(By Decamilia)
Kulit wajah kita mengalami pendedahan berterusan terhadap kotoran, alergen, dan bakteria sepanjang hari. Oleh itu, pembersihan wajah secara berkala diperlukan untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik sepertimana yang diimpikan oleh setiap wanita. Bak kata orang putih “real women take care of their skin”. Tak gitu ke sister sekalian?
Pembersihan wajah merupakan langkah pertama dalam rutin penjagaan kulit. Pencuci muka yang baik dapat membantu menghilangkan kotoran dan minyak dari kulit kita dan pada masa yang sama menghidratkan kulit wajah kita.
Yang paling penting, pencuci muka yang kita guna tu mampu untuk membersihkan dan juga mengelakkan pengumpulan kotoran pada liang pori di wajah kita. Barulah betul-betul rasa bersih kulit wajah kita tu kan? Jadinya, sangat penting untuk kita memilih pencuci muka yang betul dan sesuai dengan jenis kulit wajah kita supaya tak menyesal di kemudian hari.
Pencuci Muka Terbaik – Aloe AC Bubble Cleanser
Sebelum ni Nur pernah review produk lain dari Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream. So kali ni Nur nak review Aloe AC Clean Bubble Cleanser pulak. Agak teruja sebab pengalaman guna pelembab Hansaegee Nature memang tak mengecewakan. Sampai sekarang Nur guna pelembab tu. So dari situ boleh dapat hint cleanser Hansaegee Nature ni pun mesti best!
Kemain confident ya si Nur ni? Mana tak nya. Kita semua maklum produk Hansaegee Nature ni diperbuat dari bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dan selamat untuk kulit wajah kita. 2 bahan utama yang ada dalam Aloe AC Clean Bubble Cleanser adalah Aloe Barbadensis Leaf Juice dan Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil).
Aloe vera kan fungsinya melembabkan kulit, merawat jerawat, membersihkan kulit, anti radang, melegakan sunburn dan mengurangkan spot mark pada kulit wajah kita. Manakala tea tree pula fungsinya adalah untuk melembutkan kulit, merawat jerawat, anti fungus dan mengurangkan infeksi pada kulit wajah.
Jadi, keseluruhannya, Aloe AC Clean Bubble Cleanser yang mengandungi tumbuhan semulajadi ni mampu untuk :
* Memulihkan masalah jerawat pada wajah
* Membersihkan pori dengan mendalam
* Menghilangkan sebum dan minyak berlebihan pada kulit wajah
* Mengawal minyak
* Membersihkan wajah jauh ke dalam liang kulit
* Melembabkan dan tidak mengeringkan kulit selepas digunakan
* Melegakan kulit sensitif
* Membuang sel kulit mati
Yang bestnya adalah Aloe AC Clean Bubble ni sesuai untuk semua jenis kulit wajah. Baik yang berminyak, kering, gabungan, mahupun kulit wajah yang sensitif. So tak perlu risau andai kata tersalah guna/pilih pencuci muka. Semua orang boleh guna pencuci muka berbuih halus dari Hansaegee Nature.
Walaupun Aloe AC Clean Bubble Cleanser berbentuk cecair di dalam botol, tapi ianya berbuih halus setelah dipam keluar dimana buih halus ini sangat bagus untuk membersihkan kulit dengan lebih mendalam, melembabkan kulit dan tidak memberi kesan rengsa pada kulit wajah selepas digunakan.
Cara Penjagaan Muka Dengan Pencuci Muka Aloe Vera Yang Soft Bubble
Haaa, nak guna pencuci muka pun ada cara yang betul tau.
1. Basahkan terlebih dahulu tangan dan muka dengan air yang bersih supaya dapat menghasilkan lebih banyak buih ketika mencuci muka nanti.
2. Tekan 1.5 atau 2 pam Aloe AC Clean Bubble Cleanser pada tapak tangan kemudian urut pada muka dengan lembut dengan gerakan membulat.
3. Basuh dengan air suam. Taraaa, kulit muka dah bersih, lembut dan lembab.
So overall, apa yang Nur boleh komen tentang Aloe AC Clean Bubble Cleanser adalah:
* Sangat best sebab dia membersihkan muka dengan sangat berkesan. Nak cuci makeup pun boleh tau. Cuma seeloknya buat double celansing ajelah. Cuba tengok gambar kat bawah ni. Senang kan? Lagi la Nur ni tak ada makeup remover sebab jarang bersolek.
* Tak mengeringkan kulit malah melembabkan kulit selepas digunakan. Rasa fluffy gitu muka ni. Malah, tak rasa tegang pun muka ni lepas cuci. Serius best
* Kulit terasa lebih sihat dan bersih sebab buih halus tu dah angkut semua kotoran, minyak yang tersumbat dalam liang pori muka Nur.
* Whitehead dekat muka, terutamanya kawasan hidung dan dagu semakin berkurang. So kulit muka rasa lebih licin dan bersih
So kalau korang berminat nak dapatkan Aloe AC Clean Bubble Cleanser yang best dari Hansaegee Nature ni.