(by sheayang)
Assalamualaikum & Hai semua.
Lama betul rasa tak buat skincare review. Otak pun dah start berkarat nak mengarang. Apa nak taip dulu pun tiba-tiba jadi kabur.
Walaupun memiliki kulit muka yang normal, saya tetap menitikberatkan pemilihan pencuci muka kerana bagi saya apa yang sampai di kulit adalah sangat penting bagi seorang wanita yang berada di usia hampir 40 tahun ni.
Tambahan pula saya bekerja dalam suasana berhawa dingin, risiko untuk kulit menjadi kering amat tinggi. Jadi, kita kena lindungi kulit kita dari mula proses mencuci.
Sebenarnya, baru-baru ni saya cuba satu produk pencuci muka dari Hansaegee Nature. Benda yang kita paling suka kalau nak cari skincare ialah bila produk tu tak ada kat produk lain. Untuk produk yang saya cuba ni bila kita pam, terus keluar buih. Tak payah susah-susah nak campur dengan air untuk keluarkan buih-buihnya. Cleanser jenis ni dipanggil Foam Cleanser.
Dan saya memilih untuk menggunakan Aloe Vera AC Clean Bubble Cleanser yang sesuai untuk semua jenis kulit, bebas paraben, bebas sulfat dan tiada alkohol.
Apa yang best sangat tentang Aloe Vera AC Clean Bubble Cleanser ni?
Bila bercakap tentang produk kecantikan, biasanya produk dari negara Korea akan menjadi sebutan. Dan ya, produk Hansaegee Nature memang 100% dari negara Korea. Manakala dua bahan utama yang terkandung di dalam pencuci muka ini ialah Aloe Vera & Tea Tree Oil yang kita tahu sangat baik untuk kulit. Di dalam pencuci muka ini juga tiada bahan kimia berbahaya – tiada paraben, tiada sulfat, tiada alcohol sekaligus menjadikan ia cleanser yang selamat digunakan dan sesuai untuk semua jenis kulit. Bubble Cleanser ini pula dihasilkan dari 12 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi yang kita sedia maklum akan khasiat dan keberkesanannya.
Pencuci Muka Terbaik Soft Watery Bubble
Aloe Vera AC Clean Bubble Cleanser bertindak dengan baik untuk kulit yang berjerawat dan bermasalah. Berbentuk cecair di dalam botol, berubah menjadi Soft Bubble once you pump it out. Produk ini juga membantu melembapkan kulit wajah dan tidak merengsakan kulit.
Selalunya pencuci jenis buih ini bagus dalam merawat tetapi dalam masa yang sama ia akan mengeringkan kulit wajah. Tetapi Aloe Vera AC Clean Bubble Cleanser is totally different. Kerana bagi saya ia adalah pencuci muka yang terbaik. Saya merasakan kulit muka saya bertambah bersih dan lembap.
Memandangkan pencuci muka ini ada water based cleanser, ianya adalah pencuci muka untuk semua jenis kulit. To be honest, ia tidak langsung mengeringkan kulit atau membuatkan kulit rasa tegang malah menjadikan kulit very moisture and feeling good on skin.
It is very soft, moisture and watery bubble cleanser ever!
Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak
Bagi mereka yang mempunyai kulit wajah yang berminyak, pencuci muka ini dapat membersihkan secara mendalam hingga ke liang pori dan tidak akan menyebabkan clogged pores. Jadinya, liang-liang pori akan mengecut.
Selain dari mengecutkan liang pori, ia juga mengeluarkan lebihan sebum sekaligus dapat mengawal kulit berminyak. Jadi, bila muka dah bersih dan tak berminyak, jerawat pun susah nak naik.
Apa lagi sebab untuk korang gunakan cleanser ni? Of course sebab tekstur watery soft bubble yang dapat membersihkan kulit secara mendalam tanpa membuatkan kulit rasa tegang dan gatal yang bagus bagi mereka yang memiliki kulit muka berminyak.
Bila kulit muka kita berminyak, memang mudah untuk jerawat naik kerana itu aloe vera dan tea tree oil dalam cleanser ini bertindak sebagai anti inflammation, anti fungus, mengurangkan infeksi jadi jerawat dapat dikawal dan cepat kering.
Pencuci muka ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak sebab bahan-bahan yang diguna tidak mengandungi bahan yang berbahaya – tiada paraben, tiada alcohol dan tiada sulfat jadinya ia selamat digunakan.
Cara Menggunakan Aloe Vera AC Clean Bubble Cleanser
Cara penggunaan Aloe Vera AC Clean Bubble Cleanser sangat mudah hanya perlu ikut beberapa langkah sahaja.
1. Basahkan kulit wajah dan tapak tangan. Langkah ini penting untuk memastikan buih-buih pencuci dapat membersihkan muka dengan rata.
2. Pam keluar pencuci muka. Satu pam sudah memadai kerana buihnya memang banyak.
3. Urut wajah secara membulat dan cuci sehingga bersih dengan air suam.
Cuci Muka Berapa Kali Sehari?
Ramai yang masih tak aware yang kita sebenarnya hanya perlu cuci muka 2 kali sehari. Ini adalah kerana jika kita kerap membersihkan muka akan menyebabkan kulit menjadi kering. Jadi, cuci muka sebelum tidur untuk mengawal kulit berminyak dan cuci pada waktu pagi untuk mendapatkan kulit yang segar sepanjang hari.
Pengalaman sendiri
Berdasarkan pengalaman sendiri selepas menggunakan Aloe Vera AC Clean Bubble Cleanser untuk beberapa ketika, kulit wajah menjadi semakin bersih dan kurang berminyak kerana pencuci muka terbaik ini melakukan tugas sebagai deep clean cleanser yang sangat bagus. Dalam masa yang sama, ia mengecutkan liang-liang pori di muka. Selepas menggunakannya juga, kulit wajah tidak menjadi tegang malah menjadi lebih lembut.
Tidak rugi untuk mencuba pencuci muka aloe vera ini lebih-lebih lagi pada mereka yang memiliki kulit muka berminyak kerana pencuci muka untuk kulit berminyak ini selain dapat menanggalkan segala kotoran di wajah, ia juga membantu mengawal pengeluaran minyak di muka. Tambahan lagi, ia ada pencuci muka water based yang membuatkan wajah tampak segar sepanjang hari.
Jadi, pada mereka yang mahu mencuba, jangan segan silu untuk mendapatkan lebih maklumat tentang produk ini. Pada saya, ianya sangat recommended!
Jangan lupa dapatkan!