(By Dinohouz on 17th May 2021)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kalau korang masih tercari-cari pelembap yang tidak melekit, tidak berminyak dan terasa ringan pada muka, korang boleh cuba Hansaegee Aqua Whitening Cream.
Untuk orang yang kerjanya kadang-kadang perlu ke lawatan tapak yang kebiasaanya di bawah terik mentari, sememangnya den perlukan pelembap yang boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit muka den lagi-lagi pulanya den ni selalu terlupa nak bawa topi apabila pergi site visit.
Bila den cuba guna Hansaegee Aqua Whitening Cream ni, perkara yang paling best adalah ianya tidak melekit, tidak berminyak (sebab ianya adalah water based) dan tekstur krimnya ringan.
Udah namanya Aqua Whitening Cream haruslah ianya berasaskan air ye. Yang unik tentang krim ni adalah ianya mempunyai water drop effect.
Kelebihan Aqua Whitening Cream
- Pelembap berasaskan air.
- Ia membantu memperbaikisun burndan redness damaged skin.
- Ia membantu mengawal minyak berlebihan dan sebum pada kulit (mengawal kulit berminyak).
- Super deep moisture skin with the Water Drop. Selepas sapuan dan beberapa kali urutan pada kulit muka, tidak sampai beberapa saat boleh nampak pembentukanwater drops pada kulit dan pelembap mudah meresap dalam kulit.
- Segar dan tidak melekit. Sesuai untuk cuaca panas.
- Oleh kerana ianya mengandungi ekstrak herba, ia melembutkan kulit dan membantu kelembapan memasuki kulit serta mengekalkan kelembapan bagi kulit yang lebih berseri.
Kandungan Aqua Whitening Cream
Krim ini mengandungi Camellia Japonica Seed Oil” yang:
- Non-comedogenic
- Tidak menyumbatkan liang kulit.
- Tidak menyumbang kepadaacne.
- Membantu memperbaiki kekeringan dan kulit yang rosak akibatsun burn.
- Mengekalkan kelembapan kulit.
Krim ini juga mengandungi Niacinamide, yang memberikan tona kulit yang cerah, bersih dan berseri serta mengawal kulit berminyak.
Ia juga memberikan whitening dan moisturizing effect, meminimakan bukaan liang yang seterusnya membantu mengawal kulit berminyak.
Ada pengguna yang mengatakan kulit mereka yang sun burn bertambah elok selepas menggunakan krim ini beberapa hari.
Ada juga yang memaklumkan yang krim ini membantu memperbaiki kulit mereka yang berjeragat selepas 1 bulan menggunakannya.
Jom kita cuba guna Hansaegee Aqua Whitening Cream ni ye.
Cara Penggunaan
Senang je nak guna Hansaegee Aqua Whitening Cream ni.
- Calit krim ke muka.
- Sapu rata dan urut krim ke seluruh muka.
3. Sapu dan urut sehingga ada water drop effect ye. Tak sampai 15 saat pun.
4. Water drop akan meresap segera ke dalam kulit muka.
Senang kan nak dapatkan kulit muka yang sihat, lembap dan berseri dengan Hansaegee Aqua Whitening Cream ni.
Untuk orang yang ada macam-macam kerja yang perlu dimultitasking, Aqua Whitening Cream adalah krim pelembap memang sesuai untuk den sebab bukan sahaja ianya mengambil masa yang sangat cepat untuk dipakai di mana tidak sampai beberapa saat water drop effect akan kelihatan selepas wajah disapu dan diurut yang membolehkan krim pelembap cepat meresap ke dalam kulit, den suka krim pelembap ni sebab tidak melekit dan terasa macam tidak pakai krim sebab teksturnya yang ringan. Faktor ni paling penting sebab den memang tidak suka muka terasa macam pakai krim gitu.
Aqua Whitening Cream juga membantu melembapkan kulit den yang dalam kategori kombinasi minyak dan kering, ada bahagian yang kering tetapi kawasan T-zone memang biasanya berminyak.
Jadinya krim pelembap ni membolehkan keseluruhan wajah den kekal lembap dan bila den tak pakai make up pun, kulit muka den tetap nampak okay.
Selamat mencuba Hansaegee Aqua Whitening Cream bagi mendapatkan kulit yang sihat, lembap dan berseri.