(By syamimi saad on 05th May 2020)
Hai readers semua..
Pkp ni macam mana.. Still berkurung dalam rumah? Ada jenguk keluar juga tak tu. Ambil udara luar. Ambil cahaya matahari sikit untuk merawat kulit kita?
Walaupun PKP ni ada yang tak keluar rumah langsung, sebenarnya ianya bukan satu yang elok ya. Kadang kala boleh buat kulit muka ni jadi kusam. Lemau, pucat je. Haaaaa, jaga-jaga tau.
Dan masalah sekarang ni jugak, bila keluar rumah, cuaca panas terlalu terik pulak. Tempat lain cik mimi tak tau la. Tapi kalau tempat cik mimi ni, bahang dia tu boleh tahan. Maklumlah, kawaaan berdekatan pantai. Boleh bayangkan panasnya tu macam mana? Boleh merosakkan kulit wajah tau. Fuhhhh, pun tak elok jugakkan?
Macam cik mimi ni, walaupun PKP ni tak boleh keluar, cik mimi ni still kena keluar jugak. Pergi kedai, nak cari stok barang niaga, barang keperluan rumah. Tapi yang merisaukan, masalah kulit wajah ni. Bila dah keluar, kulit muka terdedah dengan cahaya berlebihan, boleh buat kulit macam panas, kering, terbakar. Cik mimi pulak sejenis tak suka tempek sembarangan krim dekat rumah. Sebab bila kena panas tu, muka jadi melekit.
So cik mimi kena cari jalan penyelesaian tuk atasi ni. Wajib ambil berat dengan perubahan kulit muka kita. Walaupun nampak elok licin, kita tak tahu lapisan dalaman dia macam mana. Jangan sangka luar nampak elok, dalamannya pun elok ya.
Pilihan cik mimi sekarang ni adalah Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature. Kenapa pilihan cik mimi yang ni? Bila pakai ni, cik mimi rasa ianya serasi dengan kulit muka cik mimi yang ada kala sensitif dengan sesuatu produk tu. Dengan cream pelembap ni, best sangat tau. Masalah sunburn boleh sangat diatasi. Paling merisaukan, bila kulit terlalu terdedah dengan cahaya panas kan.
Bila buat sapuan dimuka tu, terasa smooth je kulit muka. Paling best sebab water base. Dia meresap jauh ke dalam kulit, dan yang paling best, ianya tidak meninggalkan kesan melekit pada wajah. Berbeza sangat dengan cream lain yang pernah dicuba. Boleh tengok wajah cik mimi pada gambar no.4 tu. Tu muka after 10minute. Nampak glowing je kan..
Dan lagi 1 yang best kan, bau dia tu.. Bau yang fresh sangat tau. Macam bau lime pun ada. Bau dia soft dan slow je. Tapi memang best la. Terbaik bagi cik mimi. Sebab sesetengah produk ada bau yang kurang menyenangkan. Dan tak selesa bila dipakai.
Dan satu lagi bila dah apply pada muka, dan biarkan seketika, terasa muka sejuk je tau. Sesetengah krim pelembap yang cik mimi pakai, beri effect panas berpeluh. Tetapi berbeza dengan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni. So cik mimi rekomen sangat la siapa yang nak mencuba.
Sebab lain Kenapa cik mimi pilih Aqua Whitening ni?
Banyak juga kelebihan dia dalam mengatasi masalah kulit wajah kita semua. Walaupun namanya krim pencerah, tapi dalam fungsi yang lain, ianya membantu memberi kelembapan pada kulit wajah kita. Itu yang pentingnya kan?
Cara penggunaannya cukup mudah.
Krim ni tidak melekit. Apa yang menariknya tentang Aqua Whitening ni, bila kita sapu pada muka dan gosokkan secara lembut dan perlahan, lama kelamaan, ada terhasil titisan air. Iya nya sangat unik. Jarang sekali kita dapat gunakan krim pencerah sebegini.
Bila kita gosokkan wajah secara keseluruhan, titisan air akan terbentuk, dan ianyakan akan secara perlahan-lahan meresap masuk ke dalam kulit. Gosok lembut sehingga titisan air meresap habis ke dalam wajah.
Dan dalam masa yang sama juga dapat mengawal lebihan minyak & sebum pada kulit (mengawal kulit berminyak).
Antara bahan kandungannya :
“Camellia Japonica Seed Oil”
*Tidak komedogenik, Tidak menyekat liang kulit, Tidak menyumbang kepada jerawat.
* Memperbaiki Kekeringan Kulit yang Terbakar cahaya matahari berlebihan.
* Memastikan pelembap meresap jauh ke dalam lapisan kulit bawah.
“Niacinamide”
* Memberikan warna kulit yang cerah, kawalan minyak, kulit yang bersih dan tegang.
* Memutihkan dan Melembapkan wajah.
* Mengecilkan liang pori, sehingga dapat mengawal kulit berminyak.
Tekstur
Aqua whitening cream ni mempunyai tekstur yang halus dan lembut.
Sapuan ke wajah dengan mudah, dan terus meresap ke kulit.
Ianya tidak berwarna. Berwarna putih transparent sahaja. Kelebihannya ianya bila di sapu ke wajah, ianya terus bertukar menjadi water drop.
Ianya tidak seperti pelembap wajah lain yang melekit dan memberi kesan tompokan pada wajah.
Apatah lagi bila kita menyapu bedak atau memakai mekap.
Cara penggunaan :
* Bersihkan wajah terlebih dahulu.
* Ambil secalit cream, sapu kan pada wajah. Pipi dahi dan dagu.
* Dap-dap atau urut secara selembut sehingga terhasil titisan air.
* Dap dap kan air tersebut supaya meresap jauh ke dalam kulit wajah
Pengguna Yang Sesuai Menggunakan Aqua Whitening Cream.
Haaaa, kalau korang nak tahu, Aqua Whitening ni semua untuk golongan lelaki juga. Bukan perempuan je perlu cantik dan jaga penampilan wajah. Tapi kaum lelaki pun perlu.
Apatah lagi mereka yang bekerja terdedah dengan cahaya berlebihan, walaupun duduk dalam tempat beraircond, lagi perlu ye. Sebab apa, terlalu terdedah dengan aircond sebenarnya boleh mengeringkan kulit kita. Bukan melembapkan kulit tau walaupun aircond tu bersifat sejuk.
Dan sesuatu yang tidak perlu dirisaukan, krim ni sesuai untuk apa jenis kulit wajah pun ye. Kulit berminyak, kulit kering atau kulit normal. So boleh gunakan tanpa kerisauan. Kalau korang was-was nak gunakan terus pada wajah, korang boleh apply pada tangan dulu. Untuk tengok ada sebarang iritasi ke tidak.
Ambil secalit krim tersebut, dan cuba apply pada tangan. Gosokkan secara lembut.
Apabila ianya digosok lembut, krim tadi akan bertukar menjadi titisan air seperti ini.
Gosok lembut sehingga titisan air tadi meresap masuk ke dalam kulit.
Cik mimi dah dapatkan seunit. So, korang semua bila lagi. Tak lama lagi nak raya kan? Kita semua mesti nak cantik cantik semasa hari raya. Jom dapatkan segera..
Jangan lupa masukkan dalam wishlist korang tau.