Cara Untuk Mendapatkan Kulit Sihat Dan Cantik Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser
(By Nadhie Wueen on 23th Nov 2018)
Assalamualaikum & Hi Semua!
Masa tu tercari-cari lagi identiti pencuci muka yang sesuai. Sampailah ada satu syarikat ni keluarkan pencuci muka jenis Aloe Vera. Memang seriously sis suka sangat sebab masa tu kulit terasa bersih dan jerawat pun berkurangan. Ya lah time muda remaja, bebudak. Mudah sangat naik jerawat -_-
Beberapa tahun selepas itu, pencuci muka tersebut tak lagi wujud. Tak tahu kenapa. Dan lepastu dah . tak jumpa lagi pencuci muka jenis Aloe Vera. Sampailah baru-baru ni sis google, tiba-tiba terjumpa jenis yang ni. Finally , pencuci muka jenis Aloe Vera kesukaan sis kembali semula. Apa taknya Aloe Vera sangat-sangat terkenal dengan khasiatnya. Okay so nak tahu apa yang bestnya tentang Aloe Ac Bubble Cleanser ni? Jom tengok!
Kebaikan Dan Kelebihan Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Aloe Vera atau dikenali sebagai pokok lidah buaya sememangnya memberi khasiat dan banyak kebaikan pada kulit kita. Aloe vera dikenali dengan kelebihannya untuk melegakan sunburn dan
mempercepatkan penyembuhan luka. Selain itu, terlalu banyak kelebihannya yang mungkin kita tidak tahu dan dapat membantu dalam kesihatan harian kita. Diantara kebaikan dan kelebihan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ialah-
1) Mengatasi dan memulihkan masalah jerawat
Bagi yang mempunyai masalah jerawat degil, jangan bimbang kerana Aloe AC Clean Bubble Cleanser sesuai untuk kulit berjerawat. Dengan menggunakan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser, ia bukan sahaja boleh membersihkan kulit, malah boleh melawan jerawat degil dan memulihkan masalah kulit.
2) Membersihkan liang pori-pori
Selain dari melawan dan menghilangkan masalah jerawat degil, Aloe Ac Clean Bubble Cleanser juga boleh membersihkan pori-pori yang terseumbat dan membuatkan kulit terasa ringan dan seola-olah bernafas!
3) Mengawal minyak berlebihan
Aloe AC Clean Bubble Cleanser bukan sahaja mampu menstabilkan kulit yang berminyak, malah dapat membuang minyak berlebihan di wajah. Dengan menggunakannya, kulit akan terasa segar dan bebas dari minyak.
4) Melembapkan kulit
Meskipun ianya bagus untuk kulit berminyak, ia juga mampu melembapkan kulit. Tahukah anda bahawa masalah kulit berminyak berpunca dari masalah kulit kering yang kurang kelembapan? Disebabkan cuba mengawal kelembapan kulit, kulit akan menghasilkan minyak berlebihan. Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser masalah tersebut dapat di atasi.
Kaya Dengan Ekstrak Aloe Vera & Tea Tree Oil
Diantara kelebihan lain Aloe AC Clean Bubble Cleanser ialah ia bukan sahaja kaya dengan ekstrak Aloe Vera, malah dengan Tea Tree Oil yang sememangnya bagus untuk mendapatkan kulit yang sihat. Kenapa Aloe AC Clean Bubble Cleanser bagus untuk kulit? Kerana teskturnya adalah cecair dalam botol, tetapi sebaik sahaja memicitnya , ia akan keluar sebagai buih-buih di tangan. Macam gambar di bawah ni.
Masa mula-mula picit botol, sis rasa macam soft dan ringan sangat teskturnya. Tak melekit langsung. Lembut dan selesa sahaja di tangan. Dan apabila sis menggosokkan di tapak tangan, buihnya menjadi semakin banyak .
Kemudian, apabila di sapukan pada kulit wajah, rasa sangat-sangat selesa dan tidak melekit. Kulit tidak terasa terlalu tegang seperti mana apabila sis memakai pencuci muka jenis lain. Seriously yang ni sis memang recommended. Sebab memang best sangat.
muka dan tangan dengan air. Kemudian picit botol pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dan urut lembut wajah anda. Dan ia akan menghasilkan lebih banyak buih kerana testur buihnya yang lembut. Bila dah siap urut ke keseluruhan muka boleh la dibilas dengan air. Dan tada.. Kulit akan terasa lebih segar dan berseri.
Lepas guna je kulit rasa segar, lembut dan bersih. Selain itu, ternyata walaupun ianya jenis buih, tetapi langsung tak mengeringkan kulit. Syukurlah sis tak tersalah pilihan. Ahaks