(by nettyahhiyer)
Pencuci muka terbaik mestilah yang mampu membersihkan kulit hingga ke liang pori tanpa membuat kulit terasa kering dan tegang.
Ikutkan sudah dua bulan saya menggunakan pencuci muka Aloe Vera, Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Konsisten guna pagi dan petang untuk memelihara kulit berminyak.
Siapa pun yang mempunyai jenis kulit berminyak akan berdepan dengan masalah kerapnya muncul jerawat. Bila muka berjerawat ini, perasaan tak percaya diri sendiri pun mudah terbentuk.
Rupanya bila dah gunakan pencuci muka terbaik jenis aloe vera ini, tahulah saya ini antara penyelesaian yang berkesan untuk mengatasi masalah kulit jenis berminyak.
Kenali 5 Ciri-ciri Jenis Kulit Muka Berminyak
Macam mana nak tahu jenis kulit muka sendiri adalah berminyak atau sebaliknya. Di bawah ini adalah 5 senarai yang boleh anda jadikan panduan.
-
Kulit Wajah Lebih Berkilau
Boleh nampak dengan jelas ya kulit berminyak ini akan lebih bersinar malah kelihatan berminyak. Terutama pada zon T. Di mana zon T ini? Ianya terletak pada bahagian dahi, hidung dan dagu. Salah satu cara nak tahu, cuba ambil tisu atau kertas, letakkan pada zon T anda. Jika serap minyak, itulah tandanya.
-
Munculnya Jerawat Dengan Kerap
Kulit muka berminyak ini cenderung untuk mengalami masalah jerawat dan komedo (iaitu bintik halus putih pada sekitar hidung). Jadi, elakkan membuang jerawat atau komedo ini dengan jari jemari anda ya. Bimbang jadi makin bertambah pula.
-
Pori-pori Lebih Besar
Kulit muka jenis berminyak ini akan mengalami keadaan pori-pori jadi lebih besar. Sebab itulah, tak boleh sesuka hati menggunakan produk pencuci muka yang tidak sesuai dengan jenis kulit sendiri. Kena cari yang betul-betul sesuai. Terutama yang dapat mengecilkan kembali pori besar/terbuka kepada asal.
-
Mudah Mengalami Kemerahan Atau Iritasi
Orang kata, kulit berminyak ini mudah nak mengalami masalah kemerahan pada kulit wajah. Nak-nak pada sekitar kawasan muka yang berjerawat tu. Sebab itulah kena cari produk pencuci yang lembut dan hypoallergenic untuk mengelakkan berlakunya iritasi.
-
Minyak Di Wajah Berlebihan Sepanjang Hari
Walaupun selepas mencuci muka, kulit tetap terasa berminyak dan tidak selesa. Ini pun antara tanda yang boleh anda sedari. Gunakan pencuci muka Aloe Vera antara langkah yang boleh diambil untuk mengawal pembentukan minyak. Anda juga boleh menggunakan pelembap untuk menjaga kelembapan kulit wajah.
Punca Kulit Berminyak
Penghasilan Minyak Semulajadi : Kulit berminyak sememangnya cenderung untuk menghasilkan minyak secara semulajadi berbanding jenis kulit yang lain. Faktor genetik pun boleh jadi punca sebenarnya.
Mencuci Muka Berlebihan : Terutama apabila anda menggunakan pencuci muka yang tidak sesuai dan bahan kandungan pencuci mukanya terlalu keras. Lalu merangsang kelenjar minyak untuk menghasilkan minyak yang banyak. Sebab itu, penting mencari skincare untuk kulit berminyak yang betul.
Kurang Pelembap : Selepas mencuci wajah anda tidak menggunakan pelembap. Akibatnya kulit jadi lebih kering. Keadaan ini juga menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengatasi kekeringan kulit pada wajah.
Faktor Cuaca Dan Persekitaran : Keadaan cuaca panas lembap di negara ini mempengaruhi produksi minyak pada kulit jenis berminyak.
Perubahan Hormon : Ianya boleh terjadi apabila anda sedang mengalami haid atau ketika kehamilan. Yang mana, keadaan ini boleh mempengaruhi pertambahan penghasilan minyak semulajadi pada kulit wajah.
Penggunaan Produk Yang Tidak Sesuai : Ini kerap berlaku apabila anda memilih produk pencuci muka yang salah. Sebaiknya carilah water based cleanser yang lembut. Penggunaan pencuci muka yang betul juga antara cara mencegah jerawat.
Cara Merawat Kulit Berminyak Dengan Pencuci Muka Terbaik, AC Aloe Vera Clean Bubble
Untuk pengetahuan, AC Aloe Vera Clean Bubble cleanser ini adalah pencuci muka untuk kulit berminyak yang disarankan kerana:
-
Boleh Mengawal Kulit Berminyak
Pencuci muka Aloe AC Clean Bubble ini merupakan water based cleanser. Sebab itulah ianya sesuai untuk kulit muka jenis berminyak. Malah ianya juga sesuai dijadikan pencuci muka untuk kulit sensitif.
Setiap kali pam pencuci muka aloe vera ini, akan keluar buih-buih halus yang lembut. Bebuih inilah bila disapu ke muka secara gerakan membulat berupaya mengeluarkan sebum berlebihan pada kulit wajah.
Sebum berlebihan ini pun tidak bagus pada kulit muka sebab boleh mengundang terjadinya komedo mahupun jerawat.
-
Membersihkan Hingga Ke Liang Pori
Pada pencuci muka Aloe Vera ini mengandungi tekstur cleanser yang berbuih, halus dan lembut. Skincare untuk kulit berminyak ini juga berfungsi membersih kulit wajah dengan lebih mendalam (deep pore cleanser).
-
Tekstur Soft Watery Bubble & Melembapkan Kulit
 Pencuci muka jenis berbuih ini kebiasaannya berupaya membersihkan kulit muka dengan baik. Namun, selepas membilas muka, kulit menjadi kering. Kadangkala masih terasa sisa minyak yang masih melekat dan tak mahu hilang.
Berbeza dengan pencuci muka ALOE AC Clean Bubble Cleanser ini. Tekstur cleansernya yang berbuih halus, lembut dan moisture menjadikan pembersih ini tersangat ringan untuk cucian kulit muka. Tambahan pula dalam cleanser ini ada aloe vera yang berfungsi memberi kelembapan kepada kulit termasuklah kulit berminyak.
-
Ingredients Yang Membantu Masalah Kulit Berminyak
Dalam pencuci muka aloe vera Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini, kandungan utamanya adalah Daun Lidah Buaya (Aloe Barbadensis Leaf) yang boleh melembapkan kulit, jadi kulit tak kering selepas dicuci. Minyak Tea Tree (Tea Tree Oil) yang pula berupaya merawat jerawat.
Gabungan kedua-dua bahan semulajadi ini sangat berkesan untuk membersihkan kulit dengan baik. Malah bertindak untuk membuang kekotoran dan noda-noda degil yang ada pada kulit muka hingga ke liang pori. Maka kulit berminyak pun berkurang.
-
No Harmful Ingredients
Terbukti inilah basic skincare terbaik yang perlu anda miliki. Kandungan bahan semulajadi pada pencuci muka aloe vera jenama Hansaegee Nature dari Korea inilah yang buatkan anda berasa selamat.
Penting juga untuk anda tahu kandungan pencuci muka yang digunakan. Pencuci muka Aloe Vera yang saya gunakan selama dua bulan ini, ternyata tiada bahan berbahaya untuk kulit wajah, tiada paraben, tiada alkohol, malah bebas sulfat.
Patutlah saya perasan, kulit makin lembut dan bercahaya. Gituh!
Nak-nak bahan asas pembuatannya adalah Aloe Vera dan Tea Tree Oil (Minyak Tea Trea). Umum sedia maklum, kedua bahan ini amat baik untuk membantu merawat kulit berjerawat.
-
Cuci Muka Berapa Kali Sehari?
Setiap hari anda cuci muka berapa kali sehari? Disarankan untuk mencuci sekurang-kurangnya dua kali sehari. Iaitu sebaik bangun tidur dan sebelum masuk tidur.
Memilih pencuci muka untuk kulit berminyak yang terbaik pun penting untuk diambil kira. Ini kerana, penggunaan pencuci muka yang sesuai berkesan untuk menghilangkan kotoran, sel kulit mati malah lebihan sebum yang ada pada kulit berminyak ini.
Kita tak tahu kotoran yang melekat seharian di wajah. Jadi, jangan malas-malas cuci muka. Bersihkan wajah daripada kotoran sebelum tidur ya.
Pengalaman 2 Bulan Mencuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser Rawat Kulit Berminyak
 Selepas dua bulan menggunakan pencuci muka aloe vera, Aloe AC Clean Bubble Cleanser saya perasaan jeragat yang ada dekat beberapa bahagian muka dah semakin pudar.
Jeragat ini pun antara masalah untuk orang yang jenis kulitnya berminyak. Nak-nak usia 40-an macam saya ini. Tak mudah ya sebenarnya nak menghilangkan pigmentasi kulit berminyak ini.
Daripada tip yang pernah saya baca semasa mencuci muka jenis kulit berminyak ini, kita jangan terlalu menggosok wajah. Sebab cara ini boleh merangsang kulit jadi lebih berminyak. Sebaliknya, gosok muka dengan lembut. Sesuailah jika menggunakan pencuci muka jenis lembut yang ada aloe vera ini.
Tak dinafikan, antara cara merawat kulit berminyak yang paling berkesan adalah dengan memilih pencuci muka dengan betul, yang mana telah saya kongsikan tipnya di atas.
Jangan lupa amalkan pencuci kulit muka dua kali sehari iaitu pagi dan malam hari. Ini pun antara cara efektif rawat kulit berminyak.
Yang lagi bestnya, semasa mencuci memang terasa kelembutan buih-buih halus tu bila disapu ke serata kulit muka. Tak perlu pun pam sampai penuh satu tangan. Sepam dua pencuci ini dah boleh membersihkan kulit muka sendiri yang berminyak dengan berkesan.
Sebaik saja dibilas, auto terasa lembut kulit muka sendiri. Jerawat ‘nasi’ yang tumbuh sebelum ini pun lama kelamaan semakin reda dan hilang.
Macam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, pencuci muka ini tersangatlah jimatnya. Untuk satu botol itu, saya masih boleh pakai lebih dua bulan.
Malah, waktu bercuti baru-baru ini saya tetap membawanya dalam beg. Alhamdulillah, dah jumpa akhirnya dengan pencuci muka yang serasi untuk kulit muka sendiri.