(By Azhafizah on 9th March 2023)
Sedar tak sedar, dah sampai bekas keempat dah menggunakan Aqua Whitening Cream. Kalau dah berkali-kali biasa guna tu, maksudnya??? Maksudnya produk tu bagus lah kan. Aqua Whitening bukan sekadar pelembap tapi pelembab muka terbaik make up tahan lama dan glowing.
Itu yang buat saya bertambah suka pakai pelembap Aqua Whitening Cream. Bayangkanlah kalau makeup bercapuk atau cepat cair. Boleh hilang mood dibuatnya. Kan!
Semua orang mesti concern bab makeup bercapuk. Kalau boleh nak make up tu elok je tahan lama tanpa bercapuk atau istilah dia ‘cakey’. Tahu tak apa punca makeup bercapuk?
Punca- punca makeup bercapuk dan tak tahan lama ada banyak faktor, antaranya :
- Salah aturan make up
- Produk make up yang tidak sesuai
- Kulit kering
- Kulit berminyak
- Cuaca panas
- Tidak prep muka sebelum make up
- Tidak menunggu pelembap muka meresap sepenuhnya
Dan banyak lagilah punca make up bercapuk. Nak dapatkan makeup flawless sebenarnya kena prep muka dulu, itulah tip make up tahan lama daripada MUA. Kemudian barulah make up mengikut aturannya.
Bab prep muka tu yang ramai skip kan. Walaupun sekadar nak pakai foundation pun, tetap kena pakai skincare yang betul. Paling penting salah satunya adalah moisturizer sebelum make up selain serum dan sunscreen.
Aqua Whitening Cream ni dia sangat berbeza dengan pelembap muka yang lain. Pernah nampak moisturizer ada effect titisan air selepas disapu pada kulit muka? Tak pernah kan?
muka togel selepas cuci muka, titisan air muncul selepas sapuan pelembap. |
Make Up Tahan Lama Untuk Kulit Berminyak
Lagi-lagi kalau nampak ketara sangat. Nak ambil gambar pun tak ada mood dan rasa tak yakin dah. Lepas pakai Aqua Whitening Cream ni selesai masalah make up bercapuk dan make up cair. Ah, the best moisturizer yang pernah saya guna! Moisturizer terbaik lah.
Nak bagi make up tahan lama untuk kulit berminyak macam saya sangat sesuai gunakan Aqua Whitening Cream ni membuatkan makeup mesra dengan kulit (meresap) dengan cepat tak bercapuk, tahan lama dan pigmented! Pelembap muka yang ada niacinamide ni sesuai sangat untuk kulit jenis berminyak.
Sebab tu saya suka pakai Aqua Whitening Cream ni sebab ia bukan sekadar pelembap. Moisturizer terbaik yang boleh kawal pengeluaran minyak kulit muka. Even pakai sampai petang pun tak perlu risau kulit berminyak atau make up bercapuk.
Tips Make Up Tak Bercapuk Untuk Kulit Kering
Kulit kering salah satu punca makeup tak sekata dan mudah bercapuk. Kulit yang menggelupas akan membuatkan make up nampak lebih teruk, dia jadi susah nak melekat pada kulit dan of courselah akan berisiko bercapuk.
Dalam gambar bawah ni boleh nampak perbezaan kalau kulit kering vs kulit dengan pelembap lebih nampak glowing.
Aqua Whitening Cream ni dia jenis moisturizer water based,watery tau. Kulit akan rasa sejuk lembut gitu lepas sapu pada kulit muka. Cepat meresap pula tu. Tak perlu tunggu lama untuk prep muka sebelum make up. So pakai make up pun meresap cepat. Kalau pakai eyeshadow atau blusher pun warna lebih pigmented dan tak bercapuk. Bagus kan macam tu.
Wajib cuba Aqua Whitening ni untuk penjagaan kulit harian dan dapat bonus dapat hasil make up yang tahan lama dan tak bercapuk. Pendek kata, hasil make up jadi cantik.
Moisturizer Terbaik Untuk Make Up
Make up ringkas ringkas pun tetap ONz bila gunakan moisturizer sebelum make up untuk hasil make up tahan lama dan glowing. Tak risau lah makeup bercapuk bila berpeluh tu. Ada juga MUA share yang customers mereka guna products Hansaegee Nature ni sebelum makeup, makeupnya lebih pigmented dan tahan lama. Moisturizer Aqua Hansaegee Nature ni boleh dikatakan moisturizer untuk kulit berminyak, atau moisturizer untuk kulit kering pun boleh, dia sesuai untuk semua jenis kulit.
Bila makeup masa majlis kahwin penting untuk maintain kan make up tahan lama. Tak-kan MUA nak touch up banyak kali pula kan. Letih lah macam tu. Bila pakai pelembab muka terbaik, kurang kerjalah nak touch up make up. Memudahkan kerja MUA dan pengantin pun happy.
Selain itu, sesuai jugalah untuk make up tahan lama untuk dinner ke atau sebarang acara siang atau malam prep muka terlebih dahulu dengan moisturizer water based Aqua Whitening Cream ni.
Bagusnya beli Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni packaging dia secure. Bubble wrap berlapis-lapis.
Bila dapat, kotak tak kemek lansung! Kotak juga dibalut dengan plastik untuk lebih secure.
Produk diterima dengan baik tanpa sebarang kerosakan.