(By aryshafayyadh)
Assalammualaikum dan selamat pagi semua pembaca kesayangan. Untuk hari ini, saya akan membuat satu perkongsian bijak yang penting. Terutama sekali dengan keadaan semasa cuaca di Malaysia yang kemarau dan semakin memuncak. Jangankan kata pancaran terik matahari sahaja, tetapi di kala keadaan mendung pun, bahang yang terasa memeritkan permukaan kulit kan3.
Secara jujurnya saya merupakan seorang yang sangat malas jika melibatkan skin routine tau3. Tetapi, selepas percutian keluarga di pantai baru-baru ini, pertama kalinya kesan terbakar permukaan kulit saya terserlah dengan nyatanya. Haaaaa, dah terhantuk baru tengadah tema eh, he3. Time tuuu laaaaa, baru mula terdetik di otak fikiran untuk mencari sesuatu untuk mengatasi masalah ini, dan memastikan ianya tidak berulang di masa hadapan. Iyerlah, walaupun saya ni bukanlah putih melepak bagai, tetapi dengan kulit ala-ala kelabu-kelabu asap ni, jika tidak dijaga, ohoooiii terus melegam jadinya kan3 :P.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, (#eh, entry hari ini banyak betul saya menggunakan peribasa Melayu kita kan3, suka3) jadinya saya, pabila menjumpai sebuah produk yang berasal dari Korea iaitu Hansaegee Nature. Saya pasti semua yang membaca pernah mendengar dan ada yang memang sudah lama menggunakan produk ini kan3. Saya jugaaaaa yang tertinggal keretapi kan3?? Tapiiii, tak mengapa, biar lambat tapi sempat naik kereta api yang sama, kan3, he3 :P. Produk yang saya maksudkan secara spesifiknya adalah Aloe Vera Sunscreen. So ajiioooomm layan ceritera bergambar di bawah bagi perkongsian pengalaman saya.
Aloe Vera Sunscreen SPF 50+ PA+++ terbaik
Sunscreen/sunblock Aloe Vera ini juga merupakan sunscreen SPF 50 yang bebas alkohol, bebas paraben, bebas silicon, bebas sulfat dan bebas allergen. Pendek kata sunscreen atau sunblock aloe vera ini sunscreen yang bagus kerana dijamin bebas sebebasnya daripada sebarang bentuk bahan yang berbahaya kepada pemakai, gitcheew
Aloe Vera Sunscreen Yang Bagus Untuk Kulit Berminyak
Untuk makluman semua, oleh kerana kulit saya ini merupakan sejenis kulit yang berminyak, makanya saya perlu berhati-hati dalam memilih apa jua produk pejagaan kulit tau3. Adalah penting untuk saya menggunakan sunscreen untuk kulit berminyak. Iyerla, setahu saya kebiasaannya, pabila kita menggunakan sunscreen, ianya akan menyebabkan kulit berminyak taaaauuu. Menakutkan betuulll dengan pengalaman sebelum ini, dari jauh semua orang boleh nampak mukaku yang bersinar lip lip laaapp anak mami. Minyak mukaku boleh dibuat deep fried :P. Dan ini adalah merupakan antara sebab utama kenapa saya memilih Aloe Vera Sunscreen, iaitu ianya dijamin merupakan sunscreen yang TIDAK BERMINYAK & TEKSTURNYA RINGAN
Apply sunscreen/sunblock aloe vera di tangan dan sapu rata
Hasilnya aloe vera sunscreen ini memang sangat melembabkan kulit tanpa rasa melekit dan berminyak. Sunscreen yang bagus ini juga tidak meninggalkan white cast
Pssttt, dek kerana kulit saya sudah terbakar & merengsa, hasil dari percutian tepian pantai itu, makanyaaaa Aloe Vera Sunscreen memberikan kelegaan, terutama pada wajah saya pabila disapu. Tekstur krim ni pekat & moisture tetapi ianya ringan. Penggunaan sunscreen ini tidak akan menyumbat pori. Ini menjadikan sunscreen ini memang sesuai untuk mereka yang kulit jenis berminyak (Sunscreen for oily skin). Pemakaiannya mudah, tidak perlu pakai banyak-banyak, cukup sekadar sapuan nipis rata ke seluruh permukaan kulit dan ianya mudah meresap dengan sekata. Hasilnya anda boleh lihat dengan jelas kelihatan semulajadi, tidak berminyak, tidak melekit serta tidak bercapuk. Ianya juga melembabkan kulit selain memberikan perlindungan daripada sinaran matahari
Sebelum
Sunscreen
Disapu rata
Hasil selepas
Psssttt, dapat dilihat dengan jelas Aloe Vera Sunscreen ini merupakan krim siang yang terbaik, sunscreen yang tidak berminyak dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak
Pssttt, sebagai seorang Muslim, kita ni kalau nak cari produk apa pun, kena utamakan jenis yang mesra wuduk ataupun yang mudah dicuci (tidak kalis air) dan produk Aloe Vera Sunscreen SPF 50 ini menepati keperluan ini tau3. Contoh jelas boleh lihat dari gambar diatas. Permukaan tangan saya yang telah disapu dengan Aloe Vera Sunscreen. Kemudiannya saya alirkan air (cuci/bilas dengan air) ke permukaan tersebut. Dapat dilihat tompokan air putih kan3. Kemudian kita boleh terus lap dengan tisu atau kain, dan asyiiiaappp. Ini membuktikan bahawa Aloe Vera Sunscreen ini tidak kalis air dan ianya sunscreen yang boleh dibasuh dengan air sahaja, mudah sungguh kan3. Lagipun, untuk mereka yang ada masalah M (malaaassss) seperti saya, krim siang terbaik ini memudahkan kerana kita tak perlu cuci beria sangat dengan segala jenis oil cleanser ka, scrub ka atau micellar water bagai tu haaaa. Lagipun, jika banyak sangat mencuci muka nanti kulit boleh jadi kering, keseimbangan kulit juga boleh terganggu kan3. Sesudah selesai solat, kita boleh reapply sunscreen kan3
Baiklah, untuk lebih mudah, meh sini saya kongsi dengan terperinci kesemua kelebihan Aloe Vera Sunscreen terbaik ini:
- Perlindungan kulit daripada sinaran berbahaya UVA & UVB –Â dengan SPF50+ PA +++, melindungi kulit daripada rosak atau terbakar (sunburn)
- Teksturnya tidak berminyak dan ringan – mudah meresap serta memberikan hasil tidak melekit dan segar
- Tidak meninggalkan kesan tompok putih – tidak bercapuk dan memberikan hasil semulajadi (sunscreen yang tiada white cast)
- Melembabkan kulit – bahan pelembab Glycerin dan Aloe vera menjadikan kulit sentiasa lembap dan lembut, serta tidak kering
- Melegakan kulit – dengan kandungan akstrak Aloe vera, ianya melegakan iritasi kulit dan kulit sensitive yang bermasaalah, dan akhirnya menjadikan kulit sihat
- Boleh dijadikan sebagai ‘makeup base’’ – memberikan kulit perlindungan ekstra
Reka bentuk penutup bercirikan twist lock
Psstt, oleh kerana saiz sunscreen/sunblock aloe vera ni comel iaitu 70ml, yang mana ianya memudahkannya untuk disimpan di dalam bag tangan ka, bag mekap ka. Mudah untuk di bawa ke mana-mana. Saya juga tidak perlu risau masalah kebocoran akibat penutup terbuka tau3. Ini adalah kerana penutup sunscreen ni mempunyai ciri keselamatan sendiri iaitu twist lock
Pengalaman Peribadi Basic Skincare Routine – Cara Pakai Aloe Vera Sunscreen
Sekarang ini, sudah menjadi rutin setiap hari untuk menggunakan Aloe Vera Sunscreen tau3. Mula guna sah-sah sewaktu bersiap di awal pagi kan3. Kemudian, cuci untuk solat zohor, reapply sunscreen kali kedua, sehinggalah balik kerumah pada waktu petang. Setiap kali selepas cuci, wajib reapply Aloe Vera Sunscreen dahulu, kemudian baruuuuuulah nak pakai foundation ka, terus pakai compact powder ka, nak sambung bermekap ka, nooooooo haaalll dah tau3. Muka akan terasa segar, ringan dan lembap sepanjang masa menggunakannya. Sememangnya ini merupakan sunscreen terbaik. So, benda baik haruslah dikongsi Bersama-sama kan3. Sharing is caring gitcheeewww.