Skincare Tips: 3 Langkah Penjagaan Asas Kulit Wajah Yang Betul Dan Sihat Berseri
(By Mama Kembar Tiga on 19th November 2020)
Salam dears… Mama yakin mesti ramai yang nak kan kulit wajah yang sihat dan nampak berseri kan? Nak kulit cerah sekata, tak ada sunburn dan nampak glowing, betul tak? Tapi…Mama rasa ramai yang tak cukup rajin atau tak cukup masa untuk ikut semua rutin penjagaan kulit ala Korea yang sampai 10 langkah tu kan, kan? Sebab Mama lah salah sorang daripada yang tak rajin tu hehehe
Walaupun tak cukup rajin nak buat sampai 10 steps, Mama tetap nak jaga juga kulit wajah ni supaya sihat dan tak cepat berkedut seribu. Tak nak lah nampak lebih tua daripada usia sebenar aii yang baru sweet 17 ni kan….ehhhh? Hahaha.
Langkah Asas Penjagaan Kulit Wajah
Dalam banyak banyak skincare tips yang Mama baca, ada 3 langkah asas penjagaan kulit wajah yang mesti diamalkan setiap hari. Jadi walau malas macam mana sekali pun, Mama akan pastikan yang Mama akan:
- Membersihkan kulit dengan menggunakan pencuci muka.
- Pakai moisturizer atau pelembap wajah untuk mengurangkan kemungkinan kulit mengalami kekeringan atau berminyak yang melampau, melembutkan dan memperbaiki tekstur kulit.
- Pakai sunscreen atau produk yang ada kandungan SPF secukupnya untuk lindungi kulit daripada cahaya matahari kerana sinaran UVA dan UVB dalam cahaya matahari boleh merosakkan dan menyebabkan masalah kulit
Dan mengikut apa yang Mama baca, antara perkara yang paling penting untuk kulit sihat ialah you must hydrate and protect your skin! Jadi, pilihlah pelembap muka yang mengandungi bahan-bahan yang boleh membantu kulit supaya sentiasa lembap dan tidak kering. Dan pakai sunscreen untuk lindungi kulit disiang hari.
Korang mesti tahu kan yang dipasaran ada pelbagai jenis moisturiser dan ada yang khas untuk kegunaan pagi atau malam. Tapi memandangkan Mama ni jenis yang suka all-in-one punya produk, jadi Mama rasa lebih mudah guna satu pelembap yang boleh dipakai untuk pagi dan malam, macam Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream.
Kekalkan Kelembapan Kulit Dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Dah hampir 2 minggu Mama pakai Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni dan Mama rasa sangat selesa menggunakannya. Paling Mama suka ialah sebab teksturnya very light, tak melekit dan buat kulit Mama rasa lembap moist elok ja. Sampai ke petang pun kulit tak rasa berminyak, memang best!
Masa mula mula pakai Aqua Whitening Cream ni kan Mama rasa macam wahhh magik lah krim ni! Sebab apa magik? Sebab bila sapu krim ni kat kulit, perlahan lahan akan terbentuk titisan air.
Pertama kali Mama guna moisturiser yang macam ni tau, mau tak teruja? Sampai kan rasa nak sapu banyak banyak sebab syok ada water drops dan kulit rasa sejuk segar je hehehe.
Calitkan krim ke muka dan leher, urut lembut sambil dab dab dengan jari dan titisan air atau ‘water drops’ akan muncul, pastu sapukan sehingga ianya meresap ke dalam kulit. Titisan air tu menjadikan krim ni lebih cepat meresap ke dalam kulit dan tak ada rasa melekit.
Ohh yaa…kalau ikut hidung Mama, Aqua Whitening Cream ni ada bau citrus yang lembut, soft smell ja tapi cukup untuk timbulkan rasa fresh!
Fungsi dan Kebaikan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Kalau korang baca kat laman web Hansaegee Nature, fungsi utama krim ni ialah untuk memutihkan, menjaga dan memperbaiki kulit. Ia juga membantu merawat redness dan sunburn pada kulit.
Krim ni sesuai untuk semua jenis kulit (kulit berminyak / kering / kombinasi), bebas Paraben, bebas Sulfat dan bebas Alkohol dan sesuai digunakan sebagai krim siang dan malam.
Antara bahan dan kebaikan Aqua Whitening Cream ialah:
- Camellia Japonica Seed Oil yang bersifat non-comedogenic atau tak menyebabkan pori tersumbat dan tak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, ia membantu memperbaiki kulit yang kemerahan, sunburn, dan memastikan krim pelembap meresap jauh ke dalam lapisan kulit bawah
- Niacinamide – juga dikenali sebagai vitamin B3 yang mempunyai fungsi anti-penuaan, mengurangkan garis halus, membantu agar tona kulit cerah sekata, mengecilkan pori, mengawal sebum dan minyak berlebihan pada kulit serta menjadikan kulit lebih anjal.
Lindungi Kulit Daripada Sinar UV dan Sunburn Dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
Lepas dah pakai pelembap, Mama akan pakai Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream plak sebab ianya boleh melindungi kulit daripada sinaran matahari untuk elakkan kulit berjeragat dan kusam. Ni juga untuk elak kan daripada kulit jadi sunburn.
Gandingan serasi – Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC Cream
Macam yang Mama dah ceritakan sebelum ni, Gold Nano CC Cream ni bertindak sebagai sunscreen dan juga ‘Color Correcting Cream’ yang akan memperbaiki dan mengimbangi tona warna kulit agar nampak cerah sekata, glowing dan natural look.
Mula mula sapukan Aqua Whitening Cream, lepas tu pakai plak Gold Nano CC Cream, best!
Nak tahu apa lagi yang best tentang krim tu? Sila lah baca entri Mama tentang 10 sebab kenapa Mama suka Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream tu yer hehehe
Hmm…ingat yer, kalau nak kulit wajah yang sihat dan cantik berseri, kenalah amalkan sekurang kurangnya the basic skincare routines tu. Setiap hari mesti cuci muka, pakai pelembap dan lindungi kulit daripada sinar UV. Jangan malas! Kalau malas pun paksa diri untuk bangun dan buat gak! Kata nak kulit cantik licin bak telur dikupas kannn hehehe
Mula mula sapukan Aqua Whitening Cream, lepas tu pakai plak Gold Nano CC Cream, best!
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC Cream yang Mama guna ni, korang boleh layari laman web dan media sosial Hansaegee Nature yer. Yang penting, produk Hansaegee Nature memang best dan serasi dengan Mama, aii like! (sambil buat mini love ngan jari hehehe)