(by nitasawal)
Moisturizer terbaik | Bagi golongan wanita, penampilan menarik pada hari raya 2024 bukan sekadar pemilihan pakaian raya yang cantik sahaja tetapi ada macam-macam persiapan lain termasuk wajah yang berseri meraikan Aidil Fitri.
Sebagai ibu, sudah tentu persiapan tersebut turut termasuk barang keperluan untuk anak-anak, hiasan rumah, kuih raya dan makanan di pagi raya. Rasa teruja untuk menyambut kedatangan Aidil Fitri membuatkan saya awal-awal buat senarai keperluan yang perlu disediakan.
Baju Raya
Untuk tahun ini persiapan baju raya sekeluarga sudah saya selesaikan awal lagi. Saya memang berazam sejak hujung tahun lagi untuk membeli pakaian raya sekeluarga sebelum masuk bulan Ramadan.
Sebenarnya ada kebaikan kalau kita buat persiapan awal pakaian raya untuk keluarga. Antaranya berpeluang merebut tawaran harga murah koleksi pakaian raya pelbagai jenama terkenal pada jualan murah hujung tahun dan dapat mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lautan manusia yang membeli-belah pada bulan puasa.
Kasut Raya
Pemilihan kasut yang selesa sangat penting ketika hari raya. Maklumlah masa raya kita akan banyak berjalan menziarahi rumah sanak saudara. Kalau silap pilih kasut raya kesannya kaki kita akan sakit dan melecet boleh kacau mood nak beraya kan?
Kuih Raya
Setiap tahun saya pasti akan buat sendiri kuih raya. Lebih jimat dan memuaskan hati sebab ikut cita rasa sendiri. Kuih wajib ada untuk hidangan hari raya sudah semestinya kek evergreen kegemaran keluarga saya iaitu kek lapis masam manis.
Menu Raya
Untuk mengelakkan daripada masalah terlupa, maka saya pastikan buat senarai bahan-bahan hidangan menu raya untuk dimasak kelak. Jadi mudahlah kita buat perancangan untuk memasak. Antara menu wajib keluarga saya iaitu sambal goreng jawa, ayam kicap, kuah kacang, lodeh dan serunding daging.
Jadi bila bulan Ramadan, saya boleh fokus kepada ibadah berpuasa selain melakukan pelbagai amalan ibadah lain untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda di bulan Ramadan.
Tips Muka Glowing Dengan Skincare Terbaik Semasa Raya
Dalam pada buat persiapan kelengkapan raya, saya tak lupa juga dengan penjagaan kulit wajah untuk tampil menarik dan berseri di hari raya. Dalam cuaca panas terik sekarang, kita kena sentiasa menggunakan moisturizer atau pelembap muka dan sunscreen terbaik sebagai perlindungan optimum dari sinaran matahari.
Misi utama untuk tampil glowing di hari raya membuatkan saya sangat cerewet memilih krim pelembap muka bersesuaian untuk kulit saya jenis kering. Saya bersyukur kerana diperkenalkan dengan Aqua Whitening Cream iaitu moisturizer water based yang melembapkan lapisan kulit jauh ke dalam dan yang paling best sekali bila disapu dan digosok perlahan-lahan ia akan mengeluarkan titisan air pada kulit wajah.
Pertama kali menggunakannya saya jadi teruja dan kagum dengan keupayaan moisturizer terbaik ini melembapkan kulit wajah. Rasa lembap macam kita basahkan muka dengan air. Memang best sangat!
Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream mempunyai tekstur gel berkrim yang ringan. Ia moisturizer terbaik untuk semua jenis kulit termasuk kulit berminyak kerana ia langsung tidak meninggalkan kesan melekit dan untuk kulit kering ia memberikan kelembapan yang mencukupi bahkan ia membuatkan kulit kekal hidrat sepanjang hari.
Tak perlu was-was nak gunakannya kerana bahan-bahannya selamat dan bebas paraben, alkohol dan sulfat yang berbahaya kepada kulit wajah.
Kelebihan Moisturizer Aqua Whitening Cream
Jom tengok apa kelebihan moisturizer water-based ini.
- Mengekalkan Kelembapan Kulit
Mengurangkan kehilangan air dari kulit dan memberikan kelembapan serta mengekalkannya sepanjang hari.
- Meredakan Keradangan Pada Kulit
Kandungan Camellia Japonica Seed Oil membantu merawat kerosakan kulit akibat sunburn dan kekeringan kerana ia mengekalkan lembapan jauh ke dasar lapisan kulit. Selepas penggunaan beberapa hari ia dapat memulihkan kembali kulit.
- Mengawal Pengeluaran Minyak
Masalah jerawat kadangkala berlaku disebabkan pori tersumbat akibat salah pakai moisturizer. Tetapi dengan moisturizer untuk kulit berminyak Aqua Whitening Cream tiada lagi masalah tersebut kerana ia bersifat non-comedogenic iaitu tidak menyumbat liang pori dan mampu mengawal pengeluaran minyak.
- Mencerahkan Kulit
Kandungan niacinamide membantu mencerahkan tona kulit yang gelap akibat pembentukan pigmen melanin. Jadi dengan memakai moisturizer terbaik ini, ia akan menjadikan tona kulit lebih sekata. Sangat sesuai dipakai tatkala banyak ziarah raya ke rumah sanak saudara di hari raya yang terdedah pada sinaran matahari. Tak risaulah lagi kulit akan nampak sunburn dan kusam. Sesetengah pengguna juga berkata jeragat mereka kelihatan lebih baik selepas digunakan selama sebulan.
- Mengecilkan Pori Besar
Membantu mengecilkan pori terbuka dan besar menjadi kecil dan tidak ketara. Ternyata ia gel pelembap berasaskan air yang terbaik membantu menjadikan kulit wajah lebih licin dan berseri.
Cara Pakai Moisturizer Water Based
Cara penggunaan Aqua Whitening Cream yang betul iaitu selepas sapu pada muka, gosok krim dan urut di seluruh muka, dan “tepuk-tepuk” muka dengan lembut dengan tangan, titisan air akan muncul serta-merta.
Saya suka sangat moisturizer ni sebab ia sangat lembap, dan membuatkan muka rasa basah tetapi sekejap sahaja diserap ke dalam kulit sepenuhnya. Meninggalkan kesan menyegarkan tanpa rasa melekit. Sesuai untuk dipakai dalam cuaca panas.
Penggunaan moisturizer ini secara konsisten membantu menegang dan menganjalkan kulit wajah. Hasilnya kulit sentiasa lembap dan glowing membuatkan kita nampak muda dan berseri di hari raya nanti.
Aloe Vera Sunscreen Terbaik Lindungi Dari Sinar Matahari
Selepas melembapkan kulit jangan lupa lindungi kulit muka dengan memakai sunscreen terbaik. Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature melengkapkan basic skincare routine kita sebelum pakai makeup. Barulah nampak cun habis di hari raya.
Ini antara sebab saya suka pakai aloe vera sunscreen dalam basic skincare routine saya.
- Tekstur ringan.
Teksturnya yang ringan dan tidak melekit membuatkan kita rasa selesa memakainya. Saya suka pakai aloe vera sunscreen terbaik ini sebab tak meninggalkan kesan white cast pada muka. Boleh reapply di muka dengan mudah sebab sekejap sahaja meresap ke dalam kulit.
- Melembapkan kulit.
Saiznya yang handy mudah untuk masuk di dalam beg tangan. Pastikan sentiasa bawa sunscreen ini bila pergi beraya. Mudah untuk reapply setiap dua jam sekali. Ia memberi kelembapan pada kulit muka sepanjang masa.
- Mudah basuh dengan air.
Bila nak ambil wuduk, ia mudah dibersihkan. Hanya cuci dengan air bersih dah boleh nampak sunscreen boleh basuh dengan air, larut menjadi cecair putih. Jangan lupa reapply sunscreen lagi untuk perlindungan wajah.
- Sebagai makeup based.
Lagi satu saya suka tentang aloe vera sunscreen ini kerana ia boleh berfungsi sebagai makeup based. Lepas sapu pada muka, terus nampak berseri-seri secara semula jadi.
Semoga dengan konsisten mengamalkan basic skincare routine menggunakan Hansaegee Nature moisturizer dan sunscreen terbaik kita dapat tampil glowing menyambut hari raya tak lama lagi.
Selepas menggunakan dua produk skincare terbaik ini iaitu moisturizer dan sunscreen, saya sangat berpuas hati kerana pemakaian mekap lebih smooth dan tahan lama. Paling menggembirakan kerana mekap saya lebih pigmented dan membuatkan penampilan lebih cantik dan glowing semasa raya. Kini saya rasa lebih berkeyakinan dan tak sabar nak menyambut hari raya bertemu sanak saudara dan sahabat handai.