Baru-baru ni, seorang kawan baik menghantar mesej di aplikasi Whatsapp. “Sofie! Weyhh tolong saya Sofie…saya ada sunburn lah sekarang ni… Kau ada tak petua atau tips untuk fix masalah kulit rosak akibat sunburn ni?” Bila dia sebut sunburn, saya pun tanya dia balik masalah sunburn yang macam mana. Dia kata, sejak dia dah tamat pengajian, dia dah mula bekerja dan sangat kerap ke sana ke mari. Tidak kira apa pun cuaca, dia kena keluar juga. Tidak kiralah cuaca panas terik atau hujan kena redah juga. Ada masa, bila cuaca nak hujan, tiba-tiba saja cuaca tu panas terik lain macam sampai terasa panas kulit dibuatnya.
Kawan baik saya ni, seorang yang berdikari. Memandu sendiri. Walaupun kereta berpenghawa dingin, pasti tahu kan, cuaca yang panas tetap tembus ke dalam kereta. Ni lah salah satu kes juga, masuk pejabat bersejuk, keluar pejabat berpanas, masuk kereta bersejuk balik, keluar kereta berpanas semula. Aduh! Macam mana tak kena sunburn. Tapi, zaman sekarang ni, mana ada wanita yang duduk diam kan. Sedangkan dalam rumah pun, terasa bahang cuaca panas. Masuk dapur memasak lagi. Hmm… susah. Aktiviti apa pun, kulit muka jadi mangsa.
Sibuk sangat sampai dia sendiri tak perasan kulit muka dah mula keluar jeragat, kusam, dan tona kulit dah tak sekata. Katanya lagi, “Dah beberapa kali sebenarnya kulit ada merah-merah, pedih, dan rasa panas ni, lepas tu kulit jadi kusam, tak sekata tona kulit ni, Sofie…Tapi dia hilang sendiri. Lepas tu, masalah ni berulang-ulang saya biarkan. Rupanya boleh buat kulit jadi kering, berjeragat, kusam, dan kasar bila asyik dibiarkan masalah sunburn ni. Sekarang ni, rasa pedih dah datang balik…kulit rasa panas…tak selesa lah!”
Saya pun cakap kat dia, “Ehh jangan suka biarkan masalah mild sunburn macam ni tau! Mula-mula ni memanglah nampak biasa. Nampak tak serius. Tapi kalau berpanjangan bahaya tau, boleh jadi masalah kulit yang serius.”
Saya bukan nak menakutkan kawan baik saya ni. Tapi, sunburn ni boleh tahan sakit kot. Lepas tu kulit mengelupas. Cerita pasal sunburn ni, automatik ingatan saya membawa ke tahun 2015. Masa tu, saya di tingkatan 3. Al-maklum, zaman saya sekolah dulu memang seratus peratus tak ada pengetahuan mengenai penjagaan kulit. Tak macam zaman sekarang. Alhamdulillah, remaja zaman sekarang kulit gilerrhh glowing. Skin care knowledge pun mantap!
Sebenarnya, tak perlulah nak pengetahuan yang advance sangat pun kan kalau zaman sekolah ni, cukuplah dengan pengetahuan asas dulu. Maklumlah, zaman remaja kolagen kulit masih mantap. Hhaha… Tapi, kalau dah ada ilmu jaga kulit advance tu kira bonus lah hehehehe… Masa saya sekolah dulu, pengetahuan asas penjagaan kulit tu memang tak ada apatah lagi nak tahu yang advance. Apa yang saya pakai pada zaman tu kebetulan saja saya pakai. Beli je. Hahaha… SPF tu pun saya tak faham apa sebenarnya. Saya pakai je sebab katanya untuk protect kulit. Hhuhu…
Dipendekkan cerita, masa tu saya ada kem kokurikulum. Saya joined kawad bomba. Bayangkanlah, berkawad di padang sekolah. Kalau bukan di padang, di tapak perhimpunan. Pokoknya, berkawad berjam-jam kat Kawasan panas. Berjemur di bawah matahari. Sumpah! Masa tu saya tak pakai sebarang krim pencegah pancaran matahari pun. Alaaa…krim sun protection tuu… Sebab, dulu saya rasa krim ni semua leceh lah. Rasa tak selesa. Rasa melekit dan sometimes gatal. Jadi, taknak lah pakai. ‘Apa sangatlah berjemur tu’, bisik hati saya masa tu.
Macam tu saya dulu, memang mentality jaga kulit tu failed. Hhahaha… dah lah berhari-hari berlatih kawad panas-panas, tiba-tiba hujung minggu berkelah pula kat pantai dengan kawan-kawan. Saya tak mandi laut, saya ingatkan okay je lah kot. Tapi, terkejut saya dibuatnya, jalan-jalan biasa pun boleh buat saya mengalami masalah sunburn teruk selepas beraktiviti kat tepi pantai tanpa sebarang sunscreen. Dah lah memang ada kesan kulit kering sepanjang kawad bomba, bertambah teruk lagi lepas berkelah tu. Jadi, kulit muka memang kasihan lah kan. Walaupun tak ikut aktiviti lasak, kulit tetap terdedah dengan cuaca yang terik kalau pergi sekolah. Bila tengahari, balik sekolah tu pun boleh tahan panas menunggu bas sekolah tiba.
Jadi, selepas aktiviti berkelah tu, bangun tidur keesokkan harinya, pedihnya Ya Allah. Terutamanya kat pipi, bawah mata, dan bahagian yang mudah terdedah dengan cahaya. Kulit kat bahagian tu nampak sangat kering, kemerahan, dan sangatlah pedih bila saya sentuh. Tona kulit jangan cakaplah, dah tak ada rupa saya dah… Disebabkan saya kurang ilmu jaga kulit, saya biarkan je lah sunburn saya baik sendiri. Tahan je rasa pedih dan rasa malu sebab warna kulit dah pelik dan nampak sangat kusam. Gelap pula. Sedih betul.
Jadi, kembali kepada cerita kawan baik saya ni, dia ada masalah sunburn sebab dia ni memang jenis yang aktif. Walaupun waktu cuti kerja, tetap keluar bawa keluarga bersiar-siar. Tambah cuaca panas, tambah lah dia keluar sebab tak seronoklah kan keluar waktu hujan. Hahaha… Kalau tidak hangout dengan keluarga atau member, dia memang akan ke taman atau kat mana-mana kawasan yang sesuai untuk jogging. Kalau cuaca hujan pula, tidak mengizinkan dia keluar rumah, kat rumah dia akan memasak juadah yang banyak dan sedap-sedap untuk family. Extra bonus lah kiranya dari waktu memasak hari lain. Lepak kat rumah sambil tengok movie pun perlu memasak betul tak? Barulah seronok tengok movie sambil makan. Seronok sangat sampai lupa muka kena sunburn. Hehehe…
Masalah sunburn kawan saya ni, agak teruk dari saya. Dia kata rasa pedih dan panas tu taknak hilang. Beberapa hari berlalu, kulit dia masih kering, rasa panas dan pedih apabila disentuh, dan ada bahagian yang mulai mengelupas, kulit muka makin gelap, dan tona kulit tidak sekata. Kasihan pula saya tengok. Saya rasa kulit dia ni hanya perlukan sesuatu je ni. Untuk hilangkan masalah merah-merah, pedih, dan rasa panas pada kulit dia. Gejala tak hilang ni mungkin ada sebab lain.
Saya pun tanya kat dia, “Awak ada sapu apa-apa tak?” dia kata, “ada”. Haaa…kan.. ada masalah trapping heat akibat sapu minyak tertentu pada kulit yang pedih tu sebenarnya. Kadang-kadang trapping heat berlaku sebab tak sengaja. Kadang-kadang kita fikir sapu product oil tertentu boleh menghilangkan pedih, panas, dan merah-merah pada muka. Tapi rupanya semakin tak okay pula. Kena pastikan product yang betul-betul sesuai dan tepat untuk sunburn agar masalah akan selesai bukan melambatkan penyembuhan.
Sejak pengalaman sunburn saya di tingkatan 3 tu, saya mula pakai product yang ada SPF kalau nak keluar terutamanya setiap kali nak buat aktiviti di bawah cahaya matahari terik. Tambahan lagi zaman sekarang ni, umur dah meningkat saya tak pernah lupa nak pakai sunscreen yang mempunyai SPF 50.
Bagaimana Untuk Menyelesaikan Masalah Kulit Kusam, Kering Akibat Sunburn?
Disebabkan saya cerita tentang masalah sunburn sekarang (keadaan “Sunburn” yang saya cakap sini ialah apa yang selalu berlaku pada kita: merah-merah kat pipi, kering tegang ada yang mengelupas sikit, tona kulit tidak sekata, kusam pulak) , saya nak kongsikan dengan korang mengenai sejenis krim atau pelembab kulit yang sangat terbaik jika korang tertanya-tanya bagaimana untuk menyelesaikan masalah sunburn.
Kenapa krim pelembab ni saya katakan terbaik? Semasa saya nak membantu masalah kawan baik saya ni, saya buat lah reaserch kat internet macam mana nak membaiki kulit yang rosak akibat sunburn. Macam-macam juga saya cari maklumat. Antaranya, petua hilangkan sunburn dengan cepat, cara merawat kulit rosak akibat cahaya matahari, cara tangani kulit terbakar matahari, tips membaiki kulit sunburn dan kering kusam, dan saya juga cuba taip kat google search tu tips berkesan merawat kulit muka yang kusam, tona tidak sekata akibat matahari.
Baca punya baca rupanya ada banyaaaakk cara, petua, dan tips yang kita boleh cuba. Tapi saya rasa lebih tertarik dengan cara yang pantas dan mudah. Maklumlah kan, kita zaman sekarang ni, dah rasa tak menyempat nak buat sendiri bahan semulajadi. Zaman sekarang, lebih suka beli. Sebab cepat dapat. Lepas beli terus pakai. Tak fikir banyak dah.
Jadi apa cara yang pantas dan mudah nak baiki masalah kulit akibat cahaya UV? Kalau saya, memang akan dapatkan sahaja produk di pasaran. Sebabnya, saya nak jimat masa. Lagipun nak cepat selesaikan masalah kulit ni. Tapi saya akui, nak dapatkan produk tak bolehlah semborono. Kena juga pastikan yang terbaik dari pelbagai segi. Kualiti, kesesuaian dengan jenis kulit, harga, keberkesanan, dan keselamatan. Haaa… jangan lupa ambil tahu tentang bahan-bahan produk tersebut.
Bahan Saintifik Yang Boleh Membantu Merawat Kulit Sunburn
Talking about the product ingredient, saya nak kongsikan bahan yang sangat penting yang boleh membantu masalah kulit kusam dan kering akibat sunburn. Antaranya, Niacinamide, Camellia Japonica Seed Oil, dan Glycerin.
Apa itu Niacinamide, Camellia Japonica Seed Oil, dan Glycerin?
Niacinamide
Niacinamide adalah sejenis vitamin larut air yang berfungsi dengan bahan semulajadi dalam kulit. Dikenali juga sebagai Vitamin B3 atau nicotinamide. Jadi, lebih senang kalau kita panggil Vitamin B3. Lebih familiar kan? Jadi apa fungsi dan kelebihan Niacinamide atau Vitamin B3 ni terhadap kulit sunburn? Salah satunya adalah melindungi kulit dari rosak akibat matahari. Jadi, kerosakkan akibat sunburn yang sedia ada tidak akan bertambah. Tu lah sebabnya, kalau kita biarkan kulit kita yang sunburn tu tanpa rawatan, tanpa kita sedari akan bertambah hari demi hari tanpa sebarang perlindungan.
Macam masa saya sekolah tu lah. Saya biarkan. Akibatnya? Semakin susah dan lambat nak kembalikan kulit menjadi lembut dan cerah semula. Selain itu, vitamin B3 ni juga boleh membina semula sel-sel kulit yang rosak sedikit demi sedikit.
Lagi satu, bahan ni boleh mengekalkan kulit lembap. Apabila kulit mengalami sunburn, kulit menjadi kering. Niacinamide akan membantu mengekalkan kelembapan pada kulit atau mengurangkan masalah kehilangan air kulit. Kalau korang pernah alami sunburn, memang tahu lah macam mana rasanya kulit yang kering. Merekah dan kasar. Mudah pedih pula sebab kekurangan air. Bahan ni sangat the best bagi saya, sebab boleh juga menyembuhkan kulit yang mengelupas. Menarik kan?
Oh! Terlupa, kalau sunburn, kulit akan merah. Vitamin B3 ni sangat hebat. Selain dari berfungsi mengekalkan kelembapan, berfungsi juga sebagai anti radang. Jadi, boleh mengurangkan masalah keradangan kulit dan meredakan kemerahan yang ada pada kulit. dan juga Niacinamide ni boleh mencerahkan kulit, tona kulit tidak sekata dan kusam dapat di rawat.
Camellia Japonica Seed Oil
Bahan terbaik bagi menyelasaikan masalah sunburn adalah Camellia Japonica Seed Oil. Oil ini merupakan spesis bunga dari negara Jepun. “Japonico” membawa maksud “of Japan” dan nama lainnya adalah Tsubaki. Camellia Japonica merupakan bahan yang sangat popular dalam dunia penjagaan kulit di negara Jepun di mana minyaknya diekstrak daripada benih bunga.
Jangan terkejut dulu. Ke dah terkejut? Hehehe… Walaupun ini adalah sejenis minyak, tidak bermaksud teksturnya seperti minyak yang boleh menjadikan masalah ‘trapping heat’ seperti yang saya ceritakan awal tadi tu. Haa… ni lain tau! Camellia Japonica Seed Oil ni sangat unik pada pendapat saya. Mempunyai pelbagai fungsi dan kelebihan terhadap kulit sunburn juga.
Perahan minyak pada bunga ini mempunyai khasiat yang mengagumkan iaitu khasiat omega 3. Fungsinya adalah sebagai penghadang, penghalang, atau pelindung kuit dan menggalakkan kesembuhan pada kulit yang rosak. Bagus kan? Camellia Japonica Seed Oil ini juga akan mendorong pengeluaran kolagen manusia jenis 1! Ini adalah part paaaalinggg saya suka! Perempuan yang suka cantik, memang tahu sangat-sangatlah apa fungsi kolagen pada kulit manusia. Hehehe…
Kesannya sudah pastilah mengurangkan kesan halus dan kedutan pada kulit. Malah, akan meningkatkan penghidratan atau kelembapan pada kulit. Selain itu, kulit akan kekal anjal. Dorongan pengeluaran kolagen ni sangatlah penting untuk kulit yang sedang dalam proses penyembuhan. In Shaa Allah akan mempercepatkan lagi proses. Kalau macam ni, kira dapat dua dalam satulah kan. Satu sembuh sunburn, kedua pula dapat ekstra kulit anjal macam remaja gituu…hiks. Cantik semulajadi.
Kepada yang tertanya-tanya, adakah Camellia Oil boleh menyumbat pori-pori? Jawapannya adalah tidak. Hal ni sebab Camellia Oil merupakan bahan Non-Comedogenic. Non-Comedogenic adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan produk kecantikan yang tidak akan menyumbat pori-pori. Jadi, jangan risau okay!
Glycerin
Okay… bahan terbaik yang ketiga dan merupakan bahan terakhir untuk membaiki masalah kulit sunburn iaitu Glycerin. Glycerin dikenali juga sebagai glycerol. Glycerin adalah sejenis cecair yang datang dari sebatian minyak sayuran atau lemak haiwan. Cecair ini sangat jernih, tidak berwarna, dan tidak berbau. Fungsinya?
Fungsinya sangat ajaib bagi saya. Hhahaha… Dia macam tak masuk di akal. Fungsinya sebagai humectant. Pernah dengar tak humectant ni?
Mari saya jelaskan secara ringkas. Humectant ni merupakan salah satu jenis ejen pelembap kulit dengan menyerap air dari permukaan udara (atmosfera)! Luar biasa betullah! Dapat bayangkan tak? Menyerap air dari permukaan udara? Just untuk mengekalkan kelembapan di permukaan kulit.
Bahkan, Glycerin juga mampu menghidrat kulit dengan menembusi lapisan kulit (skin barrier) dan akan kekal berada di bawah kulit itu beberapa hari untuk menjalankan fungsi penghidratan di lapisan paling dalam. Sangat-sangat hebat! Ini bermakna ia berperanan mengekalkan air yang diperlukan kulit di permukaan dan juga mengekalkan kelembapan kulit dari dalam.
Menarik bukan?
Jadi kenapa saya kata krim pelembap yang saya cerita ni sangat terbaik jika korang tertanya-tanya bagaimana untuk menyelesaikan masalah sunburn? Disebabkan 3 jenis bahan ni lah! Krim ni LENGKAP dengan 3 bahan ni. Nama krim ni sebenarnya Aqua Whitening Cream.
Saya kenal Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni sejak saya jatuh cinta dengan produk Sunscreen mereka. Bila saya mengunakan pelembap Aqua ni, saya dapati tekturnya sangat mengagumkan saya. Saya rasa kulit kekal lembap hingga ke pagi bila saya gunakan waktu malam sebelum masuk tidur. Malah, ia tidak melekit langsung.
Malah, kulit menjadi lembut selepas saya apply ke kulit muka. Sejuk pula tu. Bukan sahaja sejuk tapi wangi yang sangat menyenangkan. Wangiannya tidak terlalu keras seperti sesetengah krim. Saya sangat sukakannya.
Disebabkan Aqua Whitening Cream ni adalah water based dan mempunyai tekstur yang sejuk, saya begitu selesa menggunakannya. Sejuknya seperti kita cuci muka dengan air sungai. Haa begitu. Sangat cepat meresap juga ke kulit. Tak perlu tunggu beberapa minit pun.
Lepas tu saya amazed gila! Amazing sangat sebab bila saya sapu kat muka krim ni, tiba-tiba ada titisan air keluar. Krim tu bertukar jadi air weyh! Air yang sejuk.
Sedar tak sedar dunia ni memang kecil. Pusing-pusing satu dunia cari penyelesaian masalah sunburn, tup-tup produk depan mata juga lah yang akan membantu. Apabila saya mendapat tahu 3 bahan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah kulit rosak akibat sunburn, saya pun periksa satu-satu skincare yang saya gunakan.
Bila saya periksa pelembap muka saya, Aqua Whitening Cream tu…Waaahhhh terpegun betul saya! Ketiga-tiga bahan ni ada dalam produk ni. Amazingg! Sebelum ni, memang saya periksa bahan dalam produk ni tapi saya tak tahu pula 3 bahan ni sangat berguna untuk masalah kulit sunburn. Yang saya tahu sangat baik untuk mengekalkan kelembapan dan mengelakkan masalah sunburn sahaja.
Lagipun, saya guna Aqua Whitening Cream ni untuk saya gabungkan penggunakan Sunscreen. Tak sangka kan. Teruja betul saya. Macam jumpa harta karun je. Hhahaha…
Saya pun apa lagi, saya berilah kawan baik saya tu cuba Aqua Whitening Cream ni sendiri.
Dalam masa seminggu dia pakai secara konsisten, Alhamdulillah dia kata dia rasa sangat lega sebab rasa pedih dan panas pada permukaan muka dah pun mulai menghilang. Since produk tu serasi dengan dia, saya suruh dia cuba lebih lama lagi. Lagipun memang sesuai untuk semua jenis kulit. In Shaa Allah masalah kulit mengelupas, kusam, kering, dan sebagainya akan selesai.
Sebab saya sendiri pun pakai pelembap ni, result sangat the best untuk mengekalkan keremajaan kulit giteww…
Bila saya tanya kawan saya perasaan dia guna Aqua Whitening Cream tu, paling dia teruja part titisan air tu. Hhahaha… sama macam saya lah juga. Ingat tak saya cerita pasal Glycerin tu? Tu lah luar biasanya Aqua Whitening Cream ni. Bila sapu je keluar air. Lepas tu rasanya sejuk.
Bila kita ada masalah sunburn, kulit akan panas. Jadi, apa yang kita perlu buat adalah sejukkan kulit kita. Aqua memang bagus dalam peranannya cooling down kulit kita selepas terkena pancaran matahari selepas kita beraktiviti di bawah pancaran matahari. Tak semestinya lah berkawad macam saya masa tingkatan 3 tu pun. Jemur baju kat luar rumah, keluar kereta dari tempat parking, jalan kaki ke satu tempat ke satu tempat pun dah buat kulit rasa panas kalau kita kat Malaysia ni. Betul tak? Sebab tu saya sapu Aqua ni kat muka lebih dua kali kadang-kadang. Hehehe.
Lepas tu, kawan saya kata kulit dia yang mengelupas tu dah mula recover. Yang merah tu pun dah mulai hilang. Wahh… Alhamdulillah. Waktu tengahari, kat tempat kerja, dia sapu juga sebab dia biasanya akan keluar dari pejabat waktu makan tengahari. Sebab kulit terdedah air-cond kemudian panas bersilih ganti tu boleh buat kulit jadi bermasalah juga. “Better protect untuk dua-dua jenis temperature” katanya.
Katanya lagi, “Paling best, tona kulit dah mula sekata semula. Rasa lembap je kulit… lepas ni bolehlah pakai makeup semula. Tak pedih dah…”
Betul. Bila kulit merah-merah, mengelupas, pedih dan panas, memang sakit lah nak pakai makeup. Bayangkan, nak cuci makeup tu pula nanti. Jadi, lepas ni kawan saya tu boleh lah pakai Aqua Whitening Cream dulu sebelum apply Sunscreen dan seterusnya foundation dan sebagainya. I’m happy for her and bangga dapat bantu dia.
Bila kita ada masalah sunburn, kulit akan panas. Jadi, apa yang kita perlu buat adalah sejukkan kulit kita. Aqua memang bagus dalam peranannya cooling down kulit kita selepas terkena pancaran matahari selepas kita beraktiviti di bawah pancaran matahari. Tak semestinya lah berkawad macam saya masa tingkatan 3 tu pun. Jemur baju kat luar rumah, keluar kereta dari tempat parking, jalan kaki ke satu tempat ke satu tempat pun dah buat kulit rasa panas kalau kita kat Malaysia ni. Betul tak? Sebab tu saya sapu Aqua ni kat muka lebih dua kali kadang-kadang. Hehehe.
Lepas tu, kawan saya kata kulit dia yang mengelupas tu dah mula recover. Yang merah tu pun dah mulai hilang. Wahh… Alhamdulillah. Waktu tengahari, kat tempat kerja, dia sapu juga sebab dia biasanya akan keluar dari pejabat waktu makan tengahari. Sebab kulit terdedah air-cond kemudian panas bersilih ganti tu boleh buat kulit jadi bermasalah juga. “Better protect untuk dua-dua jenis temperature” katanya.
Katanya lagi, “Paling best, tona kulit dah mula sekata semula. Rasa lembap je kulit… lepas ni bolehlah pakai makeup semula. Tak pedih dah…”
Betul. Bila kulit merah-merah, mengelupas, pedih dan panas, memang sakit lah nak pakai makeup. Bayangkan, nak cuci makeup tu pula nanti. Jadi, lepas ni kawan saya tu boleh lah pakai Aqua Whitening Cream dulu sebelum apply Sunscreen dan seterusnya foundation dan sebagainya. I’m happy for her and bangga dapat bantu dia.