mulanya, kelihatan putih yang nak kelabu macam tu, bila sapu rata pada kulit muka pada beberapa minit kemudian CC Cream tersebut akan bertukar warna ikut skin tone kita sendiri. Then jangan risau untuk awal pakai CC Cream ni, sebab lama-lama ia akan blend cantik gila pada kulit muka! Terus glowing yang cantik tu! Satu lagi bila kita makeup tu, makeup kita akan tahan lama dan lagi pigmented bila pakai dengan cc cream ni sekali.
Disebabkan ramai orang kat luar sana menggunakan pendekatan yang mudah dengan membeli produk bahan tidak selamat untuk menghilangkan jeragat dengan cepat itu juga adalah pemahaman yang salah berkenaan penjagaan kulit wajah. Jadi yang sebetulnya adalah gunakan produk yang selamat, tidak mengandungi bahan yang berbahaya. Maka, nak selamat gunakanlah 2 produk ini sebagai langkah penjagaan kulit muka yang betul setiap hari.
Even onie duduk rumah pun, aku akan amalkan 2 langkah penjagaan kulit muka ini dengan menggunakan produk dari Hansaegee Nature terutama waktu pagi dan malam bagi Aqua Whitening Cream dan 2 kali per day untuk Gold Nano CC Cream. Alhamdulillah aku happy dengan kulit muka sekarang ni. Paling best bila nak pakai makeup aku akan gunakan 2 produk ini sebagai langkah selamat dari munculnya cik jeragat tu haaaa..
Inilah hasil bila pakai Aqua Whitening Cream dan Nano Gold CC Cream. Dia punya puas hati tu 100% aku bagi! Susah nak cari CC Cream yang aku suka gila. Jadi korang faham tak konsep nak jaga kulit muka dari kehadiran Jeragat ni? Jeragat susah ye nak hilang, tapi better jaga sebelum cacat cela dari jeragat tu muncul dan membuatkan diri kita rasa tak ada keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.