(By Zatisalim on 26th July 2021)
Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit – Aqua Whitening Cream | Mesti ramai dah kenal dengan produk daripada Hansaegee Nature. Kali ini Zati nak berkongsi tentang salah satu produk daripada Hansaegee Nature ni iaitu AQUA Whitening Cream.
Aqua Whitening Cream – Produk Terbaik Untuk Kulit Sunburn | Aqua Whitening Cream ni adalah sejenis pelembap dengan water based yang membantu membaiki kulit rosak dan sunburn seperti kulit Zati. Paling best ianya dapat mengawal lebihan minyak dan sebum pada kulit (mengawal kulit berminyak). Memang seronok bila Zati dikenalkan dengan produk ni. Dah lama tau Zati cari produk yang mampu membaiki sunburn kat kulit muka Zati ni.
Krim pelembap Aqua ni mampu merawat kulit dan dapt menjadikan kulit lembap sentiasa. A super moisture cream of visible water drops effect. Nak tahu kenapa ianya dikatakan ¬ water based dan water drop effect? Jom Zati tunjukkan testimoni daripada Zati sendiri.
Kelebihan Aqua Whitening Cream
Bahan utama untuk pelembap ini adalah Camellia Japonica Seed Oil. Antara kelebihannya ialah : –
• Tidak komedogenik
• Tidak menyekat liang kulit
• Tidak menyumbang kepada jerawat
• Membaiki kulit yang kemerahan & terbakar matahari (sunburn)
• Pastikan pelembap meresap jauh ke dalam lapisan kulit bawah
Fungsi Pemutihan & Penghidratan
Ia mempunyai fungsi pemutihan kulit sekaligus menghidratkan kulit. Membersihkan dan menyegarkan kulit sepanjang hari. Ia mengandungi Niacinamide sebagai agen pemutih, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata, dan dapat membersihkan dan menjadikan warna kulit cerah, dan menegangkan kulit.
Niacinamide Kelebihannya ialah : –
• Juga dikenali sebagai vitamin B3, manfaat untuk penuaan kulit
• Memperbaiki penampilan pori-pori yang membesar, warna kulit tidak sekata
• Memperbaiki garis halus, kusam, dan permukaan kulit yang lemah.
• Dapat mengawal sebum dan minyak berlebihan pada kulit
Diformulasikan dengan ekstrak herba yang meningkatkan penembusan jauh ke dalam kulit. Membaiki kulit yang kemerahan dan terbakar matahari. Bahan tumbuhan semula jadi, dapat menjadikan kulit lebih selesa.
Diantara bahan utama yang terdapat didalam Aqua Whitening Cream adalah : –
Aqua Whitening Cream With Water Based
Cara penggunaan Aqua Whitening Cream
1. Pastikan wajah sudah dibersihkan terlebih dahulu. Ambil sedikit Aqua Whitening Cream dan sapukan ke wajah.
2. Sapukan ke seluruh wajah dengan urutan yang perlahan. Dalam beberapa saat sahaja titisan air akan muncul selepas beberapa kali urutan lembut diwajah.
3. Tepuk wajah perlahan-lahan supaya pelempab dapat meresap kedalam kulit sepenuhnya.
Apa yang best setelah pakai cream ni?
• Sangat menyegarkan
• Tidak ada rasa melekit
• Sangat sesuai untuk cuaca panas
Sesuai juga kalau nak gunakan sebagai make-up base kerana ia menjaga kelembapan kulit dan mencerahkan kulit.
Untuk yang selalu kerja diluar macan Zati yang sering terkena cahaya matahari, sangat sesuai guna cream ni.
Sebab Zati seorang yang agak kuat berpeluh, jadi bila dapat cuba cream yang tak melekit ni tersangatlah bersyukur.
Hansaegee Nature 100% Made In Korea. Sesuai untuk semua jenis kulit. Paling penting tidak mengandungi Paraben, Alkohol dan Sulfat. Sesuai digunakan setiap hari. Dan ianya sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia.