(By nonasani on 25th Nov 2022)
Hai semua! Korang jenis yang menjaga kulit muka tak? Atau terbiar je tanpa penjagaan rapi? Bagi yang memang menjaga kulit wajah, pasti korang sedia tahu bahawa rutin penjagaan muka haruslah dimulakan dengan mencuci muka menggunakan pencuci muka. Lebih-lebih lagi Malaysia ni memang ada time cuacanya panas sampai kulit menjadi lebih berminyak. Lagi lah tak boleh ketinggalan rutin mencuci muka, kan. Risau jika tidak dibersihkan kotoran tersebut, ianya bakal menyumbat pori muka sehingga menumbuhkan jerawat atau jeragat atau lelain masalah. Jadik di sini Nona nak tanya, berapa kalikah sepatutnya kita kena mencuci muka? Dan cleanser macam mana yang sesuai digunakan?
Muka bila baru bangun tidur, certain part terasa berminyak, certain part pulak kering
Nah, cuci muka berapa kali sehari seharusnya mencuci muka sebanyak dua kali dalam sehari iaitu pagi sewaktu baru bangun dari tidur dan waktu malam sebelum tidur atau selepas balik dari kerja kerana kulit kita ni pasti menghasilkan sebum (minyak) di sepanjang hari. Walaubagaimanapun, depends juga pada jenis kulit kita dan keaktifan kita dalam mendedahkan kulit muka terhadap sinaran UV atau makeup. Ada orang jenis kulit kering, sensitif mahupun berminyak. So masih ada perbezaan berkenaan kekerapan mencuci muka. Namun begitu, jangan terlalu kerap sangat mencuci muka kerana bimbang kulit menjadi bertambah kering.
Ketahuilah jika terlalu kerap mencuci muka, ianya boleh menanggalkan minyak semulajadi yang penting pada muka kita. Nona sendiri pun pernah mencuci banyak kali dalam sehari sebab tak suka tengok muka terlalu berminyak, dan fikir kena lah selalu mencuci muka supaya muka jadi kurang berminyak tapi tak lama lepastu, kulit jadi bertambah tambah kering pulak! Aduhhaii! Nona sure ramai jugak yang fikir macam Nona ni.. Betul tak? Hm, so how kalau tak boleh terlalu kerap mencuci muka? Nak kena buat apa?
Haaaa, apa kata pilih pencuci muka yang sesuai? Bagaimana memilih cleanser? Sebelum bertindak, ketahui dulu jenis-jenis kulit.
Jenis-jenis skin:
- Kulit Normal – Liang pori yang kecil, kulit yang licin dan kurang berjerawat.
- Kulit Berminyak – Liang pori yang besar, blackhead, jerawat dan wajah sering berminyak.
- Kulit Kering- Mudah untuk mendapat garis halus dan kedutan.
- Kulit Kombinasi- Berminyak di kawasan hidung, dahi dan dagu. Kering di bahagian pipi
- Kulit Sensitif- Kulit kering, kemerahan dan cepat terasa gatal.
Tips Pilih Pencuci Muka or Cleanser:
- Jenis yang boleh cuci bersih deep clean pori
- Tidak mengeringkan kulit
- Tekstur soft and watery
- Melembabkan kulit muka
Ops, Bagaimana jika tersalah pilih cleanser?
Sekiranya tersalah memilih cleanser, maka pori mula tersumbat, kulit akan mula mengeluarkan jerawat, blackhead, jeragat dan sebagainya isu berkaitan masalah kulit.
Kalau nak tahu, ciri-ciri pencuci muka yang sesuai ada pada Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Apakah Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser?
150 mL
Cleanser Aloe vera keluaran brand Hansaegee Nature ni adalah sejenis cleanser yang berbuih (foam cleansing form). Kandungan utama di dalamnya ialah Aloe Barbadensis Leaf & Tea Tree Leaf Oil. Yang paling penting ianya adalah Paraben-Free, Sulfate-Free, Alcohol Free.
Kelebihan dan kebaikan yang dimiliki Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser:
- Mencuci pori muka secara mendalam.
- Menghapuskan sebum (minyak) pada muka.
- Menyembuhkan jerawat, merawat kerosakan kulit, menyejukkan kulit muka dan mengurangkan kerengsangan muka.
Picit-picit, keluarlah foam yang sangat lembut dan halus teksturnya.
Watery bubble, tekstur buih yang lembut dan melembapkan muka.
Bagaimana menggunakannya?
- Basahkan tangan dan letak cleanser secukupnya di atas tangan.
- Sapu dan urut lembut cleanser pada muka.
- Basuh muka dengan air suam.
Feedback Nona mengenai Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser:
Best! Selepas menggunakannya, kulit muka Nona takda rasa sakit, gatal gatal atau naik kesan merah merah.. Langsung takda effect yang teruk… Kulit Nona terasa moist je dan kurang berminyak setelah menggunakannya beberapa hari. Mungkin disebabkan teksturnya tu berbuih halus dan banyak, so ianya dapat membantu clean pores deeply. Hehee.. Bila pori kita dicuci bersih, dan tak tersumbat, barulah masalah blackhead dan jerawat takda. Ha, nampak tak betapa pentingnya pilih cleanser yang sesuai untuk mencuci segala kotoran yang menempek kat muka??
Bertambah best bila cleanser ni tidak mengeringkan kulit muka, dan muka kelihatan lebih segar. Kulit wajah jugak terasa bersih dan lembut bila menggunakan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Ehhh, best lah! Bagi Nona, cleanser ni sesuai dengan kulit muka Nona yang memang sering berminyak pada asalnya. Ini bermakna, bahan-bahan semulajadi yang terkandung dalam cleanser ni sesuai dan selamat dengan kulit Nona serta kebanyakan peringkat umur! Yahoo! Senang dah jumpa yang cleanser yang sesuai, takyah pening-pening lagi nak cari mana satu cleanser yang sesuai kulitku.
Oh ya! Cleanser ni botolnya ringan dan mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja. Jadik tak perlu risau tentang nak letak dan simpan cleanser di mana mana pun. Kulit muka tetap terjaga walau di mana pun kita berada.
Senang hilangkan makeup tanpa memerlukan make up remover. Terus mencuci pori muka dengan lebih mendalam. Clean!
Pilihan sepanjang masa
Ok. Nona memang suggest terus cleanser aloe vera yang sesuai dengan semua kulit, brand Hansaegee Nature ni…. Korang kena try. Rasai kelebihannya. Ingat, Jangan tersalah guna cleanser ya! Kulit muka sihat dan terjaga, barulah happy sendiri tengok dan sentuh, kan!