(By Tinysweet)
Salah satu faktor penting yang ena utamakan dalam skincare dan makeup harian adalah memilih sunscreen yang tidak berminyak. Bagus macam mana pon, mahal berapa harga pon, kalau takde ciri-ciri yang boleh tahan lama dan tak bercapuk, sudah tentu ena pangkah tak pakai lama. Yelahh, dah siap cantik-cantik tapi lepastu makeup kita jadi crack!!
Selain itu, apa yang penting? Of course melindungi kulit wajah daripada sinaran UV. Bila usia 30 siri ni, ena betul-betul menitikberatkan rutin skincare. Takut hai tengok pigmentasi.
Kulit ena tidak banyak masalah. Jenis normal bukan tahap kombinasi (Zon T berminyak). Cuma area hidung kadang-kadang berminyak. Area dahi dan dagu masih normal. Walaupon begitu, still ena tak suka area hidung berminyak sebab bila bekerja ni, bukan sentiasa ada masa nak belek muka. Tahu-tahu tengahari dah berminyak kan.hehehe.. dan salah satunya lagi ena takut pigmentasi. Pipi ena memang ada bintik hitam kesan daripada zaman muda tak pernah ambil tahu tentang sunscreen. Penting tak disini kalau dibiarkan tak pakai sunscreen??
Kenapa kena pakai Sunscreen???
Sunscreen memberi perlindungan secara MAKSIMUM selain pencuci, pelembap atau serum. Sebab dalam sunscreen ada SPF (Sun Protector Factor). Seelok-eloknya ambil lah produk yang mengandungi SPF 15 – 50 kerana ia memberi perlindungi dari sinar UV dalam tempoh yang lama berbanding tanpa sunscreen.
Duduk dalam rumah kena pakai ke???
YA!! tetap kena pakai even indoor, cahaya matahari still boleh menembusi ke dalam rumah pada waktu siang. Pegang handphone kan? Jadi jangan kata anda takde pakai sunscreen pon takpe sebab gadget juga sumber blue light selain matahari yang boleh mempercepatkan penuaan kulit.
Sunscreen pakai waktu bila???
Rutin setiap pagi selepas mencuci muka dan memakai skincare, gunakan sunscreen dan sebaik-baiknya sapukan setiap 4 jam sekali kerana cuaca pada waktu tengahari sangat terik. Gunakan pada waktu siang tidak kira di rumah atau pon keluar rumah.
Aloe Vera Sunscreen SPF 50 PA+++ daripada Hansaegee Nature mampu melindungi kulit kering sehingga berminyak
Ena suka sangat Aloe Vera Sunscreen ni sebab sangat bagus untuk kulit wajah kerana mengandungi sunscreen SPF50. Kulit wajah sebenarnya tidak perlu lebih daripada SPF50 kerana boleh terjadinya sunburn. Jadi jangan ragu-ragu untuk mencuba Aloe Vera Sunscreen SPF50 ini.
Â
Merupakan Broad Spectrum Sunscreen berlabel “SPF PA+++ yang bermakna :
SPF melindungi kulit daripada UVB
PA+++ melindungi kulit daripada UVA dan Blue Light
Jadi kulit ena dapat manfaat yang lebih baik melindungi + melembap kulit dalam masa yang sama. Sesuai dengan keadaan kulit seperti ena jenis kering di pipi tapi berminyak di hidung. Kenapa ena cakap Aloe Vera Sunscreen Hasaegee Nature ni bagus? Ia bukan sahaja memberi perlindungan SPF50, tetapi ada banyak kebaikan yang korang boleh dapat manfaatnya. Jom baca 5 kebaikan Aloe Vera Sunscreen Hasaegee nature.
Â
5 Kebaikan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature
- Mengandungi Ekstrak Aloe Vera – Sunscreen untuk semua jenis kulit
Aloe vera atau lidah buaya sangat terkenal dalam dunia kecantikan dan kesihatan kulit kerana khasiatnya yang luar biasa. Sebab itu kalau lalu rumah orang ni, senang nak jumpa pokok lidah buaya. Digunakan juga untuk perubatan contohnya kalau kena sengat serangga, mak-mak suka cari pokok ni. Boleh juga digunakan untuk merawat luka dan kesan terbakar.
Jadi terbukti Aloe Vera Sunscreen ini sangat bagus untuk kulit yang membantu merawat, menenangkan dan melembutkan kulit. Ia tidak menyebabkan iritasi kulit ataupon kegatalan. Malah sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah bintik hitam di muka.
Dan lagi satu perkara yang bagus tentang Aloe Vera Sunscreen ni ia Anti-inflammable (Anti mudah terbakar). Ia memberi cukup kelembapan dan kebaikan kepada kulit berminyak, kulit kering, kulit kombinasi sehingga kulit sensitif. Sebab itu sunscreen ni sesuai untuk semua jenis kulit.
- Melembap dan melicinkan
Kerana kandungan bahan utamanya Aloe Vera tinggi dengan kandungan air (H20) yang tentu sahaja bagus, maka ia sangat membantu memberi kelembapan yang tinggi kepada kulit kulit kering termasuk kulit sensitif. Pelembap Aloe Vera ini bagus menyihatkan kulit kerana mengandungi bahan lain seperti Glycerin dan Sodium hyaluronate.
Part paling risau bila dah sapu di muka kita rasa macam kesat atau pon tak berapa nak smooth je nak blend rata. Selalu juga berlaku pada ena sebab skin ena jenis kering, sukar nak cari sunscreen yang best. Tapi Aloe Vera Sunscreen ni tekstur cream sangat best lembap dan licin je bila sapu kat muka.
Â
- Sunscreen tidak berminyak dan tidak menyumbatkan pori
Pasti sukar untuk jenis kulit berminyak memilih sunscreen kan?? Risau makin berminyak dan berpeluh membuatkan kulit akan bercapuk. Tapi Aloe Vera Sunscreen ni tekstur ringan yang tidak membuatkan si pemakai rasa tidak selesa. Sangat mudah dicuci tanpa menyumbatkan liang pori. Kulit bebas bernafas jadi kulit sentiasa kekal sihat.
Setiap kali ena memakainya sebelum keluar bekerja, ternyata masih tahan lama, tidak mudah berminyak, tidak melekit walaupon kadang-kadang berpeluh. Sebab tekstur krim yang ringan dan cepat meresap itu membuatkan ena rasa selesa memakainya sepanjang hari.
- Tiada bahan berbahaya
Yang pastinya ena yakin untuk mencubanya kerana selamat digunakan dan bebas dari bahan merbahaya seperti bebas paraben, bebas alkohol, bebas Sulfat, Â bebas Silikon dan tanpa allergen.
- Hybrid Sunscreen terbaik
Apa beza Chemical, Physical, dan Hybrid Sunscreen?
Ketiga-tiganya mempunyai kelebihan masing-masing tetapi apa yang sesuai dan memberi kesan yang efektif kepada kulit wajah? Inovasi terbaru hybrid sunscreen kini ada pada Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature. Sebelum itu, jom kita nilai dari setiap jenis.
Apa itu Chemical & Physical Sunscreen?
Chemical Sunscreen memiliki bahan aktif yang bekerja dengan menyerap ke kulit, kemudian menyerap sinar UV, dan mengubahnya menjadi panas agar tidak masuk lebih dalam ke lapisan kulit. Lebih ringan, tidak bercapuk dan sesuai pakai harian tetapi kulit mudah kemerahan apabila menghadap sinaran UV dan juga kebanyakan produk berasaskan chemical sunscreen menyumbatkan liang pori.
Chemical Sunscreen : ringan, mudah meresap, kulit nampak cantik dan licin
Physical Sunscreen memberikan perlindungan terhadap sinar UVA dan UVB yang optimal dengan memantulkan radiasi UV, baik secara langsung atau melalui jendela. Sangat sesuai untuk mereka yang banyak aktiviti outdoor terutama kulit berminyak dan berjerawat. Tetapi mudah hilang jika terkena air, kulit mudah bercapuk dan tekstur lebih berat untuk disapu pada kulit wajah.
Physical Sunscreen : Meninggalkan kesan bercapuk pada permukaan kulit & tona kulit jadi gelap
Apa itu Hybrid Sunscreen?
Hybrid Sunscreen merupakan inovasi baru gabungan dari chemical sunscreen dan physical sunscreen. Hybrid sunscreen menggabungkan fungsi memantulkan sinar UV dari physical sunscreen jadi bagus untuk kulit termasuk kulit jenis sensitif. Apabila disapukan pada kulit wajah akan rasa lebih lembut, licin dan kulit nampak lebih cantik tidak bercapuk. Gabungan dari chemical sunscreen pula memberi impak makeup jadi cantik kerana tekstur krim cepat meresap. Sebab itu sesuai untuk semua jenis kulit kombinasi, berminyak, dan kering.
**Maka Hybrid Sunscreen adalah lebih baik dengan new upgrade daripada versi terdahulu.
Nampak tak perbezaan jika kita tidak memakai sunscreen dari awal? Boleh bayangkan tak lama-lama kulit menjadi kusam dan makin tidak sihat? Sebab itu pentingnya memilih sunscreen yang bagus dan sihat untuk kulit wajah sebab produk yang dipakai adalah dalam satu jangka masa yang panjang. Jika tersalah pilih dan kurang gali ilmu, maka banyak kesan buruk yang kita akan terima.
Sunscreen ini juga mesra wuduk sebab sunscreen yang boleh basuh dengan air. Jadi sebelum solat, cuci dahulu muka dengan air dan pencuci muka. Tak perlu kuat menyental muka kerana tekstur krim nya yang ringan. Selepas habis solat, jangan lupa untuk sapu semula sunscreen di wajah seperti biasa. Still nampak natural look sebab tak nampak kesan bercapuk langsung. Bagus kan?