(By Fiqadira on 03th April 2020)
Assalamualaikum w.b.t.
Holla, gais! Apa khabar semuanya? Rindunyaaa kat blog ni. Aaaa hehe. Ada sebab kenapa menghilang sat. Menghilang pun demi kebaikan juga.
Perasan tak yang lately ni cuaca semakin panas? Panaih lit lit gitu. Sampaikan sakit kepala dibuatnya. Dengan wabak virus covid 19 lagi. Stay safe, everyone. Banyakkan minum air ye 🙂
Bila dah panas macam ni, of course la kulit akan cepat jadi kering or berminyak. Especially untuk orang yang ada combination skin macam ni. Struggle gila nak hilangkan dryness dan oiliness ni. Skincare routine pun dah start follow slow slow. Sebab takut muka makin teruk macam dulu. So, paling penting kena ada untuk skincare routine, wajib ada moisturizer tau. Ye la kan. Nak bagi kulit hydrated balik.
So far nad pakai moisturizer ni, nampak la perubahanya sikit. Tak ada lagi dull skin. Oily skin pun bye bye je la. Kalau tak, nak tengok muka sendiri waktu bare face pun tak sanggup. Alhamdulillah, moisturizer yang nad pakai sangat membantu. Moisturizer apakah itu? Jeng jeng…
Pernah dengar tak? Moisturizer ni by Hansaegee Nature. Actually dah lama usha brand ni, tapi sekarang baru ada peluang nak try. Best gila pakai cream ni. Boleh rawat sun burn dan redness. Control minyak yang berlebihan bagi oily skin. Yang paling best sekali, water drop yang terhasil akan menjadikan kulit lagi lembap. Rasa fresh gitu.
Selepas massage beberapa kali di kulit, ia akan membentuk water drop dalam beberapa saat je. Tak payah nak massage beria sangat. Bila water drop tu muncul, tu tandanya moisturizer ni dah absorbed sepenuhnya kat kulit. Cepat je meresap. Moisturizer ni sesuai sangattt dipakai semasa cuaca yang panas baq hang macam sekarang ni sebab tak ada rasa melekit langsung. I hate sticky cream!
Cream ni mengandungi “Camellia Japonica Seed Oil” yang mengelakkan berlakunya pori tersumbat, tak menyebabkan pembiakan jerawat dan merawat dryness kat skin. Niacinamide pun ada dalam cream ni tau. Niacinamide ni kan one of the element yang terpenting untuk kulit kita. Niacinamide boleh mencerahkan kulit, mengawal minyak dan mengurangkan pori di muka.
Masa mula-mula nad dapat cream ni, nad test pakai dulu kat tangan. Kot kot ada effect satgi. Tapi ternyata memang sama seperti yang dikatakan. Water drop tu akan kelihatan selepas massage kat tangan. Nad guna cream ni selepas toner atau sebelum nak start makeup. Depends la kan. Baru la makeup tak crack dan smooth je. Sekali dah try, rasa rugi pula kalau skip pakai. Super duper best!