MJ bersyukur sangat kerana telah diperkenalkan Hansaegee Aloe Vera Sunscreen oleh kawan baik sendiri. Kawan baik MJ telah mengesyorkan untuk menggunakan sunscreen aloe vera ini kerana tahu MJ memang tak pernah tinggal pakai sunscreen/sunblock. Selepas menggunakannya, MJ terus jatuh cinta dengan sunscreen aloe vera jenama Hansaegee Nature ini. MJ telah menobatkan ianya sebagai sunscreen terbaik. Sunscreen aloe vera terbaik yang patut semua orang guna.
Diformulasi dengan Glycerin, Sodium Hyaluronic dan Allantoin serta aloe vera menjadikan sunscreen terbaik ini mampu menyuntik kelembapan yang maksimum kepada kulit. Malah ianya tidak mengeringkan kulit dan mencerahkan kulit wajah secara semula jadi. Ia juga tidak mengandungi alcohol, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free dan Allergen-Free.
Mengandungi perlindungan matahari SPF50+ PA+++ (sunscreen SPF50+) untuk melindungi kulit di bawah cahaya matahari. Tekstur Hansaegee Aloe Vera Sunscreen yang tidak berminyak, sangat ringan dan tak melekit menjadikannya senang apabila diaplikasi di kulit wajah dan menjadikan kulit lebih segar. Sunscreen spf 50 ini sangat sesuai dijadikan sunscreen untuk kulit berminyak. The best sunscreen SPF 50 ever.