TIPS LIANG PORI LEBIH BERSIH DENGAN HANSAEGEE NATURE
(by Airah)
Terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama selalu buatkan kulit I rasa kotor, gatal dan tak selesa. Walaupun keluar berjemur matahari sekejap je masa lunch hour pun dah boleh buat kulit tak selesa dengan persekitaran dekat luar tu. Udara dekat luar bukan bersih sangat sekarang. Macam-macam benda kotor seperti asap boleh masuk dalam liang pori dan menyebabkan jerawat.
Lagi satu bila lama sangat dalam aircond dan aircond kuat pun boleh buat kulit I rasa berminyak. Walaupun kulit I jenis kombinasi normal dan oily, bila part dia nak oily tu rimasnya ! Balik kerja memang kena cuci muka betul-betul bagi kotoran hilang.
Macam I cakap tadi bila liang roma dah tersumbat dengan udara, asap kotor boleh menyebabkan jerawat naik dengan jayanya. Tapi ada jugak kes dah cuci muka elok-elok tapi jerawat masih ada. Mungkin pencuci muka tak cukup cuci muka dengan mendalam, pada permukaan sahaja. Jadi memang banyak produk pembersihan muka kena guna kalau nak kulit muka bersih sampai ke dalam liang pori.
Korang boleh cuba Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser untuk pembersihan pori secara mendalam. Secara ringkasnya Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser membantu
- Mengawal sebum dan minyak
- Melembap
- Berbuih
- Bernutrisi
- Membersih pori secara mendalam
- Melembutkan kulit
- Menanggalkan sel kulit mati
- Menghaluskan pori
Produk : Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Kegunaan : Pencuci muka
Jenis : Buih lembut
Isi : 150ml, size 5.29 fl.oz
Bahan
Bahan utama dalam Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni ialah aloe barbadensis leaf juice, tea tree leaf oil, anthemis nobilis flower extract, borago officinalis extract, jasminum officinale extract, lavandula angustifolia extract, mentha arvensis leaf extract, rosmarinus officinalis extract, salvia officinalis leaf extract and thymus vulgaris extract.
Korang boleh google satu-satu bahan dia untuk tahu ada fungsi bahan tersebut dalam skincare okay. Tapi kebanyakkan bahan I dah tahu apa fungsi dia dan memang digunakan secara meluas dalam proses pembuatan sesetengah produk kecantikan.
Contohnya, aloe barbadensis leaf juice tu. Entry blog I sebelum ni ada cerita I memang tak sesuai pakai aloe vera lagi-lagi yang jual 100 peratus aloe vera dah siap dalam tub tu. Memang tak sesuai kulit jadi bengkak dan gatal. Kalau ambil sendiri dekat pokok, okay je. Aloe leaf juice ni membantu melembapkan dan membersihkan kulit, merawat acne, melegakan sunburn, anti-inflammation dan mengurangkan spot mark.
Tea tree leaf oil pula memang favourite I untuk melawan jerawat. I suka pakai produk yang ada tea tree. Tea tree boleh membantu merawat jerawat, mengurangkan jangkitan, anti fungus dan membersihkan kulit. Kalau ada jerawat memang cepat-cepat I sapu tea tree oil. Tapi bila dah pakai Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni tak payah risau sangat pasal jerawat.
Packaging
Untuk packaging dia didatangkan dalam kotak. Kotak tu dah siap balut bubble wrap kemain tebal lagi jadi tak payah risau barang terpecah ke terbukak ke apa masa dalam proses penghantaran.
Botol Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni best sebab jenis pump terus keluar buih dia. Nak tutup senang nak buka pun senang. Ada sesetengah penutup pencuci muka susah sangat nak bukak dan tutup.
Tekstur dan bau
Macam yang I cakap tadi bila pump botol tu keluar terus buih. Bukan cecair atau gel atau krim hahah. Buih dia best sebab ringan dan lembut sangat pada kulit. Macam tak pegang apa je dia punya lembut tu. Kalau nak buat drama tiup buih memang senang la dia berterbangan sebab ringan.
Bau dia pula tak ada bau busuk atau bau yang tak menyenangkan hidung. Bau macam tea tree oil tu, bau dia lembut je macam bau herba ke bau pokok macam tu. Lembut sangat bau dia, kalau bau dekat hidung baru ada. Bila cuci muka tak ada bau apa-apa pun.
Cara guna
Cara nak guna Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni macam yang disarankan. Pastikan muka dan tangan dalam keadaan basah jadi bila guna buih ni makin meriah bubble dia. Pump botol tu dalam jumlah yang mencukupi atas tangan. Urut muka dengan buih dalam circular motion. Basuh dengan air suam.
Cara I pun sama je hihi. I guna satu pump je itu pun dah cukup untuk satu muka. Memang jimat la macam ni lambat habis. Lepastu buih dia urut la dekat muka yang basah atau lembap. Nanti tetiba buih tu jadi banyak so memang cukup satu pump untuk muka I. Kemudian cuci macam biasa.
Kalau nak lagi best boleh steam muka dulu guna air panas bagi liang pori terbuka lepastu baru cuci muka guna pencuci muka. Confirm muka bertambah lembut !
Keberkesanan
Macam yang I bagi tahu dekat atas tadi, aloe buat muka I bengkak tapi tea tree oil pulak memang favourite I bila diserang jerawat. Bila pakai Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni muka I memang rasa best sangat. Jerawat tak ada. Sebelum ni kulit I memang naik jerawat sebab hormon mengandung kot tapi lepas pakai pencuci muka ni slow-slow jerawat hilang dan tak ada jerawat baru pun.
Kulit muka rasa bersih dan licin lepas cuci muka. Tak ada rasa ketat pun. Sesetengah pencuci muka jenis buih buat kulit rasa tegang tak selesa tapi pencuci muka ni buat kulit rasa selesa dan lembap. Kadang kalau malas I tak sambung buat skincare lain pun, cuci muka je hihi nasib jerawat masih behave tak timbul-timbul. Kulit pun rasa segar. I pakai setiap pagi dan malam.
Kalau muka korang jenis kering, berminyak, sensitif dan ada acne, sel kulit mati dan ada blackhead dan whitehead memang I sarankan guna pencuci muka ni. Kulit I Jenis kombinasi normal dan berminyak serta kulit Aiman Jenis berminyak dan kering memang sesuai dengan pencuci muka ni. Sesuai untuk semua jenis kulit.