Nak tahu kenapa AM gunakan Aloe Vera Sunscreen daripada Hansaegee Nature sebagai pilihan AM? AM nak kongsikan kelebihan sunscreen terbaik ini.
AM sentiasa memilih sunscreen SPF 50 yang kaya dengan bahan-bahan semulajadi seperti Aloe Vera. AM pastikan mesti SPF 30 keatas dan mempunyai broad spectrum yang tinggi.
Aloe Vera Sunscreen yang bagus ni ialah sejenis Hybrid Sunscreen, ia made in Korea dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera, Centella Asiatica dan ekstrak Morus Alba Bark.
Bahan utamanya adalah Glycerin, Sodium Hyaluronic, & Allantoin.
Kebaikan sunscreen ini adalah bertujuan untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh memberi risiko penuaan awal. Ia juga sunscreen yang sesuai untuk kulit berminyak. Tidak hanya perlu digunakan ketika cuaca panas, sebaiknya adalah menggunakannya sebelum keluar rumah lagi, sebaik-baiknya selepas mandi.
AM guna sunscreen ni sebagai Krim Siang Terbaik, sangat sukakan tekstur nya kerana:
• Ringan
• Tidak berminyak
• Mudah meresap pada kulit
• Tidak melekit
• Mencerahkan kulit secara semulajadi
• No alcohol, no paraben, no silicon, no sulfat
• Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit
Keunikan yang terdapat pada sunscreen spf50 pa+++ terbaik ini adalah jenis sunscreen jenis tidak kalis air. Jadi sangat mudah untuk re-apply sunscreen kerana aloe vera sunscreen ni sunscreen yang boleh basuh dengan air. Malahan sunscreen ini mudah sebati pada kulit wajah dan sunscreen tanpa white cast.